Miranda (bulan)
Penemuan | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Ditemui oleh | Gerard P. Kuiper | ||||||||
Tarikh penemuan | 16 Februari 1948 | ||||||||
Designasi | |||||||||
Nama alternatif | Uranus V | ||||||||
Ciri-ciri orbit | |||||||||
Paksi semimajor | 129 390 km | ||||||||
Kesipian | 0.0013 | ||||||||
Tempoh orbit | 1.413 479 d | ||||||||
Kecondongan | 4.232° (kepada khatulistiwa Uranus) | ||||||||
Satelit bagi | Uranus | ||||||||
Ciri-ciri fizikal | |||||||||
Dimensi | 480×468.4×465.8 km | ||||||||
Min jejari | 235.8 ± 0.7 km (0.03697 Bumi)[1] | ||||||||
Luas permukaan | 700 000 km2 | ||||||||
Isi padu | 54 835 000 km3 | ||||||||
Jisim | 6.59 ± 0.75 × 1019 kg[2] (1.103 × 10–5 Bumi) | ||||||||
Min ketumpatan | 1.20 ± 0.15 g/cm3[2] | ||||||||
Graviti permukaan khatulistiwa | 0.079 m/s2 | ||||||||
Halaju lepas | 0.193 km/s | ||||||||
Tempoh putaran | segerak | ||||||||
Kecondongan paksi | 0° | ||||||||
Albedo | 0.32 | ||||||||
| |||||||||
Magnitud ketara | 15.8[4] | ||||||||
sunting |
Miranda adalah yang paling kecil dan paling dalam daripada lima bulan utama Uranus. Ia ditemui oleh Gerard Kuiper pada 16 Februari 1948 di Balai Cerap McDonald. Ia dinamai sempena watak Miranda dari drama Ribut Kencang karya William Shakespeare, oleh Kuiper dalam laporan penemuan beliau.[5]
Setakat ini, gambaran dekat Miranda hanya didatangkan oleh kuar Voyager 2 yang telah melakukan pencerapan terhadap bulan tersebut sewaktu melintas terbang Uranus pada Januari 1986, apabila separuh selatan bulan itu menghadap Matahari, maka hanya bahagian berkenaan yang terkaji. Miranda telah menunjukkan lebih banyak bukti aktiviti geologi lampau daripada mana-mana satelit Uranus yang lain.
Ciri-ciri fizikal
[sunting | sunting sumber]Permukaan Miranda mungkin rata-rata air beku, dengan jasad ketumpatan rendah yang mungkin juga mengandungi batu silikat dan sebatian organik di dalamannya.
Permukaan Miranda mempunyai rupa bumi yang berpecah-pecah dalam kawasan petak-petak yang menandakan aktiviti geologi yang hebat pada masa lampau bulan ini, malah diselang-selangi oleh ngarai besar-besar. Struktur besar beralur-alur umpama 'balapan', iaitu korona, mungkin telah terbentuk memalui proses-proses peluasan di puncak-puncak diapir atau pengalir-atasan ais hangat.[7][8] Rabung-rabung ini mungkin menggambarkan bongkah senget peluasan. Ngarai-ngarai ini mungkin mewakili graben yang terbentuk oleh sesaran perluasan. Ciri-ciri yang lain pula mungkin disebabkan letusan magma berais dari gunung berapi sejuk beku. Diapir-diapir itu mungkin telah mengubah taburan ketumpatan di dalam jasad bulan, dan oleh itu mungkin menyebabkan Miranda mengubah orientasi,[9] seperti mana proses yang dipercayai berlaku di Enceladus, bulan Zuhal yang aktif geologi.
Aktiviti geologi lampau Miranda dipercayai terdorong oleh pemanasan pasang surut pada ketika orbitnya lebih eksentrik daripada sekarang. Di awal-awal sejarahnya, Miranda nampaknya tertawan ke dalam resonans orbit 3:1 dengan Umbriel, dari mana ia akhirnya terlepas.[10] Resonans itu tentu akan meningkatan keeksentrikan orbit; geseran pasang surut yang terhasil daripada daya pasang surut dari Uranus yang berubah dengan masa mungkin akan menyebabkan pemanasan dalaman bulan itu. Dalam sistem Uranus, memandangkan planet tersebut kurang buntal, bahkan bulan-bulannya agak besar, maka adalah lebih mudah untuk bulan-bulan Uranus terlepas dari resonans gerakan min berbanding bulan-bulan Musytari atau Zuhal. Kecondongan orbit Miranda (4.34°) agak tinggi bagi sesebuah jasad yang begitu dekat dengan planetnya. Miranda mungkin terlepas dari resonansnya dengan Umbriel melalui resonans kedua, malah mekansime lepasan ini dipercayai menjelaskan sebab kecondongan orbitnya lebih 10 kali ganda yang milik bulan besar Uranus yang lain.[11][12]
Miranda mungkin juga pernah beresonans 5:3 dengan Ariel yang mungkin juga menyumbang kepada pemanasan dalamannya. Bagaimanapun, pemanasan maksimum yang boleh berpuncakan resonans dengan Umbriel barangkalinya sekitar tiga kali lebih hebat.[10]
Terdapat satu teori pada awal-awalnya sejurus selepas lintasan Voyager 2 bahawa suatu jelmaan terdahulu Miranda yang hancur akibat hentaman gergasi, yang mana cebis-cebisannya bersusun semula malah yang lebih tumpat akhirnya terbenam untuk menghasilkan corak aneh yang ada sekarang.[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^
doi: 10.1016/0019-1035(88)90054-1
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^ a b
doi: 10.1086/116211
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^
doi: 10.1126/science.233.4759.70
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^ "Planetary Satellite Physical Parameters". JPL (Solar System Dynamics). 3 April 2009. Dicapai pada 10 Ogos 2009.
- ^ Kuiper, G. P., The Fifth Satellite of Uranus, Penerbitan Persatuan Astronomi Pasifik, Jilid 61, No. 360, hlmn. 129, Jun 1949
- ^ "PIA00044: Miranda high resolution of large fault". JPL, NASA. Dicapai pada 23 Julai 2007.
- ^ a b c Chaikin, Andrew (16 Oktober 2001). "Birth of Uranus' Provocative Moon Still Puzzles Scientists". Space.com. Imaginova Corp. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-11-08. Dicapai pada 7 Disember 2007.
- ^
doi: 10.1029/97JE00802
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^ Pappalardo, Robert T.; Greeley, Ronald (1993). "Structural evidence for reorientation of Miranda about a paleo-pole". In Lunar and Planetary Inst., Twenty-Fourth Lunar and Planetary Science Conference. Part 3: N-Z. m/s. 1111–1112. http://adsabs.harvard.edu/abs/1993LPI....24.1111P. Diperolehi 5 Ogos 2006.
- ^ a b
doi: 10.1016/0019-1035(90)90125-S
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^
doi: 10.1016/0019-1035(89)90070-5
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^
doi: 10.1016/0019-1035(90)90126-T
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Miranda (bulan) |
- Profil Miranda Diarkibkan 2015-10-16 di Wayback Machine di Tapak Penjelajahan Sistem Suria NASA
- Laman Miranda di The Nine Planets
- Laman Miranda di Views of the Solar System
- Tatanama Miranda di laman sesawang Tatanama Planet USGS