Pergi ke kandungan

Dar al-Ifta Mesir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mufti Besar Mesir)
Dar al-Ifta Mesir
دار الإفتاء المصرية
Republik Arab Mesir
Intisari agensi
Dibentuk1895M
JenisAgensi kerajaan
Eksekutif agensi kerajaan
Agensi induk
Republik Arab Mesir
Laman sesawang
https://www.dar-alifta.org

Dar al-Ifta Mesir (Arab: دار الإفتاء المصرية, rumi: 'Dār al-Iftā' al-Miṣriyyah', Melayu: Lembaga Fatwa Mesir) merupakan sebuah badan berkaitan kerajaan dan kehakiman serta penasihat agama di Mesir,[1] yang ditubuhkan sebagai sebuah pusat Islam dan penyelidikan perundangan agama Islam di Mesir pada tahun 1895 Masihi / 1313 Hijrah. Ia menjalankan peranan dengan menasihati dan menjadi panduan hal ehwal agama Islam menerusi fatwa yang diterbitkan seharian dan berkaitan isu semasa.

Dar al-Ifta menggunakan al-Quran, hadis, dan pandangan para ilmuwan Islam silam untuk menyampaikan fatwa mengenai topik-topik yang berkaitan dengan umat Islam kontemporari. Fatwa-fatwanya mempengaruhi masyarakat Muslim Sunni di Mesir dan seluruh dunia.[2]

Dar al-Ifta bertanggungjawab dalam pengurusan fatwa rasmi dan juga melibatkan perkara-perkara berkaitan perundingan perundangan melibatkan hukuman mati[3].

Dar al-Ifta’ Mesir dianggap antara institusi terawal bagi institusi fatwa di dunia Islam. Ia ditubuhkan pada tahun 1895 oleh perintah tertinggi Khadiw Abbas Hilmi, dan diletakkan di bawah Kementerian Keadilan pada 21 November 1895 dengan dekri No. 10.47 Dar al-Ifta’ al-Misriyyah adalah antara institusi-institusi agama yang penting di Mesir selain daripada al-Azhar al-Syarif, Universiti al-Azhar, Kementerian Agama[3].

Dar al-Ifta Mesir bermula dengan satu bahagian di Kementerian Kehakiman Mesir. Peranan Dar al-Ifta’ tidak berhenti pada ketika ini; ia tidak terhad oleh sempadan domestik tetapi melangkaui Mesir serta meliputi seluruh dunia Islam[3].

Fungsi utama Dar al-Ifta terbahagi kepada dua perkara utama iaitu fungsi berkaitan hal ehwal agama dan berkaitan undang-undang.

  • Fungsi berkaitan hal ehwal agama
    • Menerima soalan dan menjawabnya dalam pelbagai bahasa
    • Melihat anak bulan dan menentukan permulaan awal bulan Islam sepanjang tahun
    • Latihan kepada pelajar asing dalam bidang kefatwaan
    • Mengeluarkan kenyatan-kenyataan rasmi dalam isu-isu agama
    • Mengendalikan penyelidikan
    • Menjawab salah tanggapan dalam agama
    • pusat pengajian jarak jauh
  • . Fungsi berkaitan perundingan perundangan melibatkan hukuman mati

Fatawa Islamiyah

[sunting | sunting sumber]

Bermula tahun 1980 (1400 H), Dar al-Ifta mula menerbitkan Al-Fatawa Al-Islamiyyah Min Dar Al-Ifta ("Fatwa-fatwa Islam daripada Dar al-Ifta"). Kandungan penerbitan ini diselia oleh Majlis Tertinggi bagi Hal Ehwal Agama, sebuah badan di bawah Kementerian Wakaf Mesir.[4] Jilid pertama buku ini membentangkan fiqh secara umum, tetapi jilid-jilid lain diterbitkan mengenai wakaf dan harta pusaka. Fatawa Islamiyah diterbitkan mengikut peredaran semasa, merangkumi isu-isu fiqah tradisional hingga ke waktu kini. Penyusunan buku ini adalah seperti berikut:[4]

  1. Jilid 1 hingga 4: meliputi 703 fatwa, merangkumi semua disiplin ilmu fiqh tradisional dari 1895 hingga 1950.
  2. Jilid 5 hingga 7: meliputi 413 fatwa, merangkumi semua disiplin ilmu fiqh tradisional dari 1950 hingga 1978.
  3. Jilid 8 hingga 10: meliputi 209 fatwa, fokus utama kepada fatwa Syeikh Jad al-Haq pada 1978 hingga 1982.
  4. Jilid 11 hingga 13: meliputi 379 fatwa, fokus utama kepada Wakaf, berkisar tahun 1895 hingga 1982.
  5. Jilid 14 hingga 19: meliputi 1572 fatwa, fokus utama kepada harta pusaka, berkisar tahun 1895 hingga 1982.
  6. Jilid 20: kembali semula kepada semua disiplin ilmu berkisar tahun 1982-1986.

Mufti Besar

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai para ulama yang pernah menjawat jawatan Mufti bagi negara Mesir dari tahun 1895 sehingga kini;

Perkembangan

[sunting | sunting sumber]

Fatwa berkaitan pandemik COVID-19

[sunting | sunting sumber]

Penjarakan fizikal ketika solat

Dar al-Ifta menegaskan bahawa tidak ada halangan terhadap penjarakan fizikal yang berlaku antara mereka yang melaksanakan solat secara berjemaah dengan kadar 1 meter atau lebih dari setiap sudut. Ini bertujuan untuk mengelakkan wabak serta langkah pencegahan dari penularan penyakit berjangkit. Solat berjemaah dalam bentuk seperti ini adalah sah, dan sama sekali tidak terkeluar dari objektif merapatkan saf. Dari sudut para jemaah masih selari (kedudukannya) dalam satu saf yang sama, yang mana mereka tidak mendahului (terkehadapan) antara satu sama lain di dalam saf.[6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Ramadan in Saudi Arabia". The Economist. 11 June 2016. Dicapai pada 11 June 2016.
  2. ^ "Call Islamic State QSIS instead, says globally influential Islamic authority". The Guardian.
  3. ^ a b c Abdul Muhaimin Mahmood (2019). Sedekad JAKIM Di Mesir: Memacu Hubungan Strategik Antara Mesir dan Malaysia Dalam Bidang Hal Ehwal Islam. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. m/s. 222. ISBN 978-967-10972-4-3.
  4. ^ a b Jakob Skovgaard-Petersen (1997). Defining Islam for the Egyptian State: Muftis and Fatwas of the Dār Al-Iftā. BRILL. m/s. 241-5.
  5. ^ "Grand Mufti of Egypt". The African World. London, England: 82. November 18, 1905. The Grand Mufti of Egypt, Sheik Abdel Kader El Rafei, who had only been appointed to the high religious post a couple of days previously, died last Friday night while driving from the house of the Ministry for Foreign Affairs, Boutros Pacha Ghali, to that of Mazloum Pacha the Finance Minister. He had just concluded a series of official visits which proved too fatiguing for his years, and he died from heart failure. Deceased, who was seventy-five years of age, enjoyed a great reputation for piety and learning. A successor has been found in Sheik Bakri Ashour, the acting Grand Cadi.
  6. ^ Dr. Mohd Aizam bin Mas'od (2020). "Pendapat Tokoh Ulama dan Badan Beroutoriti Agama Dunia berkenaan hukum menjarakkan saf bagi mengekang penularan COVID-19". Al-Bayan : Isu Penjarakan Fizikal Semasa Solat Berjemaah di Masjid dan Surau (PDF). Putrajaya: Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). m/s. 32.