Pergi ke kandungan

Miura Haruma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Haruma Miura
三浦 春馬
Miura di perjumpaan peminat pada Ogos 2019
Kelahiran(1990-04-05)5 April 1990
Meninggal dunia18 Julai 2020(2020-07-18) (umur 30)
Tokyo, Jepun
Sebab kematianBunuh diri[1]
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1997 (1997)—2020 (2020)
Laman web rasmihttp://www.amuse.co.jp/haruma/index.html

Miura Haruma (三浦 春馬, Miura Haruma) (5 April 1990 – 18 Julai 2020) ialah seorang pelakon dan penyanyi Jepun. Dia bernaung di bawah Amuse Agency dan debut sebagai salah seorang anggota sebuah kumpulan J-Pop Brash Brats. Bagaimanapun, aktiviti mereka terhenti manakala Haruma masih aktif berlakon. Dia memperoleh populariti melalui Gokusen 3 dan filem 2007, Koizora. Dia memegang watak utama buat pertama kalinya dalam drama yang diadaptasi daripada komik Bloody Monday.

Beliau ditemui meninggal dunia pada 18 Julai 2020.[1]

Miura debut dalam drama NHK Agri pada usia tujuh tahun.[2] Dia didaftarkan di Studio Pelakon Tsukuba dan ketika masih berlakon, membentuk kumpulan Brash Brats bersama dua pelajar lain. Apabila Studio Pelakon Tsukuba ditutup, Miura dan ahli kumpulan menyertai Amuse Agency.

Tidak lama kemudian Miura memperoleh pengiktirafan selepas membintangi beberapa drama seperti Fight. Dalam tempoh ini, aktiviti Brash Brats terhenti manakala Miura meneruskan karier lakonannya.

Dia membintangi wayang Koizora, sebuah wayang yang berdasarkan sebuah novel telefon bimbit popular. Ia ditayangkan pada musim luruh 2007.[3] Pada tahun yang sama, dia membintangi wayang Negative Happy Chainsaw Edge yang turut dibintangi Hayato Ichihara.[4] Pada tahun 2008, dia membintangi di sebalik Juri Ueno dalam Naoko dan memenangi Anugerah Pendatang Baru Grand Prix Sponichi dalam Majlis Anugerah Filem Mainichi ke-63 pada tahun 2009 untuk wataknya.[5] Dia juga menerima anugerah pendatang baru dalam Majlis Anugerah Akademi Jepun ke-31 pada 15 Februari 2008.[6]

Miura kemudian membintangi drama-drama seperti Binbō Danshi dan Gokusen musim ketiga sebagai watak sokongan utama.[7] Popularitinya yang semakin meningkat menyebabkannya menjadi watak utama Takagi Fujimaru dalam drama berasaskan komik Bloody Monday, dalam drama itu dia memegang watak penggodam komputer yang jenius cuba menghalang pelepasan virus biologi daripada sebuah organisasi pengganas. Drama musim luruh ini juga turut dibintangi pelakon yang bernaung di bawah Amuse Takeru Satoh.[8]

Pada Februari 2009, dia merupakan salah seorang penerima anugerah pendatang baru pada majlis Anugerah Elan d'or 2009.[9] Miura membintangi Crows Zero II yang merupakan lanjutan bagi Crows Zero dan dipertemukan semula dengan pelakon Shun Oguri yang pernah sama-sama membintangi drama Binbō Danshi.[10] Ia dipentaskan di teater pada 11 April 2009. Sebuah filem Gokusen ditayangkan pada bulan Julai yang mengetengahkan kembali Miura sebagai pendokong watak Ren Kazama.[11] Bermula 20 Jun 2009 sehingga 26 Julai 2009, Miura membintangi persembahan pentas pertamanya yang bertajuk Hoshi no Daichi ni Furu Namida.[12] Pada 2 September 2009, Miura diumumkan akan memegang watak utama dalam drama NTV yang bertajuk Samurai High School.[13]

Miura melakukan pengambaran dokumentari bersama Takeru Satoh yang dikeluarkan pada 2010 dalam bentuk DVD. Pada 2011, mereka mengeluarkan DVD[14] tentang percutian eko mereka di Sabah, Malaysia.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Miura lulus dari Sekolah Tinggi Horikoshi di Nakano, Tokyo pada 19 Februari 2009. Dari 2016 hingga November 2017, Miura berpasangan bersama koreografer penari Koharu Sugawara.[15][16]

Pada hari Sabtu 18 Julai 2020, Miura ditemukan dalam keadaan tergantung di rumahnya di Tokyo pada pukul 1:00 tengah hari ketika berusia 30 tahun.[17] Dia disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.[18]

Mayatnya ditemui di dalam almari ketika pengurusnya datang ke rumahnya apabila dia tidak menghadirkan diri ke tempat kerja pada tengah hari tersebut. Pihak polis menyatakan bahawa dia membunuh diri berdasarkan sekeping nota yang dijumpai.[19]

