Mobile Suit Gundam Seed Destiny
Mobile Suit Gundam Seed Destiny ataupun dieja sebagai Mobile Suit Gundam SEED DESTINY ( Bahasa Jepun : 機動戦士ガンダムシードデスティニー ; dibaca : Kidou Senshi Gandamu Shiido Desutinii ; singkatan : "Gundam Seed Destiny" ataupun "Gundam SEED DESTINY" ) adalah sebuah anime dari tahun 2004 yang bersetting di sebuah dunia rekaan pada era kalendar "Cosmic Era".
Anime ini merupakan karya susulan kepada anime Mobile Suit Gundam Seed pada tahun 2002, sebagai terbitan turunan untuk anime Mobile Suit Gundam Seed Stargazer pada 24 November 2006 dan disusuli oleh sebuah filem anime bertajuk Mobile Suit Gundam Seed Freedom pada 26 Januari 2024.
Di Malaysia, ia ditayangkan oleh TV2 pada hari Sabtu dan Ahad, jam 09:30 pagi, dari tahun 2005 hingga tahun 2006.
Cerita
[sunting | sunting sumber]Cerita anime ini bermula pada Cosmic Era tahun ke 73, 2 tahun selepas tamat cerita Mobile Suit Gundam Seed, sama tahun dengan anime terbitan turunannya Mobile Suit Gundam Seed Stargazer dan disambungkan oleh filem anime Mobile Suit Gundam Seed Freedom pada tahun 75 CE.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Pada 27 September 71 CE, selepas rancangan ZAFT untuk menghapuskan Washington DC, ia ibu negara Atlantic Federation dibatalkan dengan kehancuran senjata pemusnah besar-besaran ZAFT bernama Gamma Emission by Nuclear Explosion Stimulate Inducing System ( singkatan : GENESIS ) dengan kematian Pengerusi PLANT kedua Patrick Zala dan Rau Le Creuset, kemusnahan pasukan senjata nuklear OMNI dengan kematian Muruta Azrael, gencatan senjata telah berjaya dicapai atas usaha daripada Orb dan semua pihak yang terlibat. Ia diikut oleh perjanjian peletakan senjata dengan rakan Pengerusi PLANT Pertama Siegel Clyne : Eileen Canaver sebagai Pemangku Pengerusi PLANT.
Pada 10 Mac 72 CE, perjanjian damai bernama Perjanjian Junius berjaya dicapai dengan perasmian banyak pekara : seluruh pihak Persekutuan Bumi mesti mengiktiraf PLANT sebagai sebuah negara merdeka secara rasmi ; Perang OMNI PLANT Pertama yang bermula dengan tragedi Peritiwa Bloody Valentine telah ditamatkan secara rasmi ; semua perihal penggunaan nuklear dalam kegunaan ketenteraan dilarang ; semua penyamaran pencahayaan aktif sebagai penyamaran tentera dilarang.
Eileen Canaver kemudian meletakkan jawatannya dan diganti oleh seorang bekas ahli sains bernama Gilbert Durandal sebagai Pengerusi PLANT ketiga.
Di Pulau Akatsuki, Kerajaan Bersatu Orb, kumpulan Terminal berjaya diasaskan oleh Lacus Clyne besama dengan pelarian dari PLANT dan OMNI termasuk angota Faksi Clyne dan kakitangan LCAM-01XA Archangel selepas penamat Perang OMNI PLANT Pertama, ia berkerja untuk Keluarga Athha sebagai pasukan persendirian Keluarga Athha.
Plot
[sunting | sunting sumber]Pada 02 Oktober 73 CE, terdapat sebuah majlis mesyuarat hubungan dua hala tidak rasmi antara Ketua Kerajaan Bersatu Orb Cagalli Yula Athha dan Pengerusi PLANT ketiga Gilbert Durandal sedang dijalankan di koloni angkasa ketenteraan bernama Armoury One yang diguna sebagai kilang pengeluaran mesin senjata oleh ZAFT dan dimiliki oleh PLANT di Titik Lagrange 4.
