Muhammad Ahmad ar-Rasyid
Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di dalam laman perbincangan rencana ini.
|
Sheikh Muhammad Ahmad ar-Rasyid (8 July 1938 - ) ialah Seorang Da'ie, dalam masa yang sama seorang Murabbi agung. Apabila membaca tulisan-tulisannya, tersentaplah hati-hati yang lalai, jiwa-jiwa yang kosong dan pemikiran-pemikiran yang songsang. Karya-karyanya menjadi rujukan pendokong-pendokong dakwah dan harakah islamiyah. • Berikut merupakan serba ringkas biografinya ; o Kuniyahnya Abu Ammar (nama haraki: Muhammad Ahmad Ar-Rasyid) o Lahir di Baghdad pada 8 Julai 1938 dari keluarga Bani Izz, keturunan Ubadah dari Amir bin Sa’sa’ah. o Pengajian rendah di Tatbiqat dar Muallimin, antara sekolah yang terkemuka di Iraq. Sejak umur 8 tahun telah membaca majalah-majalah kesasteraan atas dorongan abangya. o Mengenali Ikhwan pada umur 13 tahun, bekerja secara rasmi bersama Ikhwan di Iraq semenjak pemerintahan beraja sebelum revolusi pada tahun 1958. o Pada bulan Mei 1953, menggabungkan diri bersama Ikhwan.
↵Kesarjanaan↵Berguru dengan beberapa ulama terkemuka aliran salaf. Antaranya: • Syeikh Abdul Karim (Hadis) • Syeikh Dr Taqiyuddin Al-Hilaly (Ulum Hadis) • Syeikh Muhammad Al-Kurdi (Ilmu Fiqh) • Syeikh Amjad Az-Zahawi (ketua persatuan ulama’ Iraq) Hijrahnya↵Keluar dari Iraq ke Kuwait (1972) atas faktor keselamatan. Bekerja di Kuwait sebagai editor ‘Majalah Al-Mujtama’ yang diterbitkan oleh ‘Jam'iyyah Islah’; di situlah beliau menulis artikel-artikelnya berkaitan ‘Ihya Fiqh Dakwah’. Berhijrah ke UAE dan telah dijemput untuk menyampaikan daurah-daurah dan pengajian-pengajian di serata tempat; sehinggalah kini beliau masih lagi berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain; Malaysia, Eropah dan sebagainya untuk menyampaikan ceramah dan pengajian dan menghidupkan Fiqh Dakwah dalam kalangan duat dan menyebarkan ilmu syariah.
Karya↵•
• Ilmu Dakwah
- Al-Muntalaq (Titik Tolak)
- Al-Awaiq
- Ar-Raqaiq
- Sinaa tul Hayah
- Al-Masaar
- Rasail ul Ain
• Ilmu Syariah
- Mempertahankan Abu Hurairah
- Tahzib Madarij Salikin
- Tahzib Aqidah Tohawiyah
Di samping:
Artikel-artikel di Majalah Mujtama’ Syarahan-syarahan di seminar Manhaj Tarbiyah Dakwiyah (1 jilid) Al-Fiqh al-Lahib, Tahzib kitab Al-Ghiyathi oleh Al-Juwaini Sirotuna al-Mustaqim, merupakan risalah terawal dalam rantaian nasihat-nasihat duat, silsilah terbaru yang merangkumi nasihat dalam Fiqh Dakwah dan dianggarkan insha Allah merangkumi 70 risalah dan ke atas Afaaq ul Jamal, risalah kedua dalam rantaian nasihat-nasihat duat Sebahagian syarikat penerbitan di Turki menerbitkan terjemahan buku-buku Ihya Fiqh Dakwah, dan Al-Muntalaq juga telah diterjemah ke Bahasa Melayu dan Tamil, manakala Al-Masaar akan diterjemahkan ke Bahasa Melayu dalam masa terdekat, dan sedang dalam proses penterjemahan ke Bahasa Perancis, Rusia dan China di samping Inggeris dan Parsi.
↵Karya-karya terbaru:
Ensiklopedia Petunjuk Perkembangan Dakwah dan Jihad (5 jilid) 30 lagi risalah daripada nasihat-nasihat duat Harakat Hayah Ihya ul Ihya, tahzib Ihya Ulumuddin
Nasihat
لا تعلموا إخوانكم كثرة اللعب والمباريات والأسفار، والقضايا المهرجانية ، فهذه تنحت من أوقات الجد ، وأفضل أن يتعلموا العلم الشرعي وأن يأخذوا الطريق الجدي ↵أكثر من ذلك
“Janganlah mengajar ikhwah-ikhwah kamu banyak permainan, pertandingan dan bersiar-siar serta konsert dan festival, kerana ia banyak membocorkan waktu-waktu kesungguhan, sebaiknya kamu isi masa-masa kamu dengan meningkatkan ilmu syariah serta bersungguh-sungguh mempelajarinya.”[1]