Momok 3
Momok 3 | |
---|---|
Pengarah | Rosli Rahman Adam |
Penulis | Liza Tan |
Dihasilkan oleh | NLE Services Sdn. Bhd. |
Dibintangi | Amyza Adnan Zuraini Kassim Kazar Saisi Aznah Hamid Rusdi Ramli |
Diedarkan oleh | PMP Entertainment (M) Sdn. Bhd. |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Momok 3 ialah sebuah telefilem Malaysia 2003 arahan Rosli Rahman Adam terbitan NLE Services Sdn Bhd yang bergenre seram. Ia dibintangi oleh Amyza Adnan, Zuraini Kassim, Kazar Saisi, Aznah Hamid dan Rusdi Ramli sebagai watak utama bagi setiap cerita pendek dan ramai lagi pelakon tempatan. Telefilem ini terbahagi kepada 3 buah cerita pendek iaitu Dendam Maisarah, Penunggu Pusaka dan Roh Jelmaan.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Momok 3[1] merupakan sebuah telefilem yang mengumpulkan tiga buah kisah seram berbeza. Kisah pertama berjudul Dendam Maisarah yang menceritakan watak Maisarah (Amyza Adnan) menuntut bela atas kematian rakan-rakannya setelah dirogol dan dibunuh oleh Meli (Zuraini Kasim). Kisah kedua pula bertajuk Penunggu Pusaka yang mengisahkan sebuah keluarga yang tinggal disebuah rumah pusaka mula diganggu hantu. Misah (Aznah Hamid) seringkali ternampak lembaga tersebut mengadu pada suaminya Zahid (Kazar Saisi) namun tidak diendahkannya. Kisah ketiga pula bertajuk Roh Jelmaan yang menceritakan kepulangan Danial (Rusdi Ramli) ke kampung untuk bertemu Tok Akob (Din Uda Omar) dan Nek Manja (Kismah Johar) namun tidak menyedari bahawa mereka telah lama meninggal dunia dalam kebakaran dimana Bachok (Rosli Rahman Adam) adalah dalangnya.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Amyza Adnan sebagai Maisarah
- Zuraini Kassim sebagai Meli
- Kazar Saisi sebagai Zahid
- Aznah Hamid sebagai Misah
- Rusdi Ramli sebagai Danial
Pelakon Pembantu
[sunting | sunting sumber]- Noorkhiriah sebagai Ju
- Hanis Kamal Bakar sebagai Hanis
- Halil Rahman sebagai Ujang
- Rosli Rahman Adam sebagai Bachok
- Kismah Johar sebagai Nek Manja
- Din Uda Omar sebagai Tok Akob
- Nurul Akma Afida sebagai Wani
- Zain Yahya sebagai Pak Mat
- Sheikh Mohd Rafi sebagai Bobok
Keluaran
[sunting | sunting sumber]Momok 3 diterbitkan oleh Azizul Rahim Saedin dan Roslan Mohd Salleh menerusi NLE Services Sdn. Bhd. Telefilem ini diedarkan dalam bentuk VCD oleh PMP Entertainment (M) Sdn. Bhd.