OMNI Enforcer Kumpulan ke-81 dengan panggilan Kumpulan Bergerak Persendirian dan digelar sebagai Phantom Pain ialah sebuah pasukan petugas yang berasal daripada Angkatan Tentera Atlantic Federation dan sebuah pasukan operasi khas yang disertai oleh askar handalan daripada negara lain yang dipilih oleh Logos untuk kumpulan tempur ini dan berfungsi sebagai tentera persendirian kepada Logos.
Logos ialah sebuah Military Industrial Complex antarabangsa yang membangunkan peperangan demi untuk keuntungan dan berfungsi sebagai "tangan" kepada pemerintah tersembunyi Atlantic Federation dan mempunyai ejen-ejennya yang menyusup ke dalam hampir semua pemerintah negara Bumi, berada di merata tempat, berkhidmat dalam semua sektor industri, pemegang pelbagai jenis jawatan dan perkhidmatan, termasuk memegang jawatan perkhidmatan awam di Orb. Blue Cosmos ialah salah satu parti politik Atlantic Federation yang dikawal olehnya.
Phantom Pain telah berjaya merancang dan menceroboh masuk ke dalam Armoury One untuk mencuri ZGMF-X24S Chaos Gundam, ZGMF-X31S Abyss Gundam dan ZGMF-X88S Gaia Gundam daripada hangar ZAFT, melarikan diri dalam kapal angkasa mereka dan lolos dari tempat itu.
Demi untuk memburu kumpulan pencuri itu, Pengerusi PLANT ketiga Gilbert Durandal dengan satu pasukan ZAFT dan kemudian diikuti oleh Ketua Kerajaan Bersatu Orb Cagalli Yula Athha dengan pengawal peribadinya dalam ZGMF-1000 ZAKU Warrior menaiki kapal perang baru ZAFT bernama LHM-BB01 Minerva. Kapal ZAFT mengerjakan kapal angkasa Phantom Pain sehingga kehilangan jejak mereka di Titik Lagrange 5.
Pada 03 Oktober 73 CE, puing koloni angkasa pertanian Junius Seven sedang dijatuhkan ke buka Bumi oleh sebuah pasukan ZAFT yang merupakan pengikut Pengerusi PLANT kedua Patrick Zala yang ingin membalas dendam terhadap orang Natural dengan menjatuhkan makam kubur ahli keluarga mereka yang terbunuh dalam Peristiwa Bloody Valentine. Tindakan pengganas itu di sana dikena rakam oleh Phantom Pain tanpa ketahui sesiapa. Kejadian kejatuhan puing Junius Seven ke Bumi ini yang dikenali sebagai "Peritiwa Break The World" telah membawa malapetaka bencana alam yang menyebabkan kehilangan nyawa manusia yang sangat dahsyat.
Pada bulan November 73 CE, rakaman tindakan pengganas pengikut Patrick Zala telah ditayangkan oleh pelbagai agensi berita di seluruh dunia. Ia diguna oleh Logos sebagai agenda anti PLANT untuk Blue Cosmos sebagai propaganda untuk Atlantic Federation yang bertindak atas nama Persekutuan Bumi bagi pihak OMNI demi "semua penduduk Bumi" untuk sebuah "dunia normal dan aman" telah mengisytiharkan perang terhadap PLANT dan menyebabkan permulaan Perang OMNI PLANT Kedua.
Pada bulan Disember 73 CE, selepas PLANT diserang oleh pasukan peluru berpandu senjata nuklear OMNI yang dimusnahkan oleh ZAFT semasa mereka serang PLANT, Gilbert Durandal telah membuat satu pengumuman propaganda bersama dengan seorang perempuan bernama Meer Campbell yang mendakwa dirinya sebagai Lacus Clyne untuk memberi sokongan kepadanya di koloni angkasa Aprilius One dalam Bandar Aprilius, ia ibu negara PLANT.
