Mingguan Lelaki
Mingguan Lelaki | |
---|---|
Genre | Drama |
Pencipta | M. Zulkifli Abdul Jalil |
Pengarah | Aziz M. Osman |
Dibintangi oleh | Fazren Rafi Sari Yanti |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan musim | 1 |
Bilangan episod | 20 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Michael D'Oliveiro Nor Aliah Lee |
Penyunting | Aben Othman |
Lokasi | Kuala Lumpur, Malaysia |
Penyiaran | |
Saluran asal | gua.com.my |
Format gambar | 4:3 |
Siaran asal | 4 Mei 2009 |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Mingguan Lelaki ialah sebuah siri televisyen Internet terbitan Ace Motion Pictures yang disiarkan di gua.com.my bermula 4 Mei 2009. Inilah judul drama web pertama yang disiarkan oleh gua.com.my pada tahun 2009 dan juga kali kedua Aziz M. Osman menyandang tugas sutradara bagi drama web untuk laman web hiburan tersebut selepas Luna Fantasiku. Drama ini juga merupakan idea asal pengurus besar gua.com.my sendiri, M. Zulkifli Abdul Jalil, yang juga merupakan penulis skrip kesemua 20 episod.
Am
[sunting | sunting sumber]Ilham, seorang ulat buku yang lurus bendul dan secara tidak disangka menyandang jawatan penulis di sebuah majalah lelaki picisan. Dalam kesibukannya membuat kajian dan menulis tentang isu-isu lelaki, Ilham juga bekerja keras untuk menyiapkan prototaip robotnya dengan hasrat untuk memenangi sebuah petandingan yang menawarkan RM100,000 sebagai hadiah utama.
Sementara itu, sahabat karibnya, Misha yang menyimpan perasaan terhadap dirinya terus memberikan galakan untuk Ilham mengecapi cita-citanya. Namun Ilham hilang tumpuan kerana mula tertarik dengan Farah, seorang penyanyi yang seksi dan menggoda. Kepolosan Ilham kemudian mengundang lebih banyak malapetaka dalam kehidupannya.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Fazren Rafi - Ilham
- Sari Yanti - Misha
- Memey Suhaiza - Farah
- Saifful Salleh - Eddie
- Khir Rahman - Bos
Episod
[sunting | sunting sumber]# | Tarikh keluaran | Sinopsis |
---|---|---|
1 | 4 Mei 2009 | Graduan baru Ilham teruja dengan temuduga kerja pertamanya di sebuah majalah IT. Dia juga bercita-cita memenangi hadiah wang tunai RM100,000 melalui robot ciptaannya. Selepas tamat temuduga, Ilham bertemu seorang gadis cantik, Misha. |
2 | 6 Mei 2009 | Hari pertama bekerja tiba buat Ilham, namun kejutan berlaku apabila dia diberitahu majalah IT itu telah pun dijual. Ilham kemudian memberitahu Misha yang dia telah ditawarkan untuk menjadi penulis bagi sebuah ‘majalah lelaki picisan’ bernama Mingguan Lelaki. Misha kurang bersetuju. |
3 | 8 Mei 2009 | Ilham diberikan tugasan pertama dan topiknya agak ‘rumit’ – onani. Sementara itu, Eddie cuba menunjukkan ‘kuasanya’ sebagai penulis kanan kepada Ilham dan menayangkan kehebatannya. Ilham pulang ke rumah dan berfikir tentang keputusannya untuk bekerja di majalah picisan itu. |
4 | 11 Mei 2009 | Tugasan pertama Ilham membuatkan Misha merasa mual dan mereka berdebat mengenainya. Ilham juga menyatakan minat beliau terhadap penyanyi sensasi, Farah yang kurang disenangi Misha. Di pejabat Mingguan Lelaki, rakan sekerja Ilham, Eddie terus cuba menunjukkan ‘kuasa’. |
5 | 13 Mei 2009 | Ilham mendapat pujian dari editor atas tugasan pertamanya. Dan tanpa disangka, Ilham diberikan peluang untuk bertemu dengan wanita idamannya, Farah. Eddie merasa bengang. Misha yang kurang senang dengan perkembangan terbaru ini kemudian datang ke pejabat Mingguan Lelaki secara mengejut. |
6 | 15 Mei 2009 | Ilham mula berangan tentang duit RM100,000 yang boleh dimenangi jika dia menjuarai pertandingan cipta robot di Robofair. Dia kemudian menyiap-sediakan diri untuk menemuramah penyanyi sensasi yang dia juga minati, Farah. Temuramah berjalan dengan lancar tetapi Ilham dikejutkan dengan permintaan tak diduga dari Farah. |
7 | 18 Mei 2009 | Ilham pergi ke rumah Farah dan cuba membantu Farah dengan masalahnya. Farah kemudian mula mendekati Ilham dan dengan manjanya membuat satu lagi permintaan. Keadaan semakin hangat bila mereka berbicara tentang ‘one night stand’. Tapi dalam ‘kehangatan’ itu, tiba-tiba… |
