Pergi ke kandungan

Musim kebakaran hutan Australia 2019–20

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Musim kebakaran hutan Australia 2019-20
Imej satelit NASA pada 7 Disember 2019 menunjukkan kebakaran belukar dan hutan di sepanjang pantai timur Australia.
LokasiAustralia (seluruh negara)
Perangkaan
TarikhJun 2019 – kini
Keluasan terjejasLebih 10,700,000 hektar (26,000,000 ekar)
Penyebab
Bangunan musnah5,900+
Kematian28 orang
  • 25 orang awam
  • 3 bomba sukarelawan
(sejak 8 Januari 2020)
TercederaSekurang-kurangnya berjumlah 41 orang
  • Orang awam yang tidak diketahui
  • 41 bomba
(di 3 negeri sejak 21 Disember 2019)
Musim
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Musim kebakaran hutan Australia 2019-2020 (Tulisan Jawi: موسيم كبكرن هوتن أستراليا 2019-20) melibatkan siri padang belukar yang sedang terbakar di seluruh Australia, kebanyakannya di kawasan selatan-timur. Musim 2019-2020 adalah tahun yang sangat ketara berbanding dengan musim-musim sebelumnya kerana telah membakar kira-kira 10.7 juta hektar (26 juta ekar; 107,000 kilometer persegi; 41,000 batu persegi), memusnahkan lebih daripada 5,900 bangunan (termasuk lebih daripada 2,204 rumah) dan mengorbankan 28 orang pada 8 Januari 2020. [5][6][7][8][9][10][11] Kebakaran hutan ini dianggap oleh Perkhidmatan Bomba Luar Bandar NSW sebagai musim hutan yang paling buruk dalam ingatan sejarah.[12] Pada Disember 2019, Kerajaan New South Wales mengisytiharkan darurat selepas paras suhu pecah rekod dan kemarau berpanjangan memburukkan lagi situasi kebakaran di kawasan belukar.[13][14] Dianggarkan bahawa hampir separuh bilion haiwan di New South Wales terjejas oleh kebakaran yang berterusan.[15][16] Anggaran lain, termasuk haiwan seperti kelawar, amfibia dan invertebrata, meletakkan jumlah yang terbunuh lebih dari satu bilion.[17] Pakar ekologi risau beberapa spesies yang terancam akan pupus oleh kerana kesan dari kebakaran 2019-2020.[18]

Dari bulan September 2019, kebakaran banyak memberi kesan kepada pelbagai wilayah di negeri New South Wales, seperti North Coast, Mid North Coast, Lembah Hunter, Hawkesbury dan Wollondilly di sebelah barat Sydney, Gunung Biru, Illawarra dan South Coast, dengan lebih daripada 100 api terbakar di seluruh negeri. Di timur dan timur Victoria hutan-hutan besar terbakar dan diluar kawalan selama empat minggu sebelum kebakaran muncul dari hutan pada akhir Disember, mengorbankan nyawa, mengancam banyak bandar dan mengasingkan Corryong dan Mallacoota dari dunia luar. Keadaan bencana telah diisytiharkan untuk East Gippsland.[19] Kebakaran yang ketara berlaku di Adelaide Hills dan Pulau Kangaroo di Australia Selatan. Kawasan yang agak teruk ialah South East Queensland dan kawasan barat daya Australia Barat, dengan beberapa kawasan di Tasmania dan ACT yang sedikit terjejas.

Penguatkuasa dari seluruh Australia dipanggil untuk membantu memerangi kebakaran dan merehatkan krew tempatan yang kepenatan di New South Wales. Pada 11 November dilaporkan bahawa Pihak Berkuasa Bomba Negeri Victoria (CFA) telah menghantar sebuah kontinjen besar sehingga 300 anggota bomba dan kakitangan sokongan untuk membantu.[20] Menjelang pertengahan November 2019, lebih daripada 100 anggota bomba dihantar dari Australia Barat.[21] Kontingen juga dihantar dari Australia Selatan dan Wilayah Ibu Negara Australia.[21][20] Pada 12 November, Kerajaan Australia mengumumkan bahawa Angkatan Pertahanan Australia akan memberikan sokongan udara kepada usaha memadam api kebakaran, serta bersedia untuk memberi sokongan tenaga dan logistik.[22][23] Ahli bomba dari New Zealand, Malaysia, Amerika Syarikat, Kanada dan Singapura turut terbang ke Australia bagi membantu usaha pemadaman kebakaran, terutamanya di New South Wales.[24][25]

Potensi kebakaran

[sunting | sunting sumber]

Bekas ketua-ketua perkhidmatan api Australia pada April 2019 memberi amaran bahawa Australia tidak bersedia untuk musim kebaparan yang akan datang. Mereka menyeru Perdana Menteri seterusnya untuk bertemu dengan bekas pemimpin perkhidmatan kecemasan "yang akan menggariskan, tidak terkekang oleh bekas majikan mereka, bagaimana risiko perubahan iklim semakin meningkat".[26][27]

Pada bulan Ogos 2019, badan yang dibiayai secara persekutuan yakni CRC mengeluarkan laporan tinjauan bermusim yang menasihatkan "diatas potensi kebakaran biasa" untuk selatan dan tenggara Queensland, kawasan pantai timur New South Wales dan Victoria, untuk bahagian-bahagian Australia Barat dan Australia Selatan.[28][29] CRC telah mengemaskinikan nasihat mereka tentang "diatas potensi kebakaran biasa" pada Disember 2019.[30]