Di Bandaraya Olofat, ia ibu negara kepada Kerajaan Bersatu Orb yang berada di atas Pulau Yalafath, Ketua Kerajaan Bersatu Orb Cagalli Yula Athha telah dipaksakan oleh menteri-menteri badan eksekutifnya untuk menyertai Persekutuan Bumi yang akan menyebabkan Tentera Pertahanan Kebangsaan Orb menjadi ahli OMNI. Demi untuk menenteramkan perasaan rakyatnya, Perdana Menter Unato Ema Seiran yang juga ketua kepada Keluarga Seiran, ia merupakan 1 daripada 5 Keluarga Diraja Orb, telah mencadangkan satu perkahwinan politik antara anak tunggalnya dengan Ketua Keluarga Athha akan diadakan pada hari negara mereka menjadi ahli Persekutuan Bumi secara rasmi.
Di Pulau Akatsuki pada waktu malam 1 hari sebelum perkahwinan diraja antara Cagalli Yula Athha dengan Yuna Roma Seiran itu akan diadakan, ZAFT telah menghantarkan sebuah pasukan khas untuk menghapuskan kewujudan Lacus Clyne yang sebenar bersama dengan semua orang di sekelilingnya. Selepas ahli keluarga dan kawan anggota Terminal serta anak-anak yatim yang bertinggal di atas rumahnya diserang oleh ZAFT, mereka selamatkan diri ke dalam sebuah bilik kubu pertahanan yang berada di bawah tanah rumahnya. Seluruh bangunan ini dimiliki oleh Keluarga Athha.
Di sebelah bilik kubu pertahanan tersebut mempunyai satu hangar sekunder di tepinya dan terdapat satu pintu di hujungnya kepada satu laluan yang penuhi dengan bilik, jerangkap, koridor dan lif untuk ke ibu pejabat Terminal serta hangar utamanya dengan laluan ke laut yang terlindung di bawah kawasan dalamannya. Pasukan ZAFT itu kemudian mengunakan kenderaan tentera mobile suit UMF/SSO-3 ASH dan meletupkan diri selepas mereka dikalahkan oleh Kira Yamato dengan ZGMF-X10A Freedom Gundam yang terbang keluar dari hangar sekunder Terminal itu.
Sementara itu, di dalam Koloni Angkasa Mendel, terdapat sebuah buku nota yang dimiliki oleh ahli sains yang pernah berkerja di situ dengan catatan "Destiny Plan".
Lagu
[sunting | sunting sumber]Pembuka
[sunting | sunting sumber]- T.M.Revolution : "Ignited"
- High And Mighty Color : "Pride"
- Takahashi Hitomi : "Bokutachi No Yukue (僕たちの行方)"
- CHemistry : "Wings Of Worlds"
- T.M.Revolution : "Vestige" (HD Remaster ; menggantikan "Wings Of Worlds")
Menyisip
[sunting | sunting sumber]- Lacus Clyne (cv: Tanaka Rie) : "Fields Of Hope"
- Lacus Clyne (cv: Tanaka Rie) : "Mizu No Akashi (水の証)"
- Meer Campbell (cv: Tanaka Rie) : "Quiet Night"
- Kuwashima Houko : "Shinkai No Kodoku (深海の孤独)"
- T.M.Revolution : "Meteor"
- T.M.Revolution : "Vestige"
- FictionJunction : "Honoo No Tobiba (焔の扉)"
- Meer Campbell (cv: Tanaka Rie) : "Emotion"
Penutup
[sunting | sunting sumber]- Tamaki Nami : "Reason"
- Tamaki Nami : "Result" (HD Remaster)
- Arisaka Mika : "Life Goes On"
- Komine Lisa : "Tears" (HD Remaster)
- Rie fu : "I Wanna Go to a Place..."