8 | 20 Mei 2009 | Keadaan di pejabat sentiasa hangat dengan kehadiran wanita-wanita cantik tapi Ilham tetap buat tidak peduli. Bila ditegur Eddie, Ilham bertanyakan tentang hal one ‘night stand’. Di kafe yang biasa, Ilham menerima panggilan dari Farah yang mengucapkan terima kasih di atas pertolongan Ilham semalam. Misha mendengar perbualan ini dan rasa kurang senang |
9 | 22 Mei 2009 | Di pejabat, Ilham mencadangkan kepada pengarangnya untuk menjadikan Farah penghias muka depan. Pengarangnya sedar yang Ilham sedang dipergunakan dan memberitahunya supaya ‘menjual mahal’. Ilham kemudian memberanikan diri dan menghubungi Farah untuk mengajaknya keluar. |
10 | 25 Mei 2009 | Ilham bersiap sedia untuk temu janjinya dengan Farah. Mereka kemudian bertemu di restoran dan Ilham terpegun dengan kecantikannya. Untuk memulakan bicara, Ilham bertanya kepada Farah tentang pendapatnya mengenai lelaki Metroseksual. Mereka mula mesra. Tapi tanpa disangka… |
11 | 27 Mei 2009 | Ilham dan Farah mula menghabiskan lebih banyak masa bersama dan kini mereka menjadi sangat rapat. Di kafe, Ilham menjawab panggilan ibunya dan Misha sedar yang Ilham tidak memberitahu perkara sebenar tentang kerjanya kepada ibunya. Ilham kemudian menerima panggilan daripada Farah yang sedang marah. |
12 | 29 Mei 2009 | Ilham memberitahu editornya yang Farah marah kerana dia masih belum menjadi penghias muka depan. Tapi editornya menyuruh Ilham untuk terus mengambil kesempatan ke atas situasi tersebut. Sementara itu, Eddie sibuk bercerita tentang Misha di depan Ilham yang membuatkan Ilham naik berang. |
13 | 1 Jun 2009 | Ilham tiba di rumah Farah dan berjaya menyelesaikan masalah "kecemasan" Farah. Ilham kemudian memberi Farah "hadiah" istimewa. Farah kelihatan gembira dan mula menganggap Ilham sebagai teman lelakinya. Di pejabat, Ilham menyelaras sesi fotografi Farah untuk majalahnya. |
14 | 3 Jun 2009 | Ilham menemubual seorang homoseksual dan bertukar pendapat mengenai perkara tersebut. Ilham kemudian bertemu Farah di sebuah pusat membeli-belah dan memberikan kejutan padanya. Farah sangat gembira. Tetapi apabila sekumpulan peminat mengerumuni dan meminta autografnya, Ilham merasa tersisih… |
15 | 5 Jun 2009 | Ilham ditugaskan menemubual seorang bintang rock yang lalok. Temubual berakhir dengan keruh kala penyanyi Rock itu menyebut nama Farah. Ilham kemudian tiba di pejabat dan membaca artikel akhbar yang menggosipkan Farah dengan dirinya. Ilham tidak tahu apa yang perlu dilakukan tetapi kemudian dia menerima SMS dari Farah. |
16 | 8 Jun 2009 | Ilham ke rumah Farah tetapi Farah enggan membenarkannya masuk. Farah terus mengejek Ilham kerana perilakunya seperti seorang geek. Dia membaling CD gambar pemberian Ilham kepada Ilham. Ilham pulang dan memasukkan CD itu ke dalam komputer ribanya. |
17 | 10 Jun 2009 | Di kafe, Misha cuba memujuk Ilham. Tiga orang rakan geekya menyertai mereka dan Ilham memberitahu yang pelan pembinaan robotnya sudah hilang dan dia tidak dapat menyertai pertandingan mencipta robot tersebut. Ilham kemudian pulang dan mendapati ibunya sudah berada di biliknya dengan rasa tidak puas hati dengan sikap anaknya yang tidak berterus terang. |
18 | 12 Jun 2009 | Ilham ke pejabat dan memberikan surat perletakan jawatan. Editor menerimanya dengan rasa berat hati dan memberitahu bahawa dia sebenarnya seorang penulis yang istimewa. Di luar, Eddie berpesta kerana beranggapan yang Ilham telah tewas di tangannya. Ilham kemudian pulang ke rumah dan mengemas barangannya. Tetapi, Misha tiba-tiba muncul… |
19 | 15 Jun 2009 | Tanpa disangka, Misha memberi jalan penyelesaian kepada Ilham untuk dapat memasuki pertandingan rekacipta robot itu semula. Ilham kini mendapat semangat baru untuk mencapai cita-citanya. Tapi bagaimana perhubungannya dengan Misha? |
20 | 17 Jun 2009 | Ilham berjaya merangkul hadiah tempat ketiga dalam pertandingan reka cipta robot, mendapat pekerjaan baru dan menjadikan Misha teman cinta yang baru. |
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Mingguan Lelaki di gua.com.my