Ekoran kematiannya, single keduanya iaitu "Night Diver" akan diterbitkan pada 26 Ogos 2020. Sebuah rancangan khas bagi memperingati Miura akan disiarkan dalam rancangan Stesen Muzik milik TV Asahi selama tiga jam setengah pada 24 Julai.[20]

Filmografi

[sunting | sunting sumber]
  • Huruf tebal and condong menandakan watak utama
  • Huruf tebal menandakan watak sokongan utama.
Tahun Stesen penyiaran Judul dalam bahasa Inggeris Judul dalam bahasa Jepun Terjemahan dalam bahasa Inggeris Watak
1997 NHK Ugly あぐり - Shoutarou
1999 TV Asahi Doyo Wide Gekijo 土曜ワイド劇場 Saturday Night at the Theater Ichitaro Wakui
2000 TBS Sleep in the Rain 雨に眠れ - Keita Nakahara
TBS Manatsu no Merry Christmas 真夏のメリークリスマス Merry Christmas in Summer Young Ryo Kinoshita
2003 NHK Musashi 武蔵 - Jotaro
2005 Fuji TV Division 1 Aozora Koi Hoshi (Stage 11) ディビジョン1 青空恋星 Division 1 Blue Sky Love Star Keita Ishikawa
NHK Fight ファイト - Kiyoshi Okabe
TBS Ima Ai ni Yukimasu いま、会いにゆきます I'm Coming to See You Akihiro Kudou
2006 Fuji TV Unfair アンフェア - Yutaka Saitō
NHK Komyo ga Tsuji 功名が辻 Tsuji is Lucky
WOWOW Children チルドレン - Shirou Kihara
NTV 14 Sai no Haha 14才の母 14-year-old Mother Satoshi Kirino
2008 NTV Binbō Danshi 貧乏男子 Poor Boy Ryo Shiraishi
NTV Gokusen 3 ごくせん 3 - Ren Kazama
Fuji TV Galileo SP ガリレオΦ(エピソードゼロ) Galileo: Episode Zero Young Manabu
TBS Bloody Monday ブラッディ・マンデイ - Fujimaru Takagi
2009 NTV Samurai High School サムライ・ハイスクール - Kotaro Mochizuki
2010 TBS Bloody Monday Season 2 ブラッディ・マンデイ Season2〜絶望ノ匣〜 Bloody Monday Season2〜Pandora's Box〜 Fujimaru Takagi
2011 Fuji TV Taisetsu na Koto wa Subete Kimi ga Oshiete Kureta 大切なことはすべて君が教えてくれた The important things are everything that you taught me Kashiwagi Shuji
Tahun Judul dalam bahasa Inggeris Judul dalam bahasa Jepun Judul dalam rumi Watak
1999 Nile ナイル Nairu Umi Nishiyama
Jubaku Spellbound 金融腐食列島~呪縛~ Kinyuu Fushoku Rettou ~Jubaku~ Kouichi Kitano
2001 Thousand Years of Love — The Tale of Shining Genji 千年の恋~ひかる源氏物語~ Sennen no Koi ~Hikaru Genji Monogatari~
2002 The School in the Woods 森の学校 Mori no Gakkō Masao Kawai
2006 Catch A Wave キャッチ ア ウェーブ Kyachi A Wēbu Taiyou Sasaki
Akihabara@DEEP アキハバラ@DEEP Akihabara Atto Dīpu Izumu
2007 Sky of Love 恋空 Koizora Hiroki Sakurai, "Hiro"
Negative Happy Chainsaw Edge ネガティブハッピー・チェーンソーエッヂ Negatibu Happii Chēnsō Ejji Noto
2008 Naoko 奈緒子 Naoko Yusuke Iki
2009 Crows ZERO II クローズzero II Kurōzu Zero Tsu Tatsuya Bito
Gokusen: The Movie ごくせん The Movie Gokusen: The Movie Ren Kazama
2010 Kimi ni Todoke 君に届け Kimi ni Todoke Shota Kazehaya
2011 Tokyo Park 東京公園 Tokyo Kouen Koji

Video muzik

[sunting | sunting sumber]
  • Umaku Ienai (うまく言えない) oleh Yuzu
  • REGZA Phone IS04 (2011)
  • Ajinomoto’s Knorr Cup Soup (2010)
  • Monster Hunter Portable 3rd (2010)
  • O~i Ocha New Tea 「いっきに芽吹く」 (2010)
  • Crymson 「RUSS-K」 (2010)
  • JR East Japan Railway Company 「MY FIRST AOMORI」 Campaign (2010)
  • CASIO Computer 「EXILIM」 (2009)
  • Shiseido 「Uno FOG BAR」 (2009)
  • FACIL Contact Lens (2009)
  • Tokyo-Mitsubishi UFJ Bank (2009)
  • Puchi - Campaign (2009)
  • Puchi - Arubaito (2009)
  • Ito En - O~i Ocha New Tea (2009)
  • Bourbon - Puchishirizu Part 2 (2009)
  • Puchi (2008)
  • Sega Amusement Image Character (2008)
  • Bourbon - Puchishirizu (2008)
  • Ito En - O~i Ocha (2008)
  • Circle K Sunkus - Funwari Sandwich (2006)
  • Benesse Corporation (2005)