- See-Saw : "Kimiwa Bokuni Niteiru (君は僕に似ている)"
- High And Mighty Color : "Enrai ~Tookuni Aru Akari~ (遠雷 ~遠くにある明かり~)" (HD Remaster)
Pengeluaran
[sunting | sunting sumber]Semasa pembuatan anime Mobile Suit Gundam Seed Destiny, pencipta Cosmic Era dan penulis utama Morosawa Chiaki telah menjatuh sakit yang menyebabkan keadaan cerita dan pengeluaran anime ini menjadi teruk, keadaan kesihatannya menjadi lebih teruk selepas beliau menyelesaikan pekerjaannya untuk anime ini.[1]
Atas sebab tesebut, rancangan asal semasa penghasilan anime ini untuk mengeluarkan sebuah filem anime yang akan dikenali sebagai "Mobile Suit Gundam Seed Freedom" untuk berfungsi sebagai penutup kepada cerita anime ini telah ditangguhkan.[1] [2] [3] [4]
Pada 19 Febuari 2016, Morosawa Chiaki telah meninggal dunia akibat Diseksi Aorta.[1]
Keluaran
[sunting | sunting sumber]Tv Asal
[sunting | sunting sumber]Versi Tv yang asal ini ada jumlah 50 episod, anime ini diarahkan oleh Fukuda Mitsuo, disertai oleh isterinya Morosawa Chiaki sebagai penulis utama, Sahashi Toshihiko sebagai ketua muzik dan Inomata Mutsumi sebagai pembantu pereka bentuk.[5]
Anime ini dibuat oleh Sunrise dan ditayangkan di Jepun oleh MBS dan TBS pada hari Sabtu, jam 18:00 petang, dari 09 Oktober 2004 hingga 01 Oktober 2005.
Di Malaysia, ia dipersembahkan oleh Apollo untuk ditayangkan oleh TV2 pada hari Sabtu dan Ahad, jam 09:30 pagi, dari tahun 2005 hingga tahun 2006.
Di Singapura, ia ditayangkan oleh MediaCorp Central dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun, pada hari Sabtu, jam 11:00 pagi, dari tahun 2005 hingga tahun 2006. Suara Bahasa Inggeris tersebut dibuat oleh syarikat alih suara The Ocean Group.[5]
Final Plus
[sunting | sunting sumber]Mobile Suit Gundam Seed Destiny Final Plus : The Chosen Future telah ditayangkan pada 25 Disember 2005 [6].
Ia merupakan versi baru kepada episod 50, dengan beberapa perubahan kepada jalan cerita, pertempuran yang dipanjangkan, serta sebuah epilog telah ditambahkan untuk anime ini.
Special Edition
[sunting | sunting sumber]Mobile Suit Gundam Seed Destiny Special Edition yang diedarkan oleh Bandai Entertainment telah dikeluarkan dari 26 Mei 2006 [7] hingga 23 Februari 2007.[8]
Versi ini menggunakan Tv Asal sebagai asasnya dan "memotong" nisbah aspeknya daripada 4:3 ke 16:9. Ia mempunyai 4 episod yang telah "dikecilkan" daripada versi Tv yang asal dengan beberapa perubahan kepada jalan cerita, pertempuran yang dipendekkan serta sebuah epilog dari Final Plus yang sebelumnya.
HD Remaster
[sunting | sunting sumber]Siaran
[sunting | sunting sumber]Mobile Suit Gundam Seed Destiny HD Remaster telah ditayangkan di Jepun oleh Bs11 dan Tokyo MX dari 07 April 2013 hingga 16 Mac 2014. Pada 11 Ogos 2017, Sunrise telah menyatakan anime ini akan ditayangkan oleh perkidmatan penstriman video atas permintaan seperti Funimation, Crunchyroll dan sebagainya, ia juga mempunyai isi suara Bahasa Inggeris yang baru dibuat oleh NYAV Post LA・NY.[9]
Versi ini menggunakan Tv Asal sebagai asas dan "memotong" nisbah aspeknya dari 4:3 ke 16:9, ia mengabaikan jalan cerita dari Special Edition tetapi menggunakan imej dan muzik barunya.
Episod 41 yang asal telah dibuangkan dan terus digantikan oleh episod 42 yang lama. Final Plus telah dibahagikan kepada 2 bahagian dan menjadi episod 49 dan episod 50 yang baru.
