Mustafa Barghusi
Penampilan
Dr. Mustafa Barghusi | |
---|---|
Setiausaha Agung Inisiatif Kebangsaan Palestin | |
Menyandang jawatan 17 Jun 2002 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Menteri Penerangan Palestin | |
Dalam jawatan Mac 2007 – Jun 2007 | |
Presiden | Mahmud Abbas |
Perdana Menteri | Ismail Haniyeh |
Didahului oleh | Yusuf Rizkah |
Digantikan oleh | Riyad al-Maliki |
Setiausaha Agung Parti Rakyat Palestin | |
Dalam jawatan 1991–2002 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mustafa Kamil Mustafa Barghusi مصطفى كامل مصطفى البرغوثي 1 Januari 1954 Baitulmaqdis |
Parti politik | Inisiatif Kebangsaan Palestin (2002-kini) |
Pekerjaan | Doktor perubatan, ahli politik |
Mustafa Barghusi (Arab: مصطفى البرغوثي ; lahir pada 1 Januari 1954) ialah seorang ahli perubatan, politik dan aktivis Palestin yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Inisiatif Kebangsaan Palestin (PNI, atau dikenali juga sebagai Al-Mubadarah)[1]. Beliau ialah anggota Majlis Perundangan Palestin sejak 2006 dan juga menjadi anggota Majlis Pusat Pertubuhan Pembebasan Palestin. Pada 2007, Mustafa dilantik sebagai Menteri Penerangan bagi kerajaan perpaduan Palestin.[2] Pemilihan beliau dipersetujui oleh kedua-dua parti pemerintah utama, Fatah dan Hamas walaupun beliau bukan anggota kedua-duanya.[3]
Beliau pernah menjadi Setiausaha Agung Parti Rakyat Palestin dan menjadi anggota Majlis Kebangsaan Palestin.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "'People in northern Gaza are put between the choice of ethnic cleansing or genocide', says Sec Gen of Palestinian National Initiative". Channel 4 News (dalam bahasa Inggeris). 2023-11-08. Dicapai pada 2023-12-23.
- ^ Staff, Newsweek (2009-02-13). "Mustafa Barghouthi: Unity Government for Palestine". Newsweek (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-23.
- ^ "Profiles: Palestinian unity cabinet". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-23.
- ^ "BDS Unmasked: Radical Roots, Extremist Ends" (PDF).