Mikoplasma
Mycoplasma | |
---|---|
Mycoplasma haemofelis | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Mycoplasma Nowak 1929
|
Mycoplasmosis | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
ICD-10 | A49.3 |
ICD-9 | 041.81 |
Penafian perubatan |
Mikoplasma (Mycoplasma) merupakan sebuah genus bakteria yang kekurangan dinding sel di keliling membran sel.[1] Tanpa dinding sel, ia tidak dipengaruhi oleh kebanyakan antibiotik umum seperti penisilin atau antibiotik beta-laktam lain yang menyasarkan sintesis dinding sel. Ia boleh berlaku parasit atau saprotrofik. Beberapa spesies bersifat patogen terhadap manusia, termasuk M. pneumoniae yang merupakan punca utama radang paru-paru atipikal dan lain-lain gangguan pernafasan, serta M. genitalium yang diyakini terlibat dalam penyakit radang pelvis. Spesies-spesies Mycoplasma merupakan sel bakteria terkecil yang diketahui setakat ini.[1] Ia boleh hidup tanpa oksigen, boleh terdapat dalam pelbagai bentuk. Sebagai contoh, M. genitalium berbentuk kelalang (kira-kira 300 x 600 nm), sementara M. pneumoniae lebih memanjang (kira-kira 100 x 1000 nm). Terdapat ratusan spesies yang menjangkiti haiwan.[2]
Spesies
[sunting | sunting sumber]Penyebaran penyakit
[sunting | sunting sumber]Antigen P1 adalah faktor kemudaratan utama mikoplasma. P1 adalah protein berkaitan membran membolehkan kelekatan pada sel-sel epitelium. Reseptor P1 juga ternyata pada eritrosit yang boleh membawa kepada aglutinasi autoantibodi dari jangktian mikobakteria.[1] Sesetengah spesies Mycoplasma spesies boleh menyebabkan penyakit, termasuk M. pneumoniae yang merupakan punca utama keradangan paru-paru atipikal, dan M. genitalium yang dikaitkan dengan penyakit radang pelvus. Jangkitan mikoplasma pada manusia berkaitan dengan letusan kulit dalam 17% kes.[1]:293
Penyakit kelamin
[sunting | sunting sumber]Spesies Mycoplasma dan Ureaplasma bukan sebahagian daripada flora faraj yang normal. Sesetengah spesies Mycoplasma tersebar melalui hubungan seksual.
Kemandulan
[sunting | sunting sumber]Beberapa mycoplasmae memiliki efek pada kesuburan.[2] M. hominis menyebabkan kemandulan lelaki atau alat kelamin radang pada manusia.
Kematian bayi
[sunting | sunting sumber]Bayi yang lahir sebelum masa (preterm) malah kurang berat badan terdedah kepada jangkitan Mycoplasma.
Kaitan dengan kanser
[sunting | sunting sumber]Sesetengah spesies Mycoplasma sering dikesan dalam pelbagai jenis kanser sel.[2][2][2] Antaranya:
- M. fermentans[2][2][2]
- M. genitalium[2]
- M. hominis[2]
- M. hyorhinis[2]
- M. penetrans
- U. urealiticum[2]
Kebanyakan mikoplasma ini menunjukkan hubung kait yang kukuh dengan transformasi sel mamalia in vitro yang memudaratkan.
Jangkitan Mycoplasma dan transformasi sel perumah
[sunting | sunting sumber]Kehadiran Mycoplasma pertama kali dilaporkan dalam sampel kanser tisu pada tahun 1960-an. Sejak itu, beberapa kajian cuba mencari dan membuktikan kaitan antara Mycoplasma dan kanser, serta bagaimana bakteri mungkin terlibat dalam pembentukan kanser. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa sel-sel yang kronik dijangkiti dengan bakteria melalui transformasi berperingkat-peringkat. Perubahan disebabkan oleh jangkitan mikoplasma kronik secara beransur-ansur malah bersifat morfologi dan genetik sekaligus. Tanda jangkitan nyata yang pertama ialah ketika sel-sel beransur-ansur bertukar bentuk daripada normal kepada sabit. Ia juga menjadi hyperkromatik disebabkan peningkatan DNA dalam nukleus sel-sel. Di peringkat lanjut, sel-sel tidak memerlukan lagi sokongan yang kukuh untuk tumbuh dan berkembang dan juga sel penyekat laku yang bergantung kepada sentuhan normal.