  1. ^ a b c "Special Climate Statement 71—severe fire weather conditions in southeast Queensland and northeast New South Wales in September 2019" (PDF). Bureau of Meteorology (dalam bahasa Inggeris). 24 September 2019. Dicapai pada 5 Januari 2020.
  2. ^ "'The monster': a short history of Australia's biggest forest fire" (dalam bahasa Inggeris). 20 Disember 2019. Dicapai pada 4 Januari 2020.
  3. ^ Cormack, Lucy; Bungard, Matt (27 November 2019). "RFS volunteer charged with lighting seven fires". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 5 Januari 2020.
  4. ^ Visontay, Elias (17 Disember 2019). "NSW bushfires: police set to charge a dozen with arson". The Weekend Australian. Dicapai pada 5 Januari 2020.
  5. ^ "The numbers behind Australia's catastropic bushfire season". SBS News. 5 January 2020. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  6. ^ Woman dies from bushfire smoke in Canberra after exiting plane"Australian bushfires: Twenty-eight missing in Victorian bushfire zones". www.9news.com.au. Dicapai pada 3 Januari 2020.
  7. ^ "Bushfires live updates: Troops prepare for emergency evacuations by sea". News.com.au. 2 Januari 2020. Dicapai pada 3 Januari 2020.
  8. ^ "NSW and Victoria fires live: three more deaths confirmed in Australia bushfires and hundreds of homes destroyed – latest updates". The Guardian. 31 Disember 2019. Dicapai pada 1 Januari 2020.
  9. ^ "More than 720 homes lost in NSW fires as Sydney told to brace for huge losses". The Sydney Morning Herald (dalam bahasa Inggeris). 10 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2019. Dicapai pada 12 Disember 2019.
  10. ^ "Bushfire death toll rises as fires sweep across South Australia and NSW". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Disember 2019. Dicapai pada 21 Disember 2019.
  11. ^ "Australian bushfires burn more land than Amazon and California fires combined". Seven News. Dicapai pada 4 Januari 2020.
  12. ^ "Worst bushfire conditions ever seen: Unprecedented danger is 'a firefighter's nightmare'". News.com.au (dalam bahasa Inggeris). 12 November 2019. Dicapai pada 1 Januari 2020.
  13. ^ "Australia declares state of emergency as heatwave fans bushfires". www.aljazeera.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Disember 2019. Dicapai pada 19 Disember 2019.
  14. ^ "Australia all-time temperature record broken again" (dalam bahasa Inggeris). 19 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Disember 2019. Dicapai pada 19 Disember 2019.
  15. ^ Harvey, Josephine (2 Januari 2020). "Nearly Half A Billion Animals Feared Dead In Australian Wildfires". The Huffington Post. Dicapai pada 3 Januari 2020.
  16. ^ "Australia fires: How do we know how many animals have died?". BBC. Dicapai pada 4 Januari 2020.
  17. ^ Harvey, Josephine (6 Januari 2020). "Number Of Animals Feared Dead In Australia's Wildfires Soars To Over 1 Billion". The Huffington Post. Dicapai pada 7 Januari 2020.
  18. ^ Readfearn, Graham (3 Januari 2020). "'Silent death': Australia's bushfires push countless species to extinction". The Guardian. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  19. ^ Daniel, Andrews (3 Januari 2020). "Premier". Guardian Australia. Victorian Premiers Department. Dicapai pada 3 January 2020.
  20. ^ a b "CFA sends over 300 personnel to NSW bushfires". CFA News and Media (dalam bahasa Inggeris). 11 November 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2019. Dicapai pada 17 November 2019.
  21. ^ a b "Media statement – WA firefighters providing much-needed relief for NSW and QLD". www.mediastatements.wa.gov.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2019. Dicapai pada 17 November 2019.
  22. ^ "Defence boosts bushfire support". news.defence.gov.au. Department of Defence. 4 Januari 2020. Dicapai pada 4 Januari 2020.
  23. ^ "Feature: ADF MOBILISES FOR OPERATION BUSHFIRE ASSIST".
  24. ^ Sufian Suri, Muhammad Zulsyamini (13 Januari 2020). "Malaysian firemen to leave for Australia to help fight bushfires". New Straits Times. Dicapai pada 14 Januari 2020. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  25. ^ Pearlman, Jonathan (6 Januari 2020). "Singapore deploys two Chinook helicopters to help Aussie bush fire recovery efforts". The Straits Times. Dicapai pada 7 Januari 2020.
  26. ^ Cox, Lisa (10 April 2019). "Former fire chiefs warn Australia unprepared for escalating climate threat". Guardian Australia. Dicapai pada 7 Januari 2020.
  27. ^ "Former fire chiefs 'tried to warn Scott Morrison' to bring in more water-bombers ahead of horror bushfire season". ABC News. Australia. 15 November 2019. Dicapai pada 7 Januari 2020.
  28. ^ "Australian Seasonal Bushfire Outlook: August 2019 - HAZARD NOTES". Bushfire and Natural Hazards. Australian Government. 28 Ogos 2019. Dicapai pada 7 Januari 2020.
  29. ^ Doyle, Kate (28 Ogos 2019). "Bushfire outlook for 2019-20 not good news, but will we heed the warnings?". ABC News. Australia. Dicapai pada 7 January 2020.
  30. ^ "Australian Seasonal Bushfire Outlook: December 2019 - HAZARD NOTES". Bushfire and Natural Hazards. Australian Government. 16 December 2019. Dicapai pada 7 Januari 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Middle – Senarai rasmi pautan amal yang disokong, diperiksa dan diiktiraf.
  • EarthWindMap – Peta global semasa pencemaran di udara kurang daripada 1 mikrometer dalam garis pusat, termasuk asap, berpusat di Australia
  • MyFireWatch – Laman rasmi Kerajaan Australia Barat yang memaparkan kebakaran dan tumbuh-tumbuhan setiap 2-4 jam dari data satelit