Pergi ke kandungan

Mohd Sophian Mohd Zain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Sophian Mohd Zain
محمد سفيان محمد زين
Mohd Sophian pada 2024
Pengerusi
Persatuan Kebajikan SurPlus Pulau Pinang
Menyandang jawatan
2016
Ahli Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil (M3PN) Negeri Pulau Pinang
Menyandang jawatan
???
Maklumat peribadi
Lahir
Mohd Sophian bin Mohd Zain

(1975-04-18) 18 April 1975 (umur 49)
Jalan Dato Keramat, George Town, Penang, Malaysia
PasanganSharifah Haslina Syed Hamzah (k. 2011)
Anak4
Tempat belajarUniversiti Nahrain
PekerjaanAktivis, ahli perniagaan

Mohd Sophian bin Mohd Zain (Jawi: محمد سفيان بن محمد زين; lahir 18 April 1975), atau lebih dikenali sebagai Ustaz Sophian, ialah aktivis dan ahli perniagaan Malaysia yang dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Kebajikan SurPlus Pulau Pinang sejak tahun 2016. Beliau juga menjawat sebagai Ahli Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil (M3PN) Negeri Pulau Pinang.[1]

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Mohd Sophian bin Mohd Zain dilahirkan pada 18 April 1975 di Jalan Dato Keramat, George Town, Penang, Malaysia. Beliau mendapat pendidikan di Jamia Ashraful Madaris, Karachi, Pakistan untuk sijil Hafizul quran pada tahun 1992 dan Universiti Nahrain, Baghdad, Iraq. Beliau pernah menjadi penterjemah bagi rancangan Jendela Dunia dengan mengadakan temuduga secara langsung dengan Naib Presiden Iraq ketika itu, Taha Yassin Ramadan.

Kerjaya aktivis

[sunting | sunting sumber]

Mohd Sophian telah menjadi suara kepada orang-orang miskin di Pulau Pinang. Pada 11 Mac 2019, beliau telah berkhemah bersama lapan keluarga dari flat PPR Taman Manggis di lobi Komtar untuk bersuara bagi orang-orang yang tertindas.[2]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Mohd Sophian telah berkahwin dengan Sharifah Haslina Syed Hamzah dan telah dikurniakan dengan empat orang anak. Isterinya telah meninggal dunia pada 11 Januari 2025. Jenayah isterinya telah disolatkan di Masjid Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang selepas Solat Zohor dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, Pulau Pinang.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]