"Rookie of the Year" - 2009 Elan D’or Award - 5 Februari 2009

"Rookie of the Year" - 2008 (kali ke-31) Japan Academy Prize - 15 Februari 2008

Buku bergambar

[sunting | sunting sumber]
  • Tabun (たぶん) (2007)
  • Letters (2008)
  • Switch (2010)
  • Hoshi No Daichi Ni Furu Namida (星の大地に降る涙) (2009)
  1. ^ a b Roslan, Asyraf (18 Julai 2020). "Pelakon terkenal Jepun Haruma Miura meninggal dunia selepas ditemui tergantung". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2020.
  2. ^ Tanaka, Nobuko (14 Julai 2016). "Teppei Koike and Haruma Miura strut proudly onto the stage in 'Kinky Boots'". Japan Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Oktober 2017.
  3. ^ "Koide, Miura join Aragaki in 'Koizora'" (dalam bahasa Inggeris). Tokyograph. 3 Mei 2007. Dicapai pada 15 November 2009.
  4. ^ "Ichihara stars in "Negative Happy Chainsaw Edge"" (dalam bahasa Inggeris). Tokyograph. 7 April 2007. Dicapai pada 15 November 2009.
  5. ^ "Mainichi Film Awards: "Okuribito" takes top prize" (dalam bahasa Inggeris). Tokyograph. 22 Januari 2009. Dicapai pada 15 November 2009.
  6. ^ ""Tokyo Tower" dominates Japan Academy Awards" (dalam bahasa Inggeris). Tokyograph. 15 Februari 2008. Dicapai pada 15 November 2009.
  7. ^ ""Gokusen 3" cast revealed" (dalam bahasa Inggeris). Tokyograph. 8 Februari 2008. Dicapai pada 15 November 2009.
  8. ^ "Haruma Miura to star in "Bloody Monday"" (dalam bahasa Inggeris). Tokyograph. 20 Ogos 2008. Dicapai pada 15 November 2009.
  9. ^ "2009 Elan d'or Awards" (dalam bahasa Inggeris). Tokyograph. February 6, 2009. Dicapai pada 15 November 2009.
  10. ^ "Haruma Miura joins "Crows Zero II" as Oguri's rival" (dalam bahasa Inggeris). Tokyograph. 26 Ogos 2008. Dicapai pada 15 November 2009.
  11. ^ ""Gokusen" goes to the big screen" (dalam bahasa Inggeris). Tokyograph. 4 Mac 2009. Dicapai pada 15 November 2009.
  12. ^ "Haruma Miura takes to the stage" (dalam bahasa Inggeris). Tokyograph. 8 Disember 2008. Dicapai pada November 15, 2009.
  13. ^ "Haruma Miura stars in "Samurai Seventeen" drama" (dalam bahasa Inggeris). Tokyograph. 2 September 2009. Dicapai pada 15 November 2009.
  14. ^ "HT2" (dalam bahasa Jepun). Amuse. Dicapai pada 18 Julai 2020.
  15. ^ "三浦春馬が熱愛 ダンサー菅原小春にアタック成功" [Haruma Miura bersemangat dan berjaya menyerang penari Koharu Sugawara]. Nikkan Sports (dalam bahasa Jepun). 22 September 2016. Dicapai pada 22 Oktober 2017.
  16. ^ "ダンサー菅原小春、三浦春馬との破局質問に斬新対応" [Respons inovatif terhadap soalan bencana dengan penari Koharu Sugawara dan Haruma Miura]. Model Press (dalam bahasa Jepun). 23 November 2017. Dicapai pada 7 Oktober 2018.
  17. ^ "Pelakon terkenal Jepun Haruma Miura meninggal dunia". Sinar Online. 18 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2020. Dicapai pada 18 Julai 2020.
  18. ^ "Haruma Miura meninggal dunia". myMetro. 18 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2020. Dicapai pada 18 Julai 2020.
  19. ^ "俳優の三浦春馬さん死亡…自宅で自殺か、「本当に残念」" [Pelakon, Miura Haruma, meninggal dunia... Bunuh Diri di Rumah? "Sangat Mendukakan"]. yomiDr. (dalam bahasa Jepun). 18 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2020. Dicapai pada 19 Julai 2020.
  20. ^ "三浦春馬さん死去 Mステ初出演&新曲リリースも決まっていた" 三浦春馬さん死去 Mステ初出演&新曲リリースも決まっていた [Miura Haruma meninggal dunia. Penampilan Sulung di Stesen Muzik dan Penerbitan Lagu Baharu Telah Ditetapkan]. ORICON MUSIC (dalam bahasa Jepun). 18 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2020. Dicapai pada 19 Julai 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]