Pergi ke kandungan

Negeri Sembilan FC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada NS Matrix FC)
Negeri Sembilan FC
Nama penuhKelab Bola Sepak Negeri Sembilan
GelaranSi Rusa
The Jangs
Hoben Jang Hoben
Nama pendekNSFC
DiasaskanSebagai kelab profesional
2020; 4 tahun yang lalu (2020)
Sebagai pasukan persatuan
1923; 101 tahun yang lalu (1923)
StadiumStadium Tuanku Abdul Rahman,
Paroi, Negeri Sembilan
(Kapasiti: 45,000[1])
PresidenNegeri Sembilan Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri
Pengurus BesarMalaysia Firdaus Bhari
JurulatihMalaysia K. Devan
LigaLiga Premier Malaysia
2021Ke-1
Tapak sesawangLaman kelab
Kumpulan penyokongUltraJang
Ultras Nogori
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan atau Negeri Sembilan FC (akronim: NSFC) merupakan salah sebuah kelab bola sepak di Malaysia. Pasukan ini mula menggunakan "FC" selepas berjaya melengkapkan penswastaan kelab bola sepak sebagaimana ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)[2]. Kelab ini diuruskan oleh NSFC Sdn. Bhd, anak syarikat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS).

  • 1923–2005: Negeri Sembilan
  • 2005–2008: Negeri Sembilan Naza
  • 2009–2014: Negeri Sembilan
  • 2015: Negeri Sembilan Matrix [3]
  • 2016–2020: Negeri Sembilan
  • 2020–kini: Negeri Sembilan FC

Pasukan bola sepak Negeri Sembilan mula ditubuhkan pada 1923 menurut satu petikan dalam buku sejarah bola sepak Malaysia melalui temuramah dengan Austin Senevirathe, yang berusia 93 tahun semasa ditemuramah. Beliau menyatakan sebuah perlawanan berlaku antara PBNS dan Singapura bagi Piala Malaya (kini: Piala Malaysia) yang berlangsung pada tahun tersebut.

Pasukan ini dikira salah satu kelab yang memberi saingan kuat dalam sejarah bola sepak sejak ditubuhkan. Mereka telah memenangi banyak kejuaraan teratas di Malaysia sejak awal 1940-an.

Pada 7 November 2009, pasukan ini mengakhiri kemarau 61 tahun mereka dalam Piala Malaysia selepas menumpaskan Kelantan dengan nilai mata 3-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ulangan perlawanan akhir 2009 antara kedua-dua pasukan berlaku semula pada tahun berikutnya, 30 Oktober 2010. Walau bagaimanapun, pasukan ini tewas 2-1 kepada Kelantan walaupun pada awalnya telah mendahului dengan sepakan penalti daripada Shahurain Abu Samah.[4]

Pada 2011, pasukan ini sekali lagi layak ke peringkat akhir Piala Maaysia untuk kali ketiga berturut-turut dengan jurulatih baharu mereka, Mohd Azraai Khor Abdullah. Mereka menang perlawanan tersebut selepas menumpaskan Terengganu FA dengan kemunculan semula yang epik. Gol pertama disumbangkan oleh Mohd Ashaari Shamsuddin untuk Terengganu pada minit ke-59. Negeri Sembilan menggunakan 10 minit terakhir untuk lakukan kebangkitan semula. S. Kunanlan menyamakan gol pada minit ke-81 sebelum Hairuddin Omar, penyerang veteran menyepak gol kejuaraan buat Negeri Sembilan dengan tendangan cantik pada minit ke-85.[5]

Pada awal musim 2011, salah satu jurulatih terbaik pasukan, Wan Jamak Wan Hassan telah meletak jawatan daripada kelab ini. Beliau melihat tiada alasan untuk mengecewakan pasukan dalam pertandingan Liga Super Malaysia dan Piala FA Malaysia untuk musim tersebut.[6] Bermula tahun 2019, pasukan ini tersingkir daripada Liga Super Malaysia, dan bertanding dalam saingan Liga Premier Malaysia.

Penswastaan pasukan

[sunting | sunting sumber]

Sehingga tahun 2020, pasukan ini bertanding atas kapasiti persatuan bola sepak. Namun, akhirnya pasukan ini berjaya diswastakan dalam kempen penswastaan kelab bola sepak[7] oleh FAM pada September 2020 dan akan beraksi sebagai FC bermula musim 2021.

