Mohd Zain Ramli
Renggo Arrow | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Zain bin Ramli 1 Julai 1969 |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Renggo Arrow |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, Pop rock, Balada, Rock |
Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon |
Tahun aktif | 1992–kini |
Pengkarya berkait | Arrow |
Mohd Zain Ramli atau juga dikenali sebagai Renggo Arrow (lahir 1 Julai 1969) merupakan salah seorang ahli pengasas Arrow. Dia bersama kumpulan Arrow telah ditubuhkan pada 16 November 1992 yang diasaskan oleh ketua kumpulannya yang berasal dari Malaysia iaitu Bad bekas pemain bes kumpulan Scandals, Handy Black, Strangers, G.E.T. (Gabungan Empat Tenaga) dan EYE. Mohd Zain pernah popular sekitar tahun 90-an dengan lagu-lagu jiwang antaranya Aku Tak Marah, Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwaku dan Niat Hati Tak Nak Berpisah.
Mohd Zain kini mahu membuat penjenamaan semula namanya dalam industri muzik tempatan dan tidak lagi mahu menggunakan nama Renggo lagi. Mohd Zain kini menggunakan nama Zain, dalam kemunculannya menerusi pertandingan program Kilauan Emas musim keempat dan berjaya mendapat tempat kedua menerusi pertandingan program Kilauan Emas musim keempat. [1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Ringgo (Arrow) Mahu Dikenali Sebagai Zain". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-08. Dicapai pada 2017-08-08.