Muhammad bin Ahmad Shamsuddin al-Muqaddasi
Muhammad bin Ahmad Shamsuddin al-Muqaddasi | |
---|---|
Karya akademik | |
Era | Zaman Kegemilangan Islam |
Muhammad bin Aḥmad Shamsuddin al-Muqaddasi ataupun al-Maqdisi (Arab: محمد بن أحمد شمس الدين المقدسي , transliterasi: Muḥammad ibn Aḥmad Shams al-Dīn al-Muqaddasī/al-Maqdisī ), juga ditranslitersikan sebagai el-Mukaddasi, (c. 945/946 – 991 M) ialah seorang ahli geografi dalam Zaman Pertengahan berbangsa Arab. Beliau menghasilkan karya berjudul Kitab Aḥsan al-taqāsim fī maʿrifat al-aqālīm (كتاب احسن التقسيم فى معرفة الاقاليم) ("Kitab Pembahagian Terbaik buat Pengetahuan tentang Wilayah-wilayah").
Biografi
[sunting | sunting sumber]Al-Muqaddasi dilahirkan di Baitulmaqdis dalam tahun 946 M. Beliau mendapat pendidikan yang amat baik dan selepas menunaikan Haji di Makkah semasa berumur 20 tahun, berazam untuk mengkaji geografi. Beliau membuat beberpa siri penjelajahan yang mengambil masa lebih daripada 20 tahun untuk mengumpul maklumat; jelajah ini membawa beliau ke semua negara-negara Islam. Beliau hanya menulis buku beliau dalam tahun 985 M. Karya beliau memberikan maklumat teratur tentang kesemua tempat dan wilayah yang dilawatinya. Le Strange mengulas tentang karya Al-Muqaddasi: "Pemerian beliau tentang Palestin, dan khusunya Baitumuqaddis, banda kelahirannya, merupakan bahagian yang paling terbaik karyanya. Apa yang beliau catat adalah hasil pemerhatian beliau sendiri, dan pemerian beliau tentang adab dan amalan di pelbagai negara menunjukkan minda yang bijak dan memerhati, yang diperkukuhkan dengan pengetahuan yang mendalam tentang kedua-dua buku dan manusia". (Daripada: Guy le Strange, 1890.)[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]Wikisumber mempunyai teks dari artikel di Ensiklopedia Britannica 1911 Muhammad bin Ahmad Shamsuddin al-Muqaddasi. |
- Al-Muqaddasi (Basil Anthony Collins (Translator)): The Best Divisions for Knowledge of the Regions. Ahasan al-Taqasim Fi Ma'rifat al-Aqalim. Garnet Publishing, Reading, 1994, ISBN 1-873938-14-4
- Mukaddasi (1886). Description of Syria, including Palestine. London: Palestine Pilgrims' Text Society.
- Collins, Basil Anthony: Al-Muqaddasi; the man and His Work, Michigan Geographical Publication, 1974,
- le Strange, Guy (1890), Palestine Under the Moslems: A Description of Syria and the Holy Land from A.D. 650 to 1500, Committee of the Palestine Exploration Fund
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Al-Muqaddasi
- Al-Muqaddasi: An Encyclopaedic Scholar
- Zakariyeh Mohammed: Maqdisi: An 11th Century Jerusalemite Consciousness Double Edition 22 & 23, 2005, Jerusalem Quarterly
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]