Muhd Ridwan Abdul Jalil
Muhd Ridwan Abdul Jalil merupakan wartawan Majalah Al-Islam terbitan kumputan Utusan Melayu Sdn Bhd. Wartawan ini dituduh ridak beretika dalam laporan pengalaman mengikuti upacara sembahyang dalam gereja di Kuala Lumpur. Artikel itu bertajuk "Masuk Gereja Cari Gadis Bertudung Murtad".
Laporan polis
[sunting | sunting sumber]Pada 8 Julai 2009,Joachim Francis Xavier dan rakannya Sudhagaran Stanley membuat laporan polis kerana tidak dapat menerima taktik penyamaran wartawan itu. Pakatan Wartawan untuk Kebebasan Media (WAMI) menyifatkan taktik itu sebagai kewartawan buruk.
Tujuan Muhd Ridwan ialah ingin mengetahui dan menyiasat tentang khabar angin tentang gadis Melayu bertudung murtad dan mengunjungi gereja di Kuala Lumpur. Beliau telah mengambil bahagian dalam aktiviti gereja itu, makan roti suci yang diberikan oleh paderi dan kemudian memuntahkan kembali roti suci itu. Tindakan itu dianggap menghina agama Kristian Katholik dan provokasi. [1]