Pergi ke kandungan

Mir-Hossein Mousavi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mir-Hossein Mousavi Khameneh
میرحسین موسوی خامنه
Prime Minister of Iran
Dalam jawatan
31 October 1981 – 3 August 1989
PresidenAli Khamenei
KetuaRuhollah Khomeini
Ali Khamenei
Didahului olehMohammad-Reza Mahdavi Kani (Acting)
Digantikan olehPosition abolished
Maklumat peribadi
Lahir (1941-09-29) 29 September 1941 (umur 83)
Khameneh, Iran
Parti politikIndependent
PasanganZahra Rahnavard
Tempat belajarShahid Beheshti University

Mir-Hossein Mousavi Khameneh (dilahirkan pada 29 September 1941) merupakan ahli politik reformis Iran, pelukis dan arkitek .Beliau merupakan bekas Perdana Menteri Iran dari 1981 hingga 1989. Ketika ini Mousavi adalah presiden Akademi Seni Iran dan calon Pilihan raya Presiden Iran 2009.

Mousavi adalah Perdana Menteri Iran teakhir di Iran sebelum perubahan Perlembagaan Iran yang telah membuang jawatan perdana menteri. Sebelum ini, Mousavi merupakan Menteri Hal-ehwal Luar Negeri Iran. Mousavi juga seorang ahli Dewan Tinggi Revolusi Budaya. Mousavi memegang sarjana arkitek daripada Universiti Shahid Beheshti. Awal revolusi, Mousavi merupakan ketua editor akhbar rasmi Parti Republik Islam, Jomhouri-e Eslami (Republik Islam) di pilihan raya presiden 2009, Mousavi memilih hijau sebagai warna kempennya.

Awal kehidupan dan kerjaya

[sunting | sunting sumber]

Mir-Hossein Mousavi telah dilahirkan pada 29 September 1941 di Khameneh, Azarbaijan Timur, Iran. Bapanya Mir-Esma'il Mousavi, seorang pedagang daripada Tabriz. Mousavi menikahi Zahra Rahnavard, seorang canselor Universiti Alzahra dan penasihat politik bekas Presiden Iran Mohammad Khatami. Mousavi adalah abang ipar Pemimpin Agung Iran, Ali Khamenei.[2]

Mousavi belajar di sekolah tinggi di Tehran pada 1958. Di University Kebangsaan Teheran (kini Universiti Shahid Beheshti), Mousavi mengkhusus dalam jurusan seni bina dan lulus dengan BA pada 1969. Pada 1983, Mousavi mengkhusus dalam jurusan senibina Islam tradisional.

Pertengahan 1979 Mousavi pernah dilantik oleh Khomeini ke jawatan Majlis Revolusi Islam.Sebagai editor rasmi Parti Republikan Islam, Jomhouri-e Eslami, Mousavi diserang oleh Abolhassan Banisadr, presiden pertama Republik Islam. Mousavi pernah dilantik sebagai menteri luar.

Perdana Menteri Iran

[sunting | sunting sumber]

Mir-Hossein Mousavi, mempunyai reputasi "jujur, merendah diri dan seorang penyokong rakyat massa" semasa menjadi Perdana Menteri 1981-1989. Mousavi mengelakkan semua hubungan dengan barat dan menyokong dasar pemiliknegaraan syarikat asing dan kawalan ekonomi. Mousavi ditentang oleh perikatan ulama konservatif dan para peniaga. Pada 1988 , badan hak asasi manusia Rights Watch , menyatakan kerajaan Iran menahan beribu-ribu banduan politik di penjara-penjara Iran. Ada diantaranya tewlah dihukum mati. Mousavi juga menyokong fatwa hukuman mati yang dikeluarkan oleh oleh Khomeini pada 1989 terhadap Salman Rushdie. Iran menafikan menafikan kaitannya dengan Krisis tebusan Lebanon dan video mayat William R Higgins di Beirut.Peranan beliau semasa Perang Iran-Iraq sebagai perdana menteri Iran juga dipertikaikan.

Pilihan raya lalu

[sunting | sunting sumber]

Mousavi enggan bertanding Pilihan raya Presiden Iran 1997. Pemimpin ulama Mohammad Khatami telah dipilih sebagai presiden.Semasa pentadbiran Khatami, Mousavi dilantik Penasihat Kanan Presiden.

Mousavi dianggap sebagai calon utama perikatan reformis dalam Pilihan raya Presiden Iran 2005. Bagaimanapun, pada 12 Oktober 2004 Mousavi secara rasmi menolak menjadi calon.Calon lain ialah Mehdi Karroubi dan Mohammad Mousavi-Khoiniha.


Pilihan raya presiden 2009

[sunting | sunting sumber]

Selepas 20 tahun senyap,pada 9 Mac 2009 Mousavi mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya 2009. Tema kempen beliau ialah keadilan sosial, persamaan dan keadilan, kebebasan bersuara, membanteras rasuah dan menjadikan zakat sebagai asas ekonomi. Mousavi mengkritik dasar konservatif pimpinan Presiden Mahmoud Ahmadinejad. Pada 16 Mac 2009, bekas Presiden Iran Khatami menarik diri dari bertanding dan menyatakan sokongan terhadapa Mir-Hossein Mousavi.


Mousavi berhasrat mengubah Perlembagaan Iran. Larangan pemilikan persendirian stesen televisyen hendaklah dihapuskan. Dasar sekarang ialah stesen televisyen dimiliki oleh kerajaan sahaja.Wakil rakyat hendaklah meewakili rakyat.

Pilihan raya pada 12 Jun, 2009 menunjukkan Mausavi kalah kepada Ahmadinejad.Kononnya ada campur tangan daripada Menteri Dalam Negeri, Sadegh Mahsouli, sekutu Ahmadinejad.

Dasar-dasar Mousavi

[sunting | sunting sumber]

Mousavi mahu dasar persekitaran bebas terhadap aliran maklumat .Bajet kebangsaan hendaklah diperbetulkan.Msaousavi mahu pertumbuhan TV swasta dan bukan hanya rangkaian televisyen kerajaan.Hentikan operasi "Polis Moral" Mengenai program nuklear Iran Mousavi mahu kosnya dikurangkan .

Mousavi akan mengubah dasar diskriminasi wanita di Iran jika Mousavi menang pilihan raya.Pasukan polis moral akan dibubarkan. Wanita akan dilayan secara saksama termasuk boleh membuat keputusan terhadap kewangan dan pembuatan keputusan badan-badan.

Mousavi mahu berunding dengan Presiden AS Barack Obama . Mousavi mengutuk pembunuhan orang Yahudi semasa Holocaust dan ini amat berbeza dengan Ahmadinejad.