Muka (sosiologi)
Air muka dalam konteks budaya boleh difahamkan sebagai aturan tingkah laku dan adat yang berkaitan dengan moral, kehormatan atau maruah dan kewibawaan seseorang (atau sekumpulan individu) serta penerimaan mengikut sesebuah masyarakat yang dihubungkan dengan pelaku.
Kefahaman ini mempunyai banyak pandangan bernuansa berbeza diperhatikan dalam banyak masyarakat terutamanya di Asia termasuk orang-orang Cina (di mana ia paling banyak dikaji dan diamat dalam budaya kaum ini[1]), Arab, Nusantara, Korea, Laos, India, Jepun, Vietnam, Filipina, dan Thai.
Pendalaman mengikut budaya
[sunting | sunting sumber]Dalam Alam Cina
[sunting | sunting sumber]Air muka dalam pemahaman budaya Cina dibahagikan kepada dua ungkapan 面子 miànzi dan 脸 liǎn: miànzi lebih dijelaskan sebagai kedudukan, nama atau reputasi yang diraih dengan usaha sendiri manakala liǎn lebih menerangkan air muka diperoleh hasil penerimaan orang ramai terhadap pelaku yang berperwatakan baik dan bermoral.[2]:45
Keadaan di mana air muka dipandang ramai, yakni liǎn, boleh "jatuh" itu sendirinya dibezakan kepada dua:[2]:51-52
- méiyǒu liǎn 沒有臉 ("tidak ada muka") - kehilangan air muka dimiliki sekeluarga atau sekelompok empunya disebabkan tuduhan berat dilemparkan orang ramai
- bùyào liǎn 不要臉 ("tidak mahu muka") keadaan menjatuhkan air muka atas sikap atau tingkah laku diri (ego) yang tidak mempedulikan apa yang dianggap orang ramai mengenai perwatakannya sehingga sanggup "melanggar kebiasaan normal demi manfaat sendiri".
Dalam Nusantara
[sunting | sunting sumber]Budaya orang Melayu mengaitkan air muka dengan maruah yang perlu dijaga demi "nama" (atau kehormatan)[3] diri dan keluarga melalui pemeliharaan kesantunan semasa bergaul dengan orang ramai.[4] Perkara ini dikekalkan melalui penerapan unsur yang halus melapik mengurangkan kesan dari tindakan yang dianggap mengancam air muka secara negatif kerana perbezaan kuasa dan jarak sosial antara penutur dan pendengar: percakapan yang menegur misalnya akan menerapkan "pelembut ayat" dan "ujaran bayangan".[5]
Orang Thai mempunyai air muka (หน้า naa) yang mesti dijaga agar "tidak hilang" (เสียหน้า sia naa), ataupun "dijual" disebabkan tingkah laku sendiri (ขายหน้า khai naa).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Chinese Culture, Tradition, and Customs — Penn State University and Peking University". elements.science.psu.edu. Dicapai pada 2018-12-12.
- ^ a b Hu, Hsien Chin (1944). "The Chinese Concepts of "Face"". American Anthropologist. 46: 45–64. doi:10.1525/aa.1944.46.1.02a00040.
- ^ "nama". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link) "3. kehormatan, kebaikan, kemasyhuran, maruah, pujian..."
- ^ Asmah Haji Omar (2000). Wacana Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- ^ Marlyna Maros (2011). "Strategi Kesantunan Melayu dalam Membuat Teguran" (PDF). e-Utama. Singapura: Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu Institut Pendidikan Nasional Universiti Teknologi Nanyang. 3: 7–20.