Mohd Fareed Shah Hassan
Penampilan
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Mohd Fareed Shah Hassan | ||
Ketinggian | 1.72 m (5 ka 7 11⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln (Gol) | |
1999 2000 2001 2002-2003 2004-2005 2006-2007 2007- |
Selangor Sabah Pulau Pinang Selangor Public Bank Selangor PKNS Proton FC |
(2) (1) (6) (6) (5) (0) (1) | |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Mohd Fareed Shah Hassan (lahir pada 18 Ogos, 1979) merupakan pemain bola sepak Malaysia.
Fareed mula bermain secara professional apabila dipilih mewakili Selangor untuk Sukan Malaysia 1998. Selangor kemudian memenangi pingat emas pada acara bola sepak. Pada musim 2000, Fareed menyertai Sabah. Musim berikutnya dia memilih untuk bersama pasukan Pulau Pinang dan membantu Pulau Pinang muncul juara Liga Perdana 1.
Dia kemudian kembali ke Selangor dan membantu Selangor menewaskan Sabah pada Piala Malaysia 2002. Dia sekali lagi berpindah kali ini ke Public Bank namun hanya bertahan semusim. Dia menyertai PKNS selama semusim dan ditawarkan kontrak oleh Proton FC pada musim 2008.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Proton FC janji gegar saingan Liga Perdana, Utusan Malaysia, 19 November 2007