Suasana bahagian dalam Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Stadium Tuanku Abdul Rahman atau dikenali dengan STAR Paroi ialah sebuah stadium pelbagai guna terletak di Paroi, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia sering digunakan untuk perlawanan bola sepak. Stadium ini memuatkan 20,000 orang dan dibuka pada 1992. Pada 2004, kapasiti stadium ini dibesarkan sehingga 45,000 orang untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan SUKMA X 2004.

Tempoh Pengeluar kit Penaja
2005 Itali Lotto TM Net
2005/06 TM
Naza
2006/07
2007/08
2009 Itali Kappa TM
2010
2011 Itali Lotto -
2012 Matrix Concept
2013
2014 Korea Selatan Kika
2015 Itali Kappa
2016 Jepun Mizuno
2017
2018 Malaysia Al-Ikhsan Sports
2019 England Rhino Matrix Concept
Visit Negeri Sembilan
SALAM Medical Centre
Negeri Roadstone Sdn Bhd
2020 England Admiral Visit Negeri Sembilan
Matrix Concept
2021 Malaysia Kaki Jersi[8] Matrix Concept

Visit Negeri Sembilan[9]

Negeri Roadstone Sdn Bhd[10]

Gemencheh Granite Sdn. Bhd.[11]

Kapten GYM

Skuad Utama

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 16/3/2023

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK Malaysia Tauffiq Ar Rasyid Johar
2 DF Malaysia Che Rashid Che Halim (on loan from Johor Darul Ta'zim)
3 MF Malaysia Tommy Mawat Bada
4 DF Malaysia Farid Nezal
5 DF Malaysia Annas Rahmat
6 DF Malaysia Aroon Kumar
7 FW Malaysia Sean Selvaraj
8 FW Malaysia Zaquan Adha (captain)
9 DF Perancis Herold Goulon
10 MF Gabon Lévy Madinda (on loan from Johor Darul Ta'zim)
12 MF Malaysia Barathkumar Ramaloo
13 DF Malaysia Zainal Abidin Jamil
15 DF Malaysia Hariz Kamarudin
16 MF Malaysia Selvan Anbualagan
17 DF Malaysia Nasrullah Haniff (Vice-captain)
18 FW Malaysia Mahali Jasuli
19 FW Malaysia Javabilaarivin Nyanasegar
No. Pos. Negara Pemain
MF Singapura Safuwan Baharudin
MF Brazil Vinicius Leonel
23 GK Malaysia Sikh Izhan Nazrel (on loan from Selangor)
24 MF Malaysia Saiful Ridzuwan
27 MF Malaysia Fahmi Faizal
29 GK Malaysia Muhaimin Mohamad
30 DF Malaysia Zamri Pin Ramli
31 GK Malaysia Firdaus Irman
32 FW Malaysia Shahrel Fikri
33 MF Malaysia Hafiz Ramdan
35 MF Malaysia Hasbullah Abu Bakar
44 MF Malaysia Afiq Fitri
67 MF Malaysia Amirul Hakimi Rosli
88 MF Malaysia Izzuddin Roslan
97 MF Malaysia Filemon Anyie
99 FW Brazil Casagrande

Bawah 21 tahun

[sunting | sunting sumber]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK Malaysia Amirul Asyraf Abdul Rahman
2 DF Malaysia Mohd Shahir Saffie
3 MF Malaysia Mohd Fauzan Nazhif Zulkifli
4 FW Malaysia Muhd Zaraen Yami
5 DF Malaysia Pavithran a/l Selladorai
7 DF Malaysia Muhammad Fauzan Mohd Fauzi
8 MF Malaysia Muhammad Shazrul Ashraf Mathews
9 FW Malaysia Sean Eugene Selvaraj
10 MF Malaysia Muhammad Nizam Ruslan
11 FW Malaysia Mohd Rahizi Mohd Rasib
12 MF Malaysia Ahmad Ashraf Razmi
13 DF Malaysia Mohd Khamarool Mazlan
No. Pos. Negara Pemain
14 DF Malaysia Muhd Iqbal Na'im Tony Rosdin
15 DF Malaysia Gopinath a/l Ragenderan
16 MF Malaysia Aroon Kumar a/l Ramaloo
17 FW Malaysia Muhammad Nurzaidi Bunari
18 MF Malaysia Suresh a/l Selvathura
19 MF Malaysia Mohd Fauzi Abdul Latif
20 MF Malaysia Muhamad Syahrizal Shaharin
21 GK Malaysia Muhammad Azwan Alimi
22 GK Malaysia Ezad Ariff Jamaludin
23 DF Malaysia Mohd Nurzaidi Mohd Jais
24 DF Malaysia Muhd Zufril Haidy Mazlan
25 MF Malaysia Thanabalan a/l Nadarajah

