Pergi ke kandungan

Muzium dan Galeri Seni Derby

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muzium dan Galeri Seni Derby
Bangunan yang diperbesarkan pada tahun 1964 berasal dari balai seni yang asal
Map
Maklumat am
Ditubuhkan1836
Saiz koleksi
Lukisan Joseph Wright
Maklumat geografi
Lokasi
Wardwick di Derby
Maklumat pelawat
Laman sesawang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Muzium dan Galeri Seni Derby pertama kali dibuka pada tahun 1879, bersama-sama dengan Perpustakaan Pusat Derby, di gedung baru yang dirancang oleh Richard Knill Freeman dan diberikan kepada Derby oleh Michael Thomas Bass. Koleksinya meliputi seluruh galeri yang menampilkan lukisan Joseph Wright; juga terdapat koleksi pertunjukan Royal Crown Derby dan porselin yang lain dari Derby dan wilayah sekitarnya. Pertunjukan tambahan meliputi bidang arkeologi, sejarah alam, geologi dan koleksi ketenteraan. Galeri Seni mulai dibuka sejak tahun 1882.

Muzium ini boleh dianggap kewujudannya sejak pembentukan Muzium Daerah dan Kota Derby serta Persatuan Sejarah Alam (Derby Town and County Museum and Natural History Society) pada 10 Februari 1836. Persatuan tersebut diwadahi oleh Full Street Public Baths namun sebenarnya adalah persatuan swasta yang didanai oleh kesatuan anggotanya. Koleksinya bermula dari sumbangan awal Dr Forrester yang pernah menjawat sebagai Ketua Persatuan Filosofikal Derby. Penaung persatuan muzium ialah William Cavendish, 6th Duke of Devonshire, dan presidennya ialah Sir George Crewe ialah seorang naturalis sejati.[1] Kolonel George Gawler menyumbang koleksi mineral dan burung-burung awet termasuk seekor albatros ketika beliau menjawat sebagai gabernor Australia Selatan.[2] Pada tahun 1839, telah diadakan pameran besar-besaran di institut mekanik yang mempamerkan banyak barangan termasuk dari koleksi Joseph Strutt. Banyak dari barang ini kemudian menjadi koleksi muzium Derby.[3] Persatuan ini pada tahun 1840 berpindah ke Atheneum di Victoria Street. Koleksi persatuan berkembang pada tahun 1856 dan mereka ditawari buat pertama kalinya untuk bergabung dengan pemerintah kota oleh William Mundy, namun tawaran tersebut ditolak.[1]

Pada tahun 1857, Llewellyn Jewitt dilantik menjadi setiausaha dan muzium dibuka untuk lawatan masyarakat umum pada setiap pagi sabtu. Pada tahun 1858, Persatuan Filosofikal Derby telah berpindah ke sebuah rumah gudang di Wardwick, Derby yang kemudian digabung dan dikenali sebagai Derby Town and County Museum and the Natural History Society (Muzium Daerah dan Kota Derby dan Persatuan Sejarah Alam).[1] Perpindahan ini turut meliputi perpindahan terhadap koleksi persatuan yang terdiri dari 4,000 jilid, peralatan matematik dan ilmu pengetahuan serta koleksi fosil.[1] Pada tahun 1863 ahli botani Alexander Croall dirujuk sebagai pustakawan dan kurator pertama dan pada tahun berikutnya, muzium dan perpustakaan digabung menjadi satu. Croall meninggalkan muzium pada tahun 1875[1] untuk menjadi kurator di Muzium dan Galeri Seni Stirling Smith[4].

Muzium Daerah dan Kota Derby akhirnya berpindah pemilikan ke Derby Corporation pada tahun 1870, namun waktu itu berlakunya kesulitan untuk mencari tempat bagi mempamerkan koleksinya. Setelah menyimpan semua artifak di rumah gudang selama tiga tahun, muzium akhirnya dibuka untuk lawatan umum pada 28 Jun 1879.[1] Galeri Seni dibuka pada tahun 1882 dan pada tahun 1883 muzium telah mendapat bantuan tenaga elektrik bagi melengkapkan fungsi pencahayaan model baru.

Pada tahun 1936, muzium telah mendapat koleksi tambahan dan lukisan dari Alfred E. Goodey yang sudah mengumpul koleksi seni sejak 50 tahun lamanya. Pada saat kematiannya pada tahun 1945 dia telah meninggalkan wasiat harta sebanyak £13.000 untuk membangunkan gedung tambahan di muzium. Gedung tambahan yang kini menjadi ruang muzium selesai dibangunkan pada tahun 1964.[3] Inisiatif untuk menggabungkan bangunan baru dan tua dilakukan pada tahun 2010-2011.

