Nabil Jeffri
Penampilan
Nabil Jeffri | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Nabil Jan Al-Jeffri 24 Oktober 1993 |
Pekerjaan | pelumba kereta |
Muhammad Nabil Jan Al-Jeffri (lahir 24 Oktober 1993) adalah seorang pelumba kereta dari negara Malaysia.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pada September 2010, ketika berusia 16 tahun, Nabil mengikuti pasukan Formula Satu negara Malaysia, Lotus Racing, di United Kingdom, di mana beliau memandu Lotus T127, dan menjadikannya pemandu termuda dalam sejarah F1.[1] Ketua Pasukan Lotus Racing, Datuk Seri Tony Fernandes, menyatakan bahawa Nabil ialah salah seorang ahli Program Pembangunan Pemandu ASEAN AirAsia.[2]
Pada Oktober 2018, Nabil, Jazeman Jaafar, dan Weiron Tan telah memenangi FIA WEC 6 Jam Fuji tahun 2018 dalam kategori LMP2, sekaligus menjadikan mereka rakyat Malaysia pertama yang memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Steven English (2010-09-01). "Jeffri menjadi pemandu ujian F1 termuda". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2010-09-01.
- ^ Nabil jalani ujian kecergasan dengan Lotus Racing Utusan Malaysia
- ^ Keputusan 6 Jam Fuji 2018 Persekutuan Automobil Antarabangsa