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Pencapaian Domestik

[sunting | sunting sumber]
  • Piala Malaysia
    • Juara (3): 1948, 2009, 2011
      • Naib Juara (3): 2000, 2006, 2010

Pencapaian Belia

[sunting | sunting sumber]

Pencapaian Asia

[sunting | sunting sumber]
Peringkat Kumpulan: 2004, 2007
Mengundur diri: 2010

Rekod Kelab

[sunting | sunting sumber]

Nota:

  • P = Perlawanan, M = Menang, S = Seri, K = Kalah, J = Jaringan, B = Bolos, Mt= Mata, Ked = Kedudukan

      1 atau Juara       Ke-2 atau Naib-juara       Ke-3       Promosi       Tersingkir

Musim Liga Piala Asia
Divisyen P M S K J B Pts Ked Sumbangsih Malaysia FA Cabaran Kejohanan Keputusan
2004 Liga Premier 24 10 8 6 45 35 38 ke-4 Naib-juara Suku-akhir Suku-akhir Piala AFC Peringkat kumpulan
2005 Liga Premier 21 16 1 4 45 19 49 1 Peringkat kumpulan Pusingan 1
2005-06 Liga Super 21 12 4 5 26 14 40 1 Naib-juara Separuh-akhir
2006–07 Liga Super 24 6 6 12 29 46 24 ke-11 Suku-akhir Pusingan 2 Piala AFC Peringkat kumpulan
2007–08 Liga Super 24 14 6 4 48 30 48 ke-2 Peringkat kumpulan Pusingan 2
2009 Liga Super 26 11 5 10 44 35 38 ke-7 Juara Separuh-akhir
2010 Liga Super 26 11 5 10 40 31 38 ke-6 Naib-juara Naib-juara Juara
2011 Liga Super 26 8 8 10 29 32 32 ke-8 Juara Pusingan 2
2012 Liga Super 26 10 7 9 41 38 38 ke-6 Juara Suku-akhir Pusingan 1
2013 Liga Super 22 1 7 14 11 28 10 ke-12 Peringkat kumpulan Suku-akhir
2014 Liga Premier 22 8 6 8 26 28 30 ke-6 Kelayakan Pusingan 1
2015 Liga Premier 22 8 8 6 33 28 32 ke-6 Kelayakan Pusingan 2
2016 Liga Premier 22 9 8 5 40 26 35 ke-4 Suku-akhir Pusingan 3
2017 Liga Premier 22 11 8 3 37 24 41 ke-5 Peringkat kumpulan Separuh-akhir
2018 Liga Super 22 4 3 15 27 47 15 ke-12 Pusingan 2 Peringkat kumpulan
2019 Liga Premier 20 8 5 7 29 25 4 ke-6 Peringkat kumpulan Pusingan 2
2020 Liga Premier 11 3 2 6 12 20 11 ke-11
2021 Liga Premier 20 12 5 3 33 16 17 1

Source:[12][13]

Bekas Pemain

[sunting | sunting sumber]

Pemain luar negara

[sunting | sunting sumber]

Pemain tempatan

[sunting | sunting sumber]

Pengurusan pasukan (Musim 2021)

[sunting | sunting sumber]

Pengurusan pasukan utama musim 2021

[sunting | sunting sumber]
Jawatan Nama
Pengurus Malaysia Devan a/l Kuppusamy
Ketua Jurulatih Malaysia Devan a/l Kuppusamy
Pembantu Ketua Jurulatih K . Nanthakumar
Pembantu Jurulatih Malaysia Ahmad bin Osman
Jurulatih Penjaga Gol Malaysia Megat Amir Faisal Al Khalidi Ibrahim
Jurulatih Kecergasan Malaysia Arulchelvan a/l Illenggo
Fisioterapi Malaysia Mohd Syaiful bin Sabtu
Doktor pasukan Malaysia Dr Rozaiman  Ebrahim
Pentadbir pasukan Malaysia Jefri Jaafar
Pentadbir pasukan Malaysia Sharizal Mat Sah
Keselamatan pasukan Malaysia Anuar Abd Rahman
Pegawai media Malaysia Mohamad Nazri Robai
Tukang urut Malaysia Mohammad Aim Fazli Abdul Rahim

