Mohd Osman Mohd Jailu
Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Changkat Jering | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Didahului oleh | Mat Isa Ismail |
Digantikan oleh | Mohammad Nizar Jamaluddin |
Majoriti | 1,102 (PRU-12) |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | BEBAS (2009-2013) PR-PKR (2008) |
Pekerjaan | Ahli politik, bekas tentera |
Laman web | Portal Komuniti DUN Changkat Jering |
Kapten (B) Mohd Osman Jailu ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Changkat Jering selama sepenggal (2008-2013).
Politik
[sunting | sunting sumber]Mohd Osman aktif dalam politik Parti Keadilan Rakyat dan teruja dengan perjuangan Anwar Ibrahim. Bakat kepimpinan beliau di dalam tentera sebagai kapten membolehkan beliau mendapat sokongan ramai di Changkat Jering - sebuah kawasan penempatan orang Melayu. Changkat Jering termasuk dalam parlimen Bukit Gantang.
Menjadi ADUN Bebas
[sunting | sunting sumber]Krisis demi krisis berlaku selepas beliau, Jamaluddin Mohd Radzi dan Hee Yit Fong menyebelahi Barisan Nasional dengan menjadi ADUN Bebas. Mereka bertiga tidak menyertai parti UMNO atau MCA, sebaliknya hanya menjadi ahli Bebas sahaja bagi mengelakkan isu perundangan dan kepentingan. Setelah mereka melompat parti, kerajaan Barisan Nasional dibentuk semula di Perak. Ahli-ahli perundangan berpendapatan pembentukan kerajaan negeri ini tidak mengikut prosedur perundangan . Mereka bertiga telah menandatangani surat akuan tanpa tarikh yang akan meletak jawatan jika melompat parti. Sepatutnya DUN Changkat Jering dan Behrang dibubarkan dan pilihan raya kecil diadakan semula.
Sejak Februari 2009, beliau menerima dana hampir RM1 juta pada 2009 berbanding hanya RM275,000 ketika menjadi ADUN Pakatan Rakyat.Peruntukan hampir RM1 juta digunakan untuk pelbagai projek di DUN Changkat Jering.Semasa menjadi ADUN Pakatan Rakyat, beliau hanya dapat RM75,000 sebagai wakil rakyat dan RM200,000 sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak.
Pada 28 Oktober 2009, Persidangan DUN Perak akan diadakan di Ipoh, Perak. Persidangan ini menimbulkan beberapa isu perundangan kerana beberapa pertikaian belum diselesaikan secara hitam putih. Osman dan Jamaluddin dikatakan berkira-kira untuk menyertai semula PKR dengan dakwaan tidak berpuas hati dengan BN. Tetapi mereka segera menafikannya kerana berpuashati dengan peruntuhan yang diberikan oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. YB Osman berkata bahawa menerima dana hampir RM1 juta tahun ini berbanding hanya RM275,000 ketika menjadi ADUN Pakatan Rakyat dan tambahan ini membantunya memulihkan sokongan masyarakat kepadanya.[1]
Kesahihan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak akan ditentukan oleh mahkamah. Sidang DUN pada 28 Oktober 2009 akan meluluskan Bajet Perak 2010 yang akan dibentangkan oleh Menteri Besar BN Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir.[2]