Pergi ke kandungan

Ali Hassan Mohd Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Haji

Ali Hassan
Kelahiran
Ali Hassan Mohd Hassan

WarganegaraMalaysia
PendidikanDiploma Kejuruteraan Mekanikal
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi Malaysia
PekerjaanUsahawan

Ali Hassan Mohd Hassan adalah pemilik rangkaian Syarikat aL-ikhsaN aL-ikhsaN iaitu sebuah syarikat yang menyediakan kelengkapan sukan dan berkait rapat dengan arena sukan dunia seperti Liga Bola Sepak England, Piala Eropah (Euro), Formula Satu (F1), Sukan Olimpik Beijing serta Piala Dunia FIFA 2010.

Sejarah kejayaan

[sunting | sunting sumber]

Kejayaan beliau bermula dengan modal kecil dengan hanya menjual barangannya secara kecil-kecilan kepada rakan-rakan dan pensyarah beliau di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Beliau juga bekerja sambilan sebagai penghantar piza untuk Menyara hidup dan menbayar yuran pengajian. Ali Hassan akhirnya mendapat Diploma Kejuruteraan Mekanikal UTM pada tahun 1993 dan ditawar sambung belajar ke luar negara tetapi ditolak.

Pada tahun 1993 perniagaannya bermula di ruang sempit di Holiday Plaza, Johor Bahru dengan menjual barangan sukan. "Saya kena rajin dan kuat berusaha dengan menjual baju sukan secara pantas. Dapat sahaja barang hari ini, jual secepat mungkin. Cari peluang yang ada di mana sahaja asalkan boleh dijual,”. Ketika itu sukar mendapatkan pinjaman bank.Jangan fikir apa-apa, usahakan apa yang ada.

Jangan malu bertanya kepada pelanggan apa yang mereka tidak puas hati. Biar mereka ‘komplen’,” katanya yang berpendapat ia merupakan antara langkah untuk memajukan perniagaan ke tahap yang lebih baik lagi.“Ambil sahaja apa ‘komplen’ pelanggan dan jangan kita tafsirkan pendapat atau kritikan yang diberikan itu sebagai negatif. Itu tanda mereka sayang keahu melihat perniagaan kita berkembang,” “Formula [[aL-ikhsaN]] dari dulu sehingga sekarang adalah jangan kita meninggalkan solat lima waktu, jaga ibu bapa kita sebaik mungkin, tunaikan zakat dan berikan sedekah dan bantu mereka yang susah.Beliau menyerah semuanya kepada kekuasaaan Allah dan mempercayai sekiranya melakukan sesuatu perkara kerana Allah semata-mata, kesannya amat berbeza.

Kini terdapat 114 buah butik aL-ikhsaN di seluruh negara .Kebanyakan produk yang ada di aL-ikhsaN tidak terdapat di kedai-kedai lain. Pilihan produk juga luas dan dijual pada harga berpatutan. Model kasut sukan dan peralatan lain yang dipakai oleh pemain bola antarabangsa terkenal juga terdapat di kedai ini. Setiap barang yang dilancarkan di Eropah boleh didapati di AL-ikhsaN pada hari yang sama.[1]

Pada 2010, aL-ikhsaN membuka kedai sukan untuk wanita dikenali Al-Ikhsan Sports Girl kerana pelanggan wanita mahukan pakaian serta kelengkapan sukan berkualiti tinggi jenama terkemuka .Jenama popular yang dijual ialah Nike, Adidas, Puma, Reebok, Umbro, Lotto dan Diadora.[2]

Kedai Al-Ikhsan di Rawang telah dirompak pada 23 November 2012 . Sebelum itu Al kedai al Ikhsan di Ampang dan Gombak turut menerima nasib yang sama. Al-Ikhsan cawangan Sungai Buloh, Wangsa Maju dan Rawang pernah dirompak pada 5, 16 dan 22 November 2011. Setakat 2012, lapan cawangan telah dirompak.Berdasarkan rakaman CCTV dan modus operandi mereka, polis PDRM mengesyaki rompakan ini dilakukan oleh kumpulan atau orang sama yang menyasarkan rangkaian kedai Al-Ikhsan. Pihak pengurusan menolak kemungkinan perkara itu adalah perbuatan sabotaj atau dilakukan oleh 'orang dalam'.[3]

  1. ^ "Al-Ikhsan ingin kekal No.1". Utusan Malaysia. 1 Julai 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-15. Dicapai pada 2014-07-09.
  2. ^ "Biar pelanggan 'komplen'". Kosmo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-13. Dicapai pada 2014-07-09.
  3. ^ "Tiga cawangan Al-Ikhsan dirompak dalam tiga minggu". Utusan Malaysia. 24 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-30. Dicapai pada 2014-07-09.