Minyak enjin dua lejang
Minyak enjin dua lejang (juga dikenali sebagai minyak dua lejang, minyak 2 lejang atau minyak 2T) adalah minyak enjin khusus bagi kegunaan enjin dua lejang seperti pada mesin rumput, enjin sangkut, motosikal berkapasiti rendah, skuter, kapcai dll. Oleh kerana enjin ringan ini tidak mempunyai takungan minyak enjin bagi mengumpul dan mengitar semula minyak pelincir seperti pada enjin empat lejang, minyak 2T perlu dicampur bersama-sama dengan minyak petrol untuk diedarkan secara menyeluruh di dalam enjin bagi tujuan pelinciran. Minyak dua lejang kemudiannya akan terbakar bersama-sama dengan minyak petrol, menghasilkan gas ekzos dengan asap kebiru-biruan dan bau yang mudah dikenali.
Bahan asas minyak pelincir ini adalah sama ada minyak mineral, semi-sintetik or sintetik sepenuhnya dan dicampurkan dengan petrol mengikut nisbah antara 20:1 sehinggalah setinggi 100:1.
Pengeluar enjin juga memperkenalkan sistem pra-suntikan (juga dikenali sebagai "pam autolube") kepada enjin untuk beroperasi pada nisbah antara 32 : 1 sehingga 100 : 1. Minyak pelincir dua lejang mestilah mematuhi spesifikasi berikut: TC-W3TM, NMMA, [API] TC, JASO FC, ISO-L-EGO.