Pergi ke kandungan

Mimi Manan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mimi Manan
Nama lahirNurshamimi binti Abdul Manan
KelahiranKuala Lumpur, Malaysia
Berasal dariAmpang, Selangor, Malaysia
GenrePop, balada
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2018–kini
Syarikat rakaman
SND Soul Entertainment

Nurshamimi Abdul Manan ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Kerjayanya bermula dengan menjadi salah seorang peserta Mentor musim ke-7 sebagai anak didik kepada Siti Nordiana.[1] Beliau melancarkan single sulungnya, "Bila Berjauhan" pada 2019.

Mimi memulakan kerjaya muzik profesional apabila terpilih sebagai salah seorang peserta Mentor musim ketujuh yang mana beliau ialah salah seorang daripada tiga anak didik Siti Nordiana. Bagaimanpun, beliau tersingkir di konsert minggu pertama.[2] Selepas tamat Mentor, beliau mengikat kontrak bersama SND Soul Entertainment milik Nana sekaligus menjadi artis sulung label yang baru ditubuhkan, seterusnya melancarkan single sulungnya, "Bila Berjauhan".[3][4]

Mentor (musim 7)

[sunting | sunting sumber]
Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Pengenalan "Cinta Tersimpul Rapi" Anis Suraya TERSINGKIR

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Tahun
"Bila Berjauhan" 2019
  1. ^ Zaidi Mohamad (7 September 2019). "Mimi Manan bangga jadi anak didik Siti Nordiana". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  2. ^ "#Mentor7: Akur pilihan Siti Nordiana, Mimi mahu cuba nasib lagi tahun depan". XTRA. 12 November 2018. Dicapai pada 4 April 2020.
  3. ^ Norhayati Nordin (21 April 2020). "Teruja solo kedua". Harian Metro. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  4. ^ Norhayati Nordin (8 Disember 2020). "Mimi mahu pahat nama". Harian Metro. Dicapai pada 20 Februari 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]