Mohd Ismail Sarbini
Mohd Ismail Sarbini merupakan seorang guru yang telah banyak menulis buku di Malaysia. Beliau bekerja dalam bidang penulisan kreatif, beliau banyak memfokuskan kepada genre novel dan cerpen untuk kanak-kanak dan remaja. Beberapa karya beliau kini digunakan sebagai buku teks KOMSAS Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah.[1]
Sehingga kini beliau telah menghasilkan 30 buah novel kanak-kanak dan remaja, dua antologi cerpen kanak-kanak (secara individu), dua antologi cerpen dewasa dan 70 antologi cerpen kanak-kanak dan remaja (bersama penulis lain). -goodreads.com
Latar Belakang
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan di kampung Bukit Kapar, Klang, Selangor pada 5 Mei 1959.
Beliau mendapat pendidikan di sekolah rendah di Klang, Selangor sebelum melanjutkan pelajaran menengah di SMK Tengku Idris Shah, Kapar dan SMK Tengku Ampuan Rahimah (STAR), Klang. Dari 1979 hingga 1980, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Pengurusan Kinta (Kinta Teaching College), Ipoh, Perak.
Dia mula bekerja sebagai guru di SMK Dato Sheikh Ahmad, Arau, Perlis sepanjang tahun 1981 sehingga 1985 sebelum berpindah ke SMK Tengku Idris Shah sepanjang tahun 1985 hingga Jun 1989. Dari Julai 1989 hingga Mei 1991, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama pada tahun 1991.
Dari Mei 1991 sehingga Januari 2001, dia akan kembali bekerja sebagai guru di SMK Methodist (MES), Banting, Selangor. Dan pada Februari 2001, beliau berpindah di SMK Banting, Selangor.
Dia akhirnya meninggal dunia pada tahun 2006 pada usia 47 tahun akibat penyakit kanser.[1]
Karya Terbitan
[sunting | sunting sumber]Ini adalah senarai karya terbitan beliau;
- Mendung Semalam, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010.
- Ekspedisi dan Antologi Anak Bumi Tercinta, Sasbadi, 2009.
- Seteguh Karang dan Antologi Kerusi: Tingkatan 5 (dan Abu Seman Bakar), Sasbadi, 2009.
- Cinta Seorang Guru, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.
- Ita yang Kusayang, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.
- Berukera dari Planet Ulba, DBP, 2004
- Cita-cita Murni, Mahir Publications, 2000.
- Akibat Mungkir Janji, Eastview, 1997.
- Pemburu Kasih (Penyelenggara), Fajar Bakti, 1997.
- Pahlawan Pasir Salak, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995.
- Hanyut Dibawa Arus: Kumpulan Cerpen, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995.
- Bunga Hati, Fajar Bakti, 1995.
- Pesan Ayah Penyelenggara, Eastview Publications, 1994.
- Bunga-bunga Berkembangan, Eastview Publications Sdn. Bhd., 1994.
- Hadiah untuk Guru, Eastview Publications, 1994.
- Pelayaran Kembali, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.
- Mencari Pulau Impian, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.
- Mencari Buku, Eastview Publications Sdn Bhd, 1993.
- Budiku Budimu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992.
- Bidasari Bunga Rimba, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992.
- Nur di Sudut Hati, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.
- Hati yang Simpati, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.
- Ayah Jauh di Mata, Teks Publishing, 1988.
- Warna Kasih, 'K' Publishing & Distributors, 1988.
- Ita yang Kusayang, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987.
- Perjuangan Belum Berakhir, 'K' Publishing & Distributors, 1987.
- Alangkah Rindunya Hati, Teks Pub., 1985.
- Pulau Berukera, Dewan bahasa dan Pustaka, 1985.
- Pahlawan Pasir Salak, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985.
- Fatan Hamamah, Eastern Universities Press (M) Sdn. Bhd., 1983.
- Rahsia Secebis Kertas, Utusan Publications & Distributors, 1982.
- Puan, Inilah Permintaan, Sasbadi, ?
- Deraian Duka Ibu, Sasbadi, ?
- Rahsia Rumah Kosong, Oscar Book
- Destinasi Impian, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, 2014
Anugerah dan Hadiah daripada Peraduan Menulis
[sunting | sunting sumber]Ini adalah senarai anugerah dan hadiah Ismail Sarbini;[2]
- Hadiah ke-2 dan ke-3 dalam Peraduan Menulis Novel Fiksyen Sains DBP 1980 (Book: Pulau Berukera and Berukera dari Planet Ulba).
- Hadiah pertama dalam Peraduan Menulis Novel Sejarah DBP 1981 (Book: Pahlawan Pasir Salak).
- Hadiah ke-2 dalam Peraduan Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II 1982 (Book: Mendung Semalam).
- Hadiah utama (kategori cerpen remaja) dalam Peraduan Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1998 (Book: Jalidah Hidayati Nama Untukmu).
- Hadiah sagu hati dalam Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 (Book: Jalinan Kasih).
- Hadiah ke-3 dalam Peraduan Menulis Cerpen Malayan Banking-DBP 1991 (Book: Api yang Telah Padam).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "SANGGAR ILMU MOHD ISMAIL SARBINI". online.fliphtml5.com. Dicapai pada 2023-12-20.
- ^ "Mohd Ismail Sarbini". www.goodreads.com. Dicapai pada 2023-12-20.
Nota: Latar Mohd Ismail Sarbini juga boleh dapat dijumpai di belakang novel Destinasi Impian (KOMSAS).