Pengurusan pasukan bawah 21

[sunting | sunting sumber]
Jawatan Nama
Pengurus U21
Ketua Jurulatih U21
Pembantu Ketua Jurulatih U21
Jurulatih Penjaga Gol U21
Jurulatih Kecergasan U21
Fisioterapi U21

Pengurusan pasukan bawah 19

[sunting | sunting sumber]
Jawatan Nama
Pengurus U19
Ketua Jurulatih U19
Pembantu Ketua Jurulatih U19
Jurulatih Penjaga Gol U19
Jurulatih Kecergasan U19

Ketua Jurulatih

[sunting | sunting sumber]
Tahun Jurulatih Kejuaraan
1981-1982 Malaysia Tony Chia
1983-1984 Malaysia Zainudin Husin
1985-1986 Malaysia Tony Chia
1987-1988 Brazil Santos
1989-1990 Malaysia Zainudin Husin
1991-1993 Slovakia Josef Herel Liga Semi-Pro Divisyen 2 1991
1994-1998 Malaysia M. Karathu
1998-1999 Malaysia Irfan Bakti Abu Salim
2000-2002 Malaysia Mohd Zaki Sheikh Ahmad
2003-2006 Malaysia K. Devan Piala FA Malaysia 2003
Liga Super Malaysia 2005-06
2006-2007 Tunisia Hatem Souissi
2007-2011 Malaysia Wan Jamak Wan Hassan Piala Malaysia 2009
Piala FA Malaysia 2010
2011-2012 Malaysia Mohd Azraai Khor Abdullah Piala Malaysia 2011
Piala Sumbangsih 2012
2013 Portugal Divaldo Alves
Mei 2013 Malaysia Ridzuan Abu Shah Ambil alih
2014-2015 Singapura V. Sundramoorthy
2015-2017 Malaysia K. Devan
2017 Malaysia Mohd Asri Ninggal
2018 Jerman Jorg Steinebrunner
2018 Malaysia Mohd Azraai Khor Abdullah
2018 Portugal Mario Lemos
2019 Malaysia Mat Zan Mat Aris
2019 Malaysia Mohd Zaki Sheikh Ahmad Ambil alih
2020 Malaysia Sazali Saidon
2021 Malaysia K. Devan

Persatuan yang menyelia

[sunting | sunting sumber]

Kelab Berkaitan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Capacity of Tuanku Abdul Rahman Stadium". Worldstadiums.com.
  2. ^ "Siaran Media: 12 pasukan sudah melengkapkan proses penswastaan FC". Football Association of Malaysia. 23 September 2020. Dicapai pada 14 Disember 2020.
  3. ^ "Pasukan NS dikenali NS Matrix musim depan". The Rakyat Post. Malaysia. 6 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2016. Dicapai pada 7 Februari 2018.
  4. ^ "Kelantan come from behind to lift maiden M'sia Cup title". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2010. Dicapai pada 31 Oktober 2010.
  5. ^ "Negeri Sembilan Wins Malaysia Cup title". Demotix. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2011. Dicapai pada 29 Oktober 2011.
  6. ^ "Wan Jamak leaves Negri following team's dismal run this season". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2012. Dicapai pada 20 Mac 2006.
  7. ^ Zuraimee Zainal (30 Julai 2020). "Penswastaan kelab: FAM gesa persatuan, kelab lebih serius". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-14. Dicapai pada 6 Mac 2021.
  8. ^ Mohd Amin Jalil (11 Januari 2021). "Pemain Brazil, Korea perkasa NSFC". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-11. Dicapai pada 12 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  9. ^ BERNAMA (1 Oktober 2020). "Dua masih dalam proses penelitian dokumen". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-18. Dicapai pada 22 Februari 2021.
  10. ^ BERNAMA (1 Oktober 2020). "Dua masih dalam proses penelitian dokumen". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-18. Dicapai pada 22 Februari 2021.
  11. ^ BERNAMA (1 Oktober 2020). "Dua masih dalam proses penelitian dokumen". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-18. Dicapai pada 22 Februari 2021.
  12. ^ "Summary - Liga Premier - Malaysia - Results, fixtures, tables and news - Soccerway".
  13. ^ "Malaysia 2016".

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]