Miyako, Iwate
Miyako
宮古市 | |
---|---|
Bandar | |
Negara | Jepun |
Kawasan | Tōhoku |
Wilayah | Iwate |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Yoshihiro Kumasaka |
Keluasan | |
• Jumlah | 696.82 km2 (269.04 batu persegi) |
Penduduk (April 2008) | |
• Jumlah | 57,874 |
• Kepadatan | 83.1/km2 (215/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+9 (Waktu Piawai Jepun) |
- Pokok | Pinus densiflora |
- Bunga | Montauk Daisi (Nipponanthemum nipponicum) |
- Burung | Larus crassirostris |
- Ikan | Salmon |
Nombor telefon | 0193-62-2111 |
Alamat | 2-1, Shinkawachō, Miyako-shi, Iwate-ken 027-8501 |
Laman sesawang | Miyako City |
Miyako (宮古市 , Miyako-shi) ialah sebuah bandar yang terletak di Wilayah Iwate, Jepun. Ia ditubuhkan pada 11 Februari 1941.
Bandar ini terletak di tepi pantai di mana Sungai Hei mengalir ke dalam Lautan Pasifik. Ia disambungkan dengan Morioka oleh sebatang landasan keretapi timur-barat dan sebatang lebuh raya timur-barat yang merentasi bandar ini. Bandar ini mempunyai sebuah pelabuhan tetapi kebanyakan lalu lintas kapalnya lebih gemar berlabuh berdekatan bandar-bandar yang lebih besar.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Gempa bumi dan tsunami Tohoku 2011
[sunting | sunting sumber]Pada 11 Mac 2011, bandar ini dibinaskana oleh tsunami yang tercetus akibat sebuah gempa bumi raksasa di dasar laut.[1] 401 orang dikatakan terkorban di Miyako.[2] Daripada 960 buah bot dan kapal perikanan di bandar ini, hanya 30 hingga 60 buah yang masih tinggal.[3][4] Kajian lapangan selanjutnya oleh Institut Penyelidikan Gempa Bumi Universiti Tokyo mendapati bahawa air ombak mencecah paras 37.9 meter di atas paras laut, iaitu hampir menyamai rekod 38.2 meter yang dipegang oleh tsunami daripada gempa bumi Meiji-Sanriku 1896.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kyodo News, "Deaths, people missing set to top 1,600: Edano",The Japan Times, 13 Mac 2011.
- ^ NOAA Data
- ^ Agence France-Presse/Jiji Press, "Fishermen who lost livelihoods determined to return to cruel sea",The Japan Times, 4 April 2011, ms. 2.
- ^ Fukada, Takahiro, "Iwate fisheries continue struggle to recover", The Japan Times, 21 September 2011, ms. 3.
- ^ Iwate saw wave test 38 meters,The Japan Times (Kyodo News), 4 April 2011
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Miyako, Iwate |