Pergi ke kandungan

Muzium Warisan Sejarah Kuala Lipis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muzium Warisan Sejarah Kuala Lipis terletak di Bukit Bius, Kuala Lipis, Pahang. Asalnya bekas rumah kediaman Setia Usaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang.

Beberapa galeri disediakan seperti sejarah Daerah Lipis, sejarah bangunan, sejarah penjajahan British, sejarah Kesultanan Melayu Pahang, tokoh politik daerah, pejuang kemerdekaan daerah, makanan tradisional Lipis dan sejarah perlombongan emas daerah Lipis.

Rumah banglo dua tingkat ini dibina pada 1920-an. Tun Abdul Razak Hussein semasa menjadi SUK Pahang pernah mendiami rumah ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Lipis (MDL) Datuk Abu Jamal Nordin menyatakan kos pemuliharaan sejak 13 November 2007 hingga 12 Mei 2008 ialah RM 1 juta. RM 640,000 diperlukan untuk kerja-kerja akhir melengkapkan muzium. 14 bangunan lain di Kuala Lipis turut diwartakan sebnagai bangunan warisan.


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]