Muhammad Daud Iraqi
Dato' Haji Muhammad Daud Iraqi DJMK (Kelantan) | |
---|---|
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat | |
Dalam jawatan 2007–2009 | |
Didahului oleh | Harun Taib |
Digantikan oleh | Harun Taib |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan | |
Dalam jawatan 1995–2004 | |
Menteri Besar | Nik Abdul Aziz bin Nik Mat |
Kawasan pilihan raya | Kenali |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Demit | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Muhamad Mustafa |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Kenali | |
Dalam jawatan 1995–2004 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubar |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Lundang | |
Dalam jawatan 1994–1995 | |
Didahului oleh | Mawardi Ahmad |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubar |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1939 |
Mati | 8 November 2017 Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian | (umur 77–78)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Lundang, Kota Bharu |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pekerjaan | Ulamak, ahli politik |
Dato' Haji Muhammad bin Daud atau Muhammad Daud Iraqi (1939 – 8 November 2017) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang berkhidmat dari 2007 hingga 2009. Beliau pernah menjadi wakil rakyat di beberapa Dewan Undangan Negeri di Kelantan seperti Lundang, Kenali, dan Demit.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Beliau mendapat pendidikan awal di Pondok Tok Kenali, Kubang Kerian selama 13 tahun. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian menengah di Maahad Muhammadi Merbau, Kota Bharu. Pada 1963, beliau terpilih menjadi salah seorang daripada 10 pelajar Malaysia yang diberikan tajaan belajar di Universiti Baghdad. Antara pelajar yang lain ialah Hassan Shukri dan Hashim Jasin[1].
Pulang dari Baghdad selepas empat tahun, beliau mengajar di Sekolah Arab Yaakubiah, Lundang. Seterusnya menjadi pensyarah di Kampus Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) di Nilam Puri. Selepas YPTIK menjadi Akademi Pengajian Islam Nilam Puri Universiti Malaya, beliau terus berkhidmat sebagai pensyarah di UM sehingga tahun 1991. Pada 1991, beliau dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Yayasan Islam Kelantan sehinggalah nama beliau dicalonkan sebagai calon PAS bagi menghadapi pilihan raya kecil Lundang pada tahun 1994[1].
Penglibatan dalam politik
[sunting | sunting sumber]Muhammad Daud Iraqi mula menyertai pilihan raya selepas menjadi calon PAS bagi pilihan raya kecil Lundang 1994. Beliau telah menang dalam pilihan raya tersebut[2], bagi menggantikan penyandangnya Ustaz Mawardi Ahmad yang meninggal dunia. Pada pilihan raya umum Malaysia 1995, beliau telah menjadi calon PAS di DUN Kenali dan memenanginya selama dua penggal (sehingga 2004). Dalam masa yang sama, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan | Individu | Undian | Lawan | Undian | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|
1994 | DUN Lundang, Kelantan | Muhammad Daud Iraqi (PAS) | 9,270 | Nik Abdul Rahman Nik Taib (BN-UMNO) | 5,024 | 4,246 |
1995 | DUN Kenali, Kelantan | Muhammad Daud Iraqi (PAS) | 9,375 | Arifin Othman (BN-UMNO) | 3,929 | 5,446 |
1999 | DUN Kenali, Kelantan | Muhammad Daud Iraqi (PAS) | 10,316 | Mohd Fauzi Ismail (BN-UMNO) | 2,859 | 7,457 |
2004 | DUN Demit, Kelantan | Muhammad Daud Iraqi (PAS) | 8,807 | Muhammad Abdul Ghani (BN-UMNO) | 5,551 | 3,256 |
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]- Kelantan
- Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) - Dato' - 2007
Meninggal dunia
[sunting | sunting sumber]Muhammad Daud Iraqi meninggal dunia ketika berusia 78 tahun di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada 8 November 2017. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lundang[3].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Riduan Mohamad Nor (8 November 2017). "Tribut buat Almarhum Ustaz Muhammad Daud Al-Iraqi". Harakahdaily. Dicapai pada 25 Oktober 2021.
- ^ Hanapi Dollah (1994). "Pilihanraya Kecil Lundang Suatu Perbalahan dalam Pentakrifan Islam" (PDF). Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu. Dicapai pada 25 Oktober 2021.
- ^ Nor Fazlina Abdul Rahim (8 November 2017). "Bekas Ketua Dewan Ulama meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 25 Oktober 2017.
- Kelahiran 1939
- Kematian 2017
- ADUN Kelantan
- Alumni Universiti Baghdad
- Ketua Dewan Ulamak Parti Islam Se-Malaysia
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Anggota Parti Islam Se-Malaysia
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-8
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-9
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-10
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-11