Monokultur
Monokultur adalah amalan pertanian menghasilkan satu spesies atau jenis tanaman atau ternakan sahaja dalam sesebuah sistem pertanian pada satu-satu masa berbanding dengan kelaziman mempelbagaikan tanaman dihasilkan dalam persekitaran dan tempoh yang sama.[1]
Pendekatan ini banyak digunakan dalam pertanian makanan ruji baik secara industri atau organik yang dilihat telah mengupayakan peningkatan dalam kecekapan menanam dan menuai. Namun, penanaman ini jika dilakukan secara berterusan tahun demi tahun[2] boleh membawa kepada keberadaan agen perosak dan penyakit lebih banyak yang cepat tersebar di mana tanaman sama boleh didedahkan kepada patogen. Amalan ini juga dikecam kerana kesannya terhadap alam sekitar serta merisikokan keadaan rantai bekalan makanan.
Penerapan
[sunting | sunting sumber]Budi daya tanaman
[sunting | sunting sumber]Monokultur menghasilkan sejumlah besar hasil pertanian dengan memaksimalkan pertumbuhan dan tidak memberikan kesempatan terjadinya persaingan dengan spesies tanaman lain. Monokultur memanfaatkan luas perladangan lebih baik dibandingkan polikultur, namun memakan nutrisi lebih banyak dibandingkan polikultur, sehingga dapat menyebabkan kesuburan perladangan pertanian menurun secara drastis.[3]
Perkembangan pertanian monokultur bergerak bersamaan dengan berkembangnya industri pupuk tidak organik demi menyusutnya kesuburan tanah yang cepat.[4]
Kehutanan
[sunting | sunting sumber]Dalam konteks kehutanan, monokultur difahamkan sebagai penanaman satu spesies pohon saja dalam sesebuah kawasan hutan.[5] Penanaman ini dianggap memberikan hasil yang lebih efisien dibandingkan penanaman hutan campuran kerana usia pohon yang relatif panjang dan memerlukan masa lama untuk ditebang. Walau bagaimanapun, hutan monokultur tidak memberikan biokepelbagaian yang cukup bagi haiwan liar hidup berkembang dengan baik di dalamnya kerana semua pohon ditanam dan ditebang pada waktu yang sama sehingga terjadi gangguan kitaran habitat.
Penggunaan kenderaan berat untuk menebang dan mengangkut hasil hutan turut berpotensi memadatkan tanah di dalam hutan sehingga mengganggu habitat di lantai hutan, termasuk organisme penghuni tanah.[6] Penanaman spesies tunggal juga berpotensi memudahkan tersebarnya penyakit pohon[7] dan mengganggu mutu lingkungan.[8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Crop Ecology".
- ^ "Crop Science - ICSC2004".
- ^ "Bananas." Environmental Impacts of Banana Growing /. N.p., n.d. Web. 20 Feb. 2014. <http://community.plu.edu/~bananas/environmental/home.html>.
- ^ G. Tyler Miller; Scott Spoolman (24 September 2008). Living in the Environment: Principles, Connections, and Solutions. Cengage Learning. m/s. 279–. ISBN 978-0-495-55671-8. Dicapai pada 7 September 2010.
- ^ http://www.ag-network-chile.net/Monoculture%20Forestry.htm
- ^ http://www.umich.edu/~nre301/forestry-02.doc
- ^ Richardson, Edited by David M. (2000). Ecology and biogeography of Pinus. Cambridge, U.K. m/s. 371. doi:10.2277/ Check
|doi=
value (bantuan). ISBN 978-0-521-78910-3.CS1 maint: extra text: authors list (link) - ^ "Forestry".