Mostafa Chamran
Mustafa Chamran | |
---|---|
Kesetiaan | Angkatan Tentera Iran |
Tahun perkhidmatan | 1978 - 1981 |
Pangkat | Menteri Pertahanan |
Pertempuran | Perang Iran-Iraq |
Mustafa Chamran Savei (1932 – 21 Jun 1981) merupakan Menteri Pertahanan Iran dan anggota Majlis, sekaligus juga sebagai komandan dari sukarelawan paramiliter pada Perang Iran-Iraq.
Ilmuan
[sunting | sunting sumber]Beliau merupakan seorang Ilmuan Iran. Berbeza dengan para ilmuan umumnya, Doktor Mustafa Chamran lebih memilih keluar dari laboratoriumnya yang nyaman dan menuju ke medan tempur untuk membela tanah airnya. Dilahirkan pada tahun 1932 di Teheran, Doktor Chamran menuntut ilmu dibidang teknik elektro di Universiti Teheran. Ia kemudian mendapat biasiswa untuk melanjutkan pendidikan ke Universiti Berkeley, Amerika Syarikat. Di Universiti Berkeley, prestasinya terus menonjol bahkan sempat diangkat menjadi dosen.
Bergabung dengan Revolusi Islam
[sunting | sunting sumber]Kemudian ia memutuskan pergi ke Lebanon untuk bergabung bersama pejuang Lebanon, Musa Sadr, dan mendirikan Gerakan Kaum Tertindas yang bertujuan membela bangsa Lebanon dan para pengungsi Palestin yang ditindas oleh zionis. Ketika Revolusi Islam Iran mencapai kemenangannya pada 1979, Doktor Chamran kembali ke Iran dan diangkat sebagai Menteri Pertahanan Republik Islam Iran. Ketika Iraq menyerang Iran pada 1980, Doktor Chamran bergabung dengan para pejuang Iran untuk melindungi Republik Iran sehingga akhirnya gugur di medan tempur.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Beliau terbunuh oleh prajurit Iraq pada pertempuran di Provinsi Khuzestan (daerah barat daya Iran, perbatasan Iraq) pada 21 Jun 1981 ketika Perang Iran-Iraq sedang berkemuncak.