Mr. Os
Mr. Os | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Yusof bin Abdul Hamid 5 April 1961 |
Meninggal dunia | 8 April 2016 | (umur 55)
Sebab kematian | Kanser paru-paru |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Taman Sri Gombak, Selangor |
Nama lain | Os |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah, penulis, pengacara |
Tahun aktif | 1986–2016 |
Pasangan |
|
Anak-anak | 7 (termasuk Dewa dan Has Arteh) |
Mr. Os (lahir Mohd Yusof bin Abdul Hamid; Jawi: محمد يوسف بن عبدالحميد 5 April 1961 - 8 April 2016) ialah seorang pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah, penulis dan pengacara Malaysia. Beliau dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Mohd Yusuf memulakan kerjaya sebagai pelakon filem pada tahun 1986 menerusi filem Balik Kampung. Pada tahun kemudiannya, iaitu tahun 1987, beliau diberikan kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem Mr. Os. Ketika zaman kemuncaknya, beliau sering digandingkan dengan pelawak Sheila Rusly, Salih Yaacob dan Aziz Sattar. Dalam tahun 1988, beliau bersama-sama Hussein Abu Hassan, Puteri Salbiah dan Latif Ibrahim telah membintangi sebuah filem seram Indonesia bertajuk Bisikan Arwah. Didalam filem ini Mohd Yusuf memegang watak sebagai Parta; seorang pemuda kampung yang telah dibunuh beramai-ramai dan kemudianya kembali menjelma untuk membalas dendam. Adalah difahamkan bahawa Bisikan Arwah adalah lakonan pertama dan terakhir beliau dalam filem seram. Pada tahun 1990, beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) di Festival Filem Malaysia ke-9 menerusi lakonan berkesannya sebagai pemuda autisme dalam filem Adik. Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik sebanyak dua kali di FFM iaitu menerusi filem Mr. Os (1987) dan Ghazal Untuk Rabiah (1997).
Selepas filem terakhirnya pada 1997, Mohd Yusuf menyepi dari bidang perfileman dan bekerja sebagai seorang pengusaha perkhidmatan teksi.[1] Pada tahun 2009, beliau kembali ke persada seni Malaysia sebagai pengacara untuk rancangan televisyen TV9, Apa Ke Halnya?.[2]
Beliau pernah menguruskan perniagaan chalet yang dinamakan Chalet D’ Kampung Mr Os terletak di Kampung Kota Lama Kanan, empat kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar. Chalet tersebut menawarkan pelbagai chalet pilihan dalam suasana kampung.[3]
Johan Maharaja Lawak Mega
[sunting | sunting sumber]Os dan Abon membentuk kumpulan Osbon dan menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada 30 Disember 2011 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Pada peringkat akhir peserta dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.[4][5]
Selang beberapa hari dari itu, Mr Os telah bertemu MARIONEXXES untuk berbincang membuat muzikomedi bagi lagu baru seperti laporan Oh Bulan. Lagu itu diberi judul Oh Kome yang menyambung kesinambungan lagu hits beliau, Deghoyan Dah Berbunge.
Osbon memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
- Kedua ialah kumpulan "Boboi" (gandingan Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi
- Ketiga ialah kumpulan "Saehu" daripada Indonesia membawa hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.
