Music Right (Sarawak) Berhad
Jenis/bentuk sah | Badan Pelesenan |
---|---|
Industri | Muzik |
Ditubuhkan | 5 November 2021 |
Ibu pejabat | Kuching, Malaysia |
Pemilik | Persatuan Armada Anak Seni Sarawak (ARAS) |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Music Right (Sarawak) Berhad (juga dikenali sebagai MRSB) adalah sebuah Badan Perlesenan yang diiktiraf di Sarawak oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 5 November 2021 (Nombor Pengisytiharan : L820210002).[1][2][3] MRSB diberi kuasa oleh MyIPO di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332) dan Peraturan-Peraturan Hak Cipta (Badan Pelesenan) 2012 untuk untuk mentadbir urus bagi pihak ahli-ahlinya yang melibatkan Etnik Tempatan Sarawak merangkumi hak Karya Muzik, Rakaman Bunyi atau Persembahan Pelaku.[4][5]
Aktiviti Kutipan
[sunting | sunting sumber]Kutipan skim pelesenan bagi kategori Karya Muzik, Rakaman Bunyi atau Persembahan Pelaku melibatkan Etnik Tempatan Sarawak ("karya muzik etnik") sepertimana yang diperuntukkan di dalam Akta Hak Cipta 1987.
Aktiviti Pengagihan
[sunting | sunting sumber]Membuat agihan hasil kutipan skim pelesenan kepada ahli-ahlinya berdasarkan amalan tadbir urus badan pelesenan yang telus dan akauntabiliti.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ https://ukas.sarawak.gov.my/2022/02/27/music-rights-sarawak-berhad-diiktiraf-badan-pelesenan-muzik/
- ^ https://www.myipo.gov.my/en/music-rights-sarawak-berhad-authorized-as-copyright-licensing-body/
- ^ https://suarasarawak.my/2022/02/00mrsb-kini-diiktiraf-sebagai-badan-pelesenan-muzik/
- ^ https://www.utusanborneo.com.my/2021/07/10/kutipan-royalti-artis-muzik-etnik-sarawak-dipelawa-sertai-mrsb
- ^ https://sumberkini.my/industri-kreatif-sarawak-digiatkan-ke-persada-dunia/