Monel
Monel adalah tanda dagangan yang merangkumi satu siri aloi-aloi logam nirkarat (tahan karat), yang terdiri daripada terutamanya nikel (sehingga 67%) dan tembaga, dengan sedikit besi dan unsur-unsur surih yang lain. Ia adalah tahan kepada kakisan dan asid-asid, dan sesetengah aloi jenis ini boleh tahan pembakaran dalam oksigen tulen. Ia biasanya digunakan dalam aplikasi persekitaran yang amat mengkakis. Penambahan kecil aluminium dan titanium membentuk aloi dengan rintangan kakisan serupa, tetapi dengan kekuatan yang amat tinggi.
Ia dicipta oleh Robert Crooks Stanley untuk INCO pada tahun 1901, dan dinamakan sempena presiden syarikat iaitu Ambrose Monell.
Monel digunakan sebagai bahan untuk injap omboh dalam beberapa trompet-trompet bermutu tinggi, contohnya, Bach Stradivarius. Ia juga sering digunakan untuk sinki dapur dan pada bingkai-bingkai cermin mata. Ciri tahan kakisannya membuatkan monel sesuai untuk aplikasi-aplikasi laut seperti sistem-sistem pempaipan, pam pendesak dan bakul-bakul penapis. Sesetengah aloi adalah sepenuhnya tak bermagnet dan digunakan untuk tali sauh di atas penyapu periuk api, peralatan pengukuran medan magnet perumahan, serta mempunyai penggunaan dalam penggerudian minyak berindustri. Monel lazimnya lebih mahal daripada keluli tahan karat.
Monel adalah amat keras untuk dimesin kerana ia mengeras kerja secara serta-merta apabila dikenakan api dan tidak mengeras menjadi matriks yang tetap. Ia perlu dilarik dan dikerja pada kelajuan yang perlahan dan kadar suapan yang rendah.
MONEL® adalah tanda dagangan bagi Perbadanan Logam-logam Istimewa (Special Metals Corporation).
RotoSound mempelopori penggunaan monel untuk tali bas, dan tali-tali ini telah digunakan dalam beberapa album-album sepanjang 1960-an dan oleh artis-artis seperti Who, Sting, John Deacon, dan John Paul Jones.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Bach Trumpets Diarkibkan 2006-06-23 di Wayback Machine
- Rotosound Bass Strings