Mochica
Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (Oktober 2017) |
Mochica atau juga dikenali sebagai Moche merupakan satu masyarakat silam yang terdapat di masa kini persisiran utara Peru, Amerika. Mochica mencapai kemuncak kegemilangannya sekitar 200 B.C. hingga A.D. 750 [Watanabe 1995,193] dan wujud pada tempoh yang sama dengan kebudayaan Nazca di selatan.
Kedua masyarakat memiliki sistem pengairan yang maju dan memiliki kemahiran barangan logam (terutamanya dengan emas dan tembaga) dan memiliki sistem politik dan organisasi masyarakat yang maju. Tamadun Mochica juga turut meninggalkan sebilangan besar artifak bermaklumat, banyak darinya memberikan para arkheologi dengan sejumlah besar bahan yang kaya dengan maklumat mengenai cara kehidupan mereka.
Masyarakat Mochica kelihatannya merupakan masyarakat tentera yang memperluaskan jajahan mereka melalui kekuatan tentera. Mereka juga merupakan pakar pertanian yang membangunkan sistem pengairan berguna di wilayah kering di sepanjang persisiran utara Peru. Pusat bandar Mochica bertaburan di kawasan yang akhirnya merangkumi seluas sekitar 300 batu, dan mereka bertani di kawasan yang cukup luas.
Melalui pemilihan biji-benih mereka memaksimakan saiz dan kepelbagaian tanaman, menghasilkan, sebagai contoh, enam jenis kapas yang berlainan. Hasil pertanian lain yang amat dihargai dikalangan Mochica adalah ají (cili tempatan Peru), ubi kayu, ubi keladi, jagung, kekacang, yerba mate, labu air, kacang, cherimoyas, avokado, dan timun.
Masyarakat Mochica mencipta sistem pengairan yang menggunakan sepenuhnya sumber air di kawasan cuaca kering sepanjang persisiran, dan mereka kemungkinannya antara orang yang pertama menggunakan timbunan najis burung yang banyak (dikenali sebagai guano) dari pulau persisiran. Mereka kelihatannya membuat perjalanan kerap bagi mengumpulkan guano bagi kegunaan di ladang-ladang mereka.
Mereka juga merupakan nelayan yang mahir, menggunakan bot reed dan perangkap ikan. Sumber makanan utama mereka merupakan haiwan ternakan termasuk itik, turki, llamas, guinea pig, monyet, dan anjing.
Sesetengah ahli arkheologi, seperti Rafael Larco membentuk theori bahawa Mochica (tidak seperti Inca berikutnya) memiliki tulisan dalam bentuk tanda pada kekacang lima, tetapi tidak terdapat bukti jelas mengenai sistem sepertinya. Bagaimanapun, ahli arkheologi banyak mengetahui mengenai kehidupan harian dan ekonomi Mochica kerana artisnya membangunkan seni tembikar yang paling sofsikated dikalangan kebudayaan sebelum Inca. Malah ia adalah mungkin bagi membina kembali kebanyakan kebudayaan material Mochica, sistem kepercayaan, dan kehidupan masyarakat dengan mengkaji gambaran pada barangan tembikar mereka. Mereka paling terkenal bagi gambaran seramik realistik mengkagumkan bagi gambaran orang sebenar, yang memberikan maklumat terperinci mengenai kesemua aspek kehidupan Mochica.
Kepercayaan
[sunting | sunting sumber]Kepercayaan Mochica berpusat pada Ai Apaec, dewa agung, yang muncul dari gua dan bertukar menjadi kacang, cassava root, jagung, dan ubi kentang dalam peristiwa berlainan. Satu lagi dewa penting adalah dewa Si, atau Shi dalam bahasa Mochica, dipuja bagi pengaruh baiknya bagi menangkap ikan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- A BRIEF HISTORY OF PERU, CHRISTINE HUNEFELDT University of California, San Diego, Lexington Associates, ISBN 0-8160-4918-1