Mohd Azraai Kassim
Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai bin Kassim PJN PMP | |
---|---|
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA | |
Dalam jawatan 15 Februari 2019 – 10 Mac 2021 | |
Didahului oleh | Hassan Said |
Digantikan oleh | Roziah Mohd Janor |
Maklumat peribadi | |
Lahir | occupation 15 Julai 1958 Perak |
Mati | occupation |
Tempat semadi | occupation |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Yang Berbahagia Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim merupakan Naib Cancelor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dilantik bermula 15 Februari 2019 menggantikan Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan Said yang telah ditamatkan tempoh perkhidmatannya pada Januari 2019.[1]
Biografi
[sunting | sunting sumber]Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim dilahirkan di Perak Darul Ridzuan pada 15 Julai 1958. Beliau memulakan karier pada tahun 1983 sebagai pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan pernah memegang beberapa jawatan penting di universiti tersebut, termasuklah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dari tahun 2009 hingga 2012 dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dari tahun 2012 hingga 2015.
Sebelum menggalas tanggungjawab sebagai Naib Canselor UiTM, Datuk Azraai merupakan Pengarah Urusan dan CEO UTMSPACE sejak tahun 2015. Selain kerjaya dalam bidang akademik yang cemerlang, beliau juga merupakan ahli bagi beberapa badan profesional.
Datuk Azraai juga merupakan Felo di The Institution of Engineers Malaysia (IEM). Beliau telah meneribitkan dua buku berkenaan kepimpinan akademik, 155 jurnal dan prosiding yang berkaitan dengan pendidikan tinggi, 5 projek penyelidikan antarabangsa, 21 projek penyelidikan nasional dan 19 projek konsultansi yang bernilai RM6.03 juta.
Kelayakan
[sunting | sunting sumber]- PhD Kejuruteraan Alam Sekitar, University of Newcastle (1992)
- Sarjana Sains Kejuruteraan Kesihatan Awam, University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), UK (1983)
- Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam, University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), UK (1981)
Pengalaman Kerjaya
[sunting | sunting sumber]- Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Universiti Teknologi Malaysia (2000)
- Dekan School of Professional and Continuing Education (UTMSPACE) (2004)
- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Teknologi Malaysia (2009)
- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia (2012)
- Pengarah Urusan dan CEO, UTMSPACE (2015)
Keahlian Profesional
[sunting | sunting sumber]- Member, Malaysian Society for Engineering & Technology (MySET)
- Member, International Water Association (IWA), UK
- Member, The Malaysian Water Association (MWA)
- Member, Environmental Management and Research Association of Malaysia (ENSEARCH)
- Member, Environmental Professionals Register of Malaysia (EPRM)
- Fellow, Institution of Engineers Malaysia (IEM)
- Registered Professional Engineer, Board of Engineers Malaysia (BEM)
- Registered ASEAN Chartered Professional Engineer (ACPE)
- Member, Harvard Business School Alumni Club of Malaysia
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Anugerah Negeri-Negeri di Malaysia
Anugerah Antarabangsa dan Kebangsaan
Tahun | Nama Anugerah | Pemberi Anugerah |
---|---|---|
1996 | Anugerah Kepujian Universiti | Universiti Teknologi Malaysia |
2004 | Anugerah Penyelidikan 2004 Peringkat UTM (Water Research Group) | Universiti Teknologi Malaysia |
2006 | Anugerah Khas Kepimpinan Peringkat School of Professional and Continuing Education | Universiti Teknologi Malaysia |
2007 | Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Staf Peringkat School of Professional and Continuing Education | Universiti Teknologi Malaysia |
2010 | Silver Medal Award for SMReactor: Produced Water Treatment for Oil and Gas, INATEX | Universiti Teknologi Malaysia |
2012 | Gold Medal Award for SMReactor: Produced Water Treatment for Oil and Fas, ITEX | Universiti Tenaga Nasional |
2012 | Gold Medal Award for SMReactor: UF Membrane at Britist Invention Show 2012 | The British Invention Show |
2014 | Anugerah Perkhidmatan Cemerlang | Universiti Teknologi Malaysia |
2015 | Anugerah Jasa Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam | Universiti Teknologi Malaysia |
2016 | Anugerah Jasamu Dikenang Fakulti Kejuruteraan Awam | Universiti Teknologi Malaysia |
2015 | Anugerah Jasa Setia | Universiti Teknologi Malaysia |
2016 | Anugerah Jasa Abadi | Universiti Teknologi Malaysia |