Hubungan Derby dan era reformasi

[sunting | sunting sumber]
Bangunan tahun 1876 saat ini lebih banyak dipakai untuk Perpustakaan Pusat Derby namun pemisahan dengan gedung baru dipelbagaikan

Derby sangat berperanan pada abad ke-lapan belas terutama pada era reformasi, suatu masa ketika ilmu pengetahuan dan falsafah menentang hak mutlak diraja untuk memimpin. Era reformasi mempunyai banyak cabang, termasuk falsafah besar "Reformasi Scotland" ("Scottish enlightenment") yang berpusat pada falsafah David Hume, dan perubahan politik memuncak pada revolusi Perancis, namun di Midlands Inggeris daerah dimana tokoh industri dan ilmu pengetahuan saling bekerjasama. Tokoh terkenal dari Lunar Society, termasuk Erasmus Darwin, Matthew Boulton, Joseph Priestley dan Josiah Wedgwood ditambah Benjamin Franklin yang melakukan korespondensi dari Amerika[5] Erasmus Darwin, abang Charles Darwin; mengawali Derby Philosophical Society ketika ia berpindah ke Derby pada 1783. Ini adalah persatuan yang mendirikan perpustakaan pertama di Derby.

Beberapa lukisan yang dibuat oleh Joseph Wright, yang dikenali atas penggunaan teknologi cahaya dan bayangan, adalah berasal dari anggota Lunar Society. Muzium Derby memiliki lebih dari 300 skesta Wright, 34 lukisan cat minyak, dan dokumen-dokumen.[6] Satu yang berjudul Ahli Alkimia Menemukan Fosfor (The Alchymist in Search of the Philosopher's Stone) (1771) dan penemuan fosfor oleh ahli alkimia Jerman Hennig Brand tahun 1669. Sebuah tabung kaca berisi sejumlah besar urin yang direbus dan mendidih terlihat ledakan cahaya yang diketahui sebagai fosfor, yang banyak terkandung dalam urin, terbakar secara spontan di udara.

A Philosopher Lecturing on the Orrery, oleh Joseph Wright, 1766

A Philosopher Lecturing on the Orrery menunjukkan mekanisme awal untuk menunjukkan gerakan planet-planet mengelilingi matahari, dan orrery yang sesungguhnya dipamerkan di tengah galeri di depan lukisan. Ilmuwan Skotlandia, ahli perbintangan dan pengajar James Ferguson melakukan satu seri kuliah di Derby pada 1762.[7] Kuliah itu berdasarkan bukunya Pelajaran pada Subyek Tertentu Mekanika, Hidrostatik, Pneumatika, Optik, dll., dipublikasikan pada 1760. Dalam menggambarkan pelajarannya ia menggunakan berbagai jenis mesin, model dan peralatan. Wright kemungkinan hadir pada kuliah Ferguson, khususnya tiket yang tersedia dari John Whitehurst, tetangga dekatnya, pembuat jam dan peneliti. Seniman ini juga mungkin telah melukis pengetahuan praktis Whitehurst untuk mengetahui lebih mendalam tentang orrery dan pengoperasiannya.

Ahli Alkimia Menemukan Fosfor, oleh Joseph Wright, 1771

Kepentingan lukisan Joseph Wright

[sunting | sunting sumber]

Lukisan-lukisan yang berdasar pada kenyataan ini dianggap turut memiliki erti kiasan, ledakan cahaya fosfor di depan tubuh yang seakan-akan berdoa menandakan masalah transisi dari keimanan menuju pemahaman ilmu pengetahuan dan pencerahan, dan berbagai ekspresi tubuh di sekeliling burung dalam pompa udara menggambarkan perhatian pada kekejaman dari masa mendatang ilmu pengetahuan.[8] Lukisan-lukisan ini menampilkan pandangan menyeluruh dalam penelitian ilmiah yang mulai mengganggu kekuatan agama di masyarakat Barat. Sekitar sepuluh tahun kemudian, ilmuwan di seluruh dunia menghadapi penganiayaan, atau dihukum mati pada Revolusi Perancis 1789, menjadi puncak dari pemikiran reformasi pengembangan. Joseph Priestley, anggota Lunar Society dan penemu unsur oksigen melarikan diri ke Britain setelah makmalnya di Birmingham dihancurkan dan rumahnya dibakar habis ketika peristiwa Perusuhan di Birmingham pada tahun 1791, oleh perusuh dengan alasan sokongannya pada Revolusi Perancis;[9] dan teman kolej Lavoisier di Perancis dihukum mati dengan guillotine. Ahli politik dan ilmuwan Edmund Burke, melalui bukunya yang terkenal Refleksi Revolusi di Perancis (1790), menghubungkan ilmuwan pengetahuan alam dan khususnya Priestley dengan Revolusi Perancis, beliau menulis bahawa para radikal yang mendukung ilmu pengetahuan di Inggeris "para lelaki dengan usahanya tidak lebih kurang halnya seperti yang mereka lakukan pada tikus di pompa udara". Dari komentar ini, Wright melukis burung dalam pompa udara, yang diselesaikan lebih dari dua puluh tahun lebih awal, tampaknya sesuai kenyataan.