Rumah
[sunting | sunting sumber]Media rumahnya telah dikeluarkan dengan isi kandungan yang berbeza :
Keluaran pertama bertajuk Mobile Suit Gundam Seed Destiny HD Remaster Blu-ray BOX telah dikeluarkan dari 21 Jun 2013 hingga 25 April 2014 dalam Bahasa Jepun dengan serikata Bahasa Inggeris. Ia diedarkan oleh Bandai Visual. [10] [11]
Keluaran kedua bertajuk Mobile Suit Gundam Seed Destiny Collector's Ultra Edition Blu-ray yang telah dikeluarkan pada 09 November 2021 mempunyai 2 suara pilihan - Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris, bersama dengan versi Tv Asal, Epilog, Special Edition dan OVA Mobile Suit Gundam Seed Stargazer bersaiz SD dalam bentuk 13 keping cakera Blu-ray dalam 3 kota cakera dalam 1 kota besar dengan 1 buku dengan 118 muka surat dan 1 helai poster dengan 2 muka. Ia diedarkan oleh Nozomi Entertainment dari Right Stuf.[12]
Keluaran ketiga bertajuk Mobile Suit Gundam Seed Destiny HD Remaster Complete Blu-ray BOX telah dikeluarkan pada 28 Julai 2023 dalam Bahasa Jepun dengan serikata Bahasa Inggeris dalam bentuk 12 keping cakera Blu-ray dalam 2 kota cakera dalam 1 kota besar dengan 3 buku dengan muka surat sebanyak 204, 60 dan 36, 1 kumpulan poskad. Ia diedarkan oleh Bandai Namco Flim.[13]
Special Edition HD Remaster
[sunting | sunting sumber]Mobile Suit Gundam Seed Destiny Special Edition HD Remaster telah dikeluarkan dalam bentuk Cakera Blu-ray pada 22 Disember 2023. Ia mengunakan image daripada HD Remaster dalam bentuk 4 cakera Blu-ray. Ia diedarkan oleh Bandai Namco Filmworks[14]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c 脚本家・両澤千晶さんが56歳で逝去 「ガンダムSEED」「サイバーフォーミュラ」を手がける dari AnimeAnime pada 23 Februari 2016
- ^ トップインタビュー:迫本淳一松竹(株)代表取締役社長 dari 社文化通信 pada 01 November 2006
- ^ 機動戦士ガンダムSEED:劇場版が2024年1月26日公開 タイトルは「FREEDOM」 dari MANTANWEB pada 02 Julai 2023
- ^ 映画『機動戦士ガンダム SEED FREEDOM』公開3日間で興行収入10億円突破したことを記念して迫力の本編シーンを収めた公開記念予告が公開された。また、映画公開まで登場が伏せられていたライトニングバスターガンダム、ズゴック、マイティーストライクフリーダムガンダムなどの新モビルスーツの情報も公開された。 dari AnimagePlus pada 29 Januari 2024
- ^ a b Mobile Suit Gundam Seed Destiny (TV) dari Anime News Network pada 02 Januari 2013
- ^ Mobile Suit Gundam Seed Destiny Final Plus : The Chosen Future (OAV) dari Anime News Network pada 04 Jun 2014
- ^ 機動戦士ガンダムSEED DESTINY スペシャルエディション 砕かれた世界 dari Bandai Namco Arts
- ^ 機動戦士ガンダムSEED DESTINY スペシャルエディション完結編 自由の代償 dari Bandai Namco Arts
- ^ News : Sunrise to Release Gundam Seed, Gundam Seed Destiny With New English Dub (Update) dari Anime News Network pada 11 Ogos 2017
- ^ 「ガンダムSEED DESTINY」が4巻構成でBD-BOX化 dari Av Watch Impress pada 01 Mac 2013
- ^ 「機動戦士ガンダムSEED DESTINY HDリマスター Blu-ray BOX」第4巻 発売延期のお知らせ dari Sunrise Incorporated pada 08 Januari 2014
- ^ Mobile Suit Gundam Seed Destiny Collector's Ultra Edition Blu-ray dari Anime News Network pada 07 Ogos 2021
- ^ 機動戦士ガンダムSEED DESTINY HDリマスター Complete Blu-ray BOX(特装限定版) di Laman web rasmi
- ^ 「機動戦士ガンダムSEED DESTINY スペシャルエディション HDリマスター Blu-ray」 di Laman web rasmi