Mohd Fauzi Nan
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Mohd Fauzi Bin Nan | ||
Ketinggian | 1.72 m (5 ka 7 11⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Perlis | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2003-2004 2005-2006 2007- |
Kedah Selangor MPPJ Perlis | ||
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2008 2006– |
Malaysia Malaysia |
1 (0)[1] 14 (0) | |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 Januari, 2009 |
Mohd Fauzi Nan merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain bersama Perlis di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Fauzi mencipta nama sebagai pemain bola sepak bersama Kedah. Dia bersama skuad kenari dari tahun 2003 sehinggalah tahun 2004. Sepanjang bersama Kedah, Fauzi membantu Kedah muncul naib juara Liga Perdana dan naib juara Piala Malaysia 2004.
Pada musim 2005/06, Fauzi berhijrah ke Lembah Klang dan menyertai MPPJ Selangor. Selepas MPPJ Selangor gagal untuk menyertai Liga Malaysia musim 2007, Fauzi ditwarkan kontrak untuk kembali bersama Kedah. Walau bagaimanapun, dia menolak tawaran tersebut dan memilih untuk mewakili Perlis.
Bersama Perlis, Fauzi dilantik untuk menjadi ketua pasukan. Dia berjaya membantu Perlis menjuarai Piala Sumbangsih dan menjadi naib juara Piala FA.
Pada tahun 2006, Fauzi dipanggil untuk menyertai skuad Malaysia. Dia seterusnya mewakili Malaysia pada Piala ASEAN 2007 dimana Malaysia berkongsi tempat ketiga bersama Vietnam. Dia juga mewakili Malaysia pada Piala Asia 2007.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Bukan perlawanan FIFA 'A'.