Nag Panchami
Penampilan
Also called | Naaga Pujaa |
---|---|
Observed by | Hindu |
Type | Religious, India dan Nepal |
Observances | menyembah ular tedung yang benar mahupun gambar |
Date | Hari kelima (Panchami) bulan Shravan takwim qamari |
Nāg Panchamī (Devanagari: नाग पंचमी) merupakan pesta yang disambut oleh penganut agama Hindu di sesetengah kawasan di India untuk memuja Nāga (ular tedung) yang hidup mahupun gambarnya. Ia disambut pada hari kelima selepas Amavasya dalam bulan Shraavana. Mengikut tradisi, wanita muda yang sudah berkahwin mengunjungi saudara-mara kandungnya untuk menyambut perayaan ini. Terutamanya di kawasan kampung, sambutan ini secara tradisi melibatkan kaum wanita muda yang seronok berayun-ayun pada dahan pokok.