Pergi ke kandungan

My Balik Pulau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

My Balik Pulau merupakan risalah yang diterbitkan di Pulau Pinang, Malaysia . Risalah yang terbit pada 2011 ini berkisar tentang sejarah dan tempat pelancongan di kawasan Balik Pulau lengkap dengan ilustrasi yang menarik. Risalah ini diedarkan di sekitar Pulau Pinang sahaja.

Risalah ini mendapat bantahan dari orang Melayu Pulau Pinang khususnya pemuda UMNO. 20 laporan polis telah dibuat .Antaranya dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang, Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia dan Gerakan Belia 4B Pulau Pinang.Laporan individu dibuat oleh Firus Che Man, 37. Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) merangkumi Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Badan Anti-Islam Liberal (Badai), Islamic Propogation Society International (IPSI) dan Sekretariat Dakwah Pulau Pinang.

Presiden Gabungan, Mohamed Nordin Mohd. Nor mendesak penerbitnya agar Arts Education (Arts Ed) didakwa kerana cuba meluputkan sejarah awal orang Melayu di Pulau Pinang. Penerbitannya dikatakan ditaja oleh Jawatankuasa Pendidikan Pulau Pinang (PEC), kerajaan negeri Pulau Pinang, Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang dan ditaja oleh Majlis Pendidikan Pulau Pinang, Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Pulau Pinang dan syarikat telekomunikasi, Digi.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan pembabitan kerajaan negeri dalam penerbitan dan pengedaran risalah itu. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berjanji akan membuat siasatan penuh dan membuat tindakan susulan.[1] Sebaliknya Lim Guan Eng mendakwa pihak yang mengeluarkan risalah My Balik Pulau, bukanlah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tetapi adalah Umno dan Kerajaan Perseketuan.[2]

Isu yang dibantah

[sunting | sunting sumber]
  1. Ilustrasi menunjukkan orang Melayu terpaksa meminjam wang daripada ceti haram untuk adakan majlis kenduri.Gambar orang Melayu digambarkan selekeh, tidak memakai kasut dan sugul berbanding kaum-kaum lain. Risalah tersebut seolah-olah mempunyai syak dan keinginan untuk menghina orang Melayu. [3]Nampaknya bantahan ini susulan sentimen bantahan orang India terhadap novel Interlok.
  2. Sekolah dan sejarah Balik Pulau hanya mencerminkan seolah-olah orang Cina sudah bertapak lama di kawasan itu sebelum kedatangan orang Melayu.[4]
  3. Orang Melayu di sana digambarkan sebagai pelarian perang dan sanggup menggadai tanah semata-mata untuk mengadakan upacara besar-besaran seperti majlis perkahwinan.

Rekod pejabat pentadbiran British pada 1880 menunjukkan tamadun Melayu sudah lama wujud di situ sebelum ketibaan pendatang kaum lain. Ketika itu sudah ada pemerintahan sistematik seperti penghulu dan masjid yang dijadikan pusat aktiviti masyarakat Melayu.[5]

  1. ^ Polis teliti laporan My Balik Pulau - KP
  2. ^ "Risalah Balik Pulau: Umno dan Putrajaya ludah ke langit, kata Guan Eng". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-09. Dicapai pada 2011-02-19.
  3. ^ My Balik Pulau: 3 lagi laporan polis dibuat Utusan Malaysia
  4. ^ Haramkan My Balik Pulau Utusan Malaysia
  5. ^ Risalah My Balik Pulau dianggap berbahaya