- Keempat ialah kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Mr. Os meninggal dunia pada hari Jumaat 8 April 2016 pada usia 55 tahun di Hospital Selayang. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 3 petang setelah mengadu sakit akibat kanser yang dihidapinya. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Taman Sri Gombak.[6] Beliau meninggalkan dua balu dan tujuh anak.[7]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1986 | Balik Kampung | Yusof | Filem pertama |
1987 | Keluarga 99 | ||
Mr. Os | Os / Dato' Osman | ||
1988 | Bisikan Arwah | Parta | Filem Indonesia, filem seram pertama dan terakhir |
Kembar Siam | Yusof / Mr. Os | ||
Fighting Madam 2 | Filem Hong Kong | ||
Jodoh Boleh Diatur | Mr. Os | Filem Indonesia | |
1989 | Awang Spanar | Awang Spanar | |
Hero | Os | Juga sebagai pengarah | |
1990 | Adik | Os / Adik | Juga sebagai penulis |
Orang Kampung Otak Kimia | Os | ||
1991 | Boss | Kapten | |
1992 | Fifty/Fifty | Jamik | Penampilan pertama untuk filem Hollywood |
Sahabat | — | Sebagai penulis dan cerita | |
1993 | Cikgu Romantik | Ramli bin Pandak aka P. Ramlee | |
Sengketa Cinta | |||
1994 | Red Haired Tumbler di Malaya | Ramlan | |
1995 | Beyond Rangoon | Pedagang Sungai | Penampilan kedua filem Hollywood |
1997 | Ghazal Untuk Rabiah | Os | |
2010 | V3 Samseng Jalanan | Pemandu Teksi | |
2011 | Toyol Nakal | Udin Jilat | |
Senario The Movie Ops Pocot | Pak Bad | ||
2014 | Suatu Malam Kubur Berasap 2 | Hantu Pocong / Hantu Cina / Drakula | Penampilan khas |
2015 | Gangsterock Kasi Sengat | Pemandu Teksi | Filem terakhir |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1994 | Santan Berlada | Pelbagai watak | TV1 | |
2012–2013 | Oh My English! | Pak Sham | Astro TVIQ | |
2014 | Tanah Kubur (Musim 13) | Osman | Astro Oasis | Episod: "Kucing Bin Osman" |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2004 | Cinta Kinabalu | VCD | Juga sebagai pengarah | |
2006 | Os Anak Tarzan | Os | ||
Jesnita | ||||
My Tambang | Os | |||
2009 | 3 Hero Pencen Dalam Kain Ketat Isabela | Astro Prima | ||
2011 | Halimah Jongang | Bapa Halimah | ||
2013 | Opah Raya Stail | Tok Tam | Astro Ria | |
Raya Nora Jambu |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1998 | Temasya Aidilfitri | Pengacara | TV1 |
1999 | Raya Berzaman | Pelbagai watak | TV1 |
2009 | Apa Ke Halnya? | Pengacara | TV9 |
Peserta
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Kumpulan |
---|---|---|
2011 | Maharaja Lawak Mega 2011 | Osbon |
2013 | Maharaja Lawak Mega 2013 | Osama |
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk |
---|---|
1995 | "Durian Dah Berbunga" |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]- Festival Filem Malaysia ke-7 (1987)—Pelakon Komedi Terbaik[8]
- Festival Filem Malaysia ke-13 (1997)—Pelakon Komedi Terbaik[9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mr Os Jadi Pengacara Apa Ke Halnya di TV9, "...lebih fokus kepada pekerjaannya sebagai pemandu teksi...", Budiey.com. Diambil pada 25 Februari 2011.
- ^ "Mr Os Jadi Pengacara Apa Ke Halnya di TV9", Budiey.com. Diambil pada 25 Februari 2011.
- ^ Mr Os sibuk urus chalet Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2013.
- ^ Osbon Juara Maharaja Lawak Mega, Bawa Pulang RM350,000 Diarkibkan 2012-07-13 di Wayback Machine mStar Online (21 Disember 2011). Diperoleh pada 28 Mei 2012.
- ^ MLM: Osbon Pesaing Sengit Boboi Diarkibkan 2012-07-13 di Wayback Machine mStar Online (10 Disember 2011). Diperoleh pada 28 Mei 2012.
- ^ Pelawak terkenal Mr Os meninggal dunia Astro Awani (8 April 2016). Dicapai pada 28 Mei 2016.
- ^ Kemalia Othman (8 April 2016). Pelawak Mr Os Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-Paru mStar Online. Dicapai pada 28 Mei 2016.
- ^ "Festival Filem Malaysia ke 7 (1987): Pelakon Komedi Terbaik" Diarkibkan 2011-09-23 di Wayback Machine, Arkib FFM, Sinema Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2011.
- ^ "Festival Filem Malaysia ke 13 (1987): Pelakon Komedi Terbaik"[pautan mati kekal], Arkib FFM, Sinema Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2011.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1961
- Kematian 2016
- Pelakon lelaki Malaysia
- Penyanyi lelaki Malaysia
- Pelawak Malaysia
- Pelawak Melayu
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Orang dari Perak
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-20
- Pelakon filem Malaysia
- Pengarah filem Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pengacara televisyen Malaysia
- Kematian akibat kanser paru-paru