Ini berlawanan dengan latar belakang Charles Darwin, cucu dari seorang Derby dan anggota Lunar Society, Erasmus, yang membangkitkan kembali konflik antara ilmu pengetahuan dan keyakinan agama sekali lagi setengah abad kemudian, dengan terbitnya buku Asal-usul Spesies di tahun 1859.

Kerana jaringan hubungan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan, dan ketegangan itu diciptakan dengan sangat halus melalui penggambaran seni lukis dari Joseph Wright. Muzium dan Galeri Seni Derby, jauh dari sekadar kumpulan koleksi seni lukis yang baik seperti yang mungkin dibayangkan oleh pengunjung biasa. Menjadi penting kerana berada di tempat yang mempunyai peranan penting dalam kelahiran ilmu pengetahuan moden dan awal industri di seluruh dunia. Birmingham, dengan ilmu pengetahuan dan industri, telah digambarkan sebagai silicon valley pada abad kelapan belas.[10]

Erasmus Darwin hanya memiliki koleksi barangan yang sedikit. Herbert Spencer, teman Charles Darwin, dan pencipta istilah "the survival of the fittest", yang lahir di Derby, dan digambarkan sebagai penemu sosiologi[11] tampaknya tak disebutkan sama sekali.

Wright dari Derby

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, Dewan Kota Derby mengumumkan penggunaan Joseph Wright dari Derby untuk menandai kota Derby. Pada saat yang sama, Muzium Derby mengumumkan "kerja sama" dengan Wikipedia untuk meningkatkan kualiti informasi.[12][13] Pada Februari 2011 Dewan Muzium, Perpustakaan dan Arkib atau Museums, Libraries and Archives Council (MLA) mengumumkan penghargaan kepada Muzium dan Galeri Seni Derby untuk penyimpanan lukisan dan gambar oleh Joseph Wright.[14]

Lain-lain seniman

[sunting | sunting sumber]

Selain koleksi Wright, terdapat juga karya-karya dari William Frederick Austin, Ernest Ellis Clark, Harold Gresley, Alfred John Keene, George Bailey, William Edwin Mosley, David Payne, George Turner, William Wood, Ernest Townsend, George Francis Yarnell, Samuel dan Louise Rayner.[3]

Ruangan Bonnie Prince Charlie

[sunting | sunting sumber]

Tiruan ruangan di Derby dimana Bonnie Prince Charlie menyiapkan "dewan perang" tahun 1745, dalam perjalanannya ke selatan untuk merebut takhta Inggeris. Dinding panel diambil dari Exeter House, yang sudah dibongkar pada tahun 1854. Pada saat pembongkaran, panel-panel dibawa ke muzium, yang kemudian diterima sebagai sumbangan. Bahkan Ratu Victoria menyerahkan surat asli dari Bonnie Prince Charlie yang juga merupakan salah satu barangan koleksi peribadinya.[15]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d e f (Inggeris) Newsletter of the Geological Curators Club, Vol 1, No. 8, 1976. Retrieved 26 February 2011.
  2. ^ (Inggeris) Glover, Stephen (1829). The history and directory of the borough of Derby, a guide p.430.
  3. ^ a b c (Inggeris) Allard, Sarah (2003). Goodey's Derby. Breedon Books. m/s. 157. ISBN 1 85983 379 9. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  4. ^ (Inggeris) Old Town Cemetery, Stirling, accessed February 2011
  5. ^ (Inggeris) Lunar, jquarter.members.beeb.net
  6. ^ (Inggeris) "Closure could be small step back for a giant leap forward. The building was closed on 18 October so asbestos could be removed and other refurbishment work started. A lighting upgrade and installation of a disabled lift will continue, with completion expected in March 2011". Evening Telegraph. 19 October 2010. |access-date= requires |url= (bantuan)
  7. ^ (Inggeris) Search.revolutionaryplayers.org.uk Diarkibkan 2007-03-16 di Wayback Machine
  8. ^ (Inggeris) Search.revolutionaryplayers.org.uk Diarkibkan 2007-03-16 di Wayback Machine
  9. ^ (Inggeris) Schofield, Robert E. (2004), The enlightened Joseph Priestley: a study of his life and work from 1773 to 1804, Penn State Press, m/s. 151, ISBN 9780271024592
  10. ^ (Inggeris) Thescotsman.scotsman.com
  11. ^ (Inggeris) Spencer, derbyshireuk.net
  12. ^ (Inggeris) Green, Kirsty (15 January 2011). "City curators unveil hidden treasures to website Wikipedia". Derby Telegraph. |access-date= requires |url= (bantuan)
  13. ^ (Inggeris) "Derby Museums and Wikipedia Join Forces to Improve Content". Derby.gov.uk. 20 January 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-04. Dicapai pada 2011-01-29.
  14. ^ (Inggeris) MLA.gov.uk Diarkibkan 2011-02-21 di Wayback Machine
  15. ^ (Inggeris) Architecture treasure - Exeter House Panelling Derby Museum and Art Gallery

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 52°55′20″N 1°28′46″W / 52.92225°N 1.4795°W / 52.92225; -1.4795