Pergi ke kandungan

Bihun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mihun)
Bihun
Jalur-jalur bihun
Nama alternatifMihun, mi siam
JenisMi beras
Tempat asalChina
Kawasan/rantauAsia Timur, Asia Tenggara dan subbenua India
Bahan utamaBeras
Keragaman/variasiGuilin mǐfěn
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Bihun
Nama Bahasa Cina
Bahasa Cina米粉
Vietnamese name
Vietnamesebún
Thai name
Thaiเส้นหมี่ (sen mee)
Japanese name
Kanaビーフン (bīfun)
Melayu
Melayubihun
Filipino name
Tagalogbihon
Tamil
Tamilசேவை (sevai)

Bihun,[1] mihun[2][3] atau mi siam (di Selatan Malaysia) merupakan nama salah satu jenis makanan dari China yang berbentuk seperti mi namun lebih tipis. Bahan mihun sendiri dibuat daripada tepung beras.

Makanan ini sangat terkenal dari negara China hingga sejauh kawasan Asia Selatan termasuk India.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Kata asal yang menggambarkan makanan ini dalam bahasa Cina ialah 米粉, di mana aksara pertamanya 米 bermaksud "beras" manakala aksara kedua 粉 bermanksud "tepung". Perkataan ini mempunyai dua sebutan utama:

  • mífěn dalam bahasa Mandarin - ia menjadi perkataan "mihun" yang dicatat dalam perkamusan rasmi baku dipakai di Malaysia,[2] namun "bihun" adakalanya juga digunapakai secara tidak rasmi di sana.

Dalam bahasa Inggeris disebut rice vermicelli, rice noodles atau rice sticks.

Isu pengawalan

[sunting | sunting sumber]

Badan Pentadbiran Makanan dan Dadah Taiwan mengeluarkan suatu pernyataan pada 1 Julai 2014 bahswa hanya produk yang dibuat 100% beras dapat diberi label dan dijual sebagai "米粉" di Taiwan, biasanya diterjemahkan sebagai "bihun nasi" atau "mi beras". Jika produk tersebut mengandung pati atau bubuk biji-bijian lainnya sebagai bahan namun terbuat dari setidaknya 50% beras, maka akan diberi label sebagai "調和 米粉" yakni "bihun dicampur".[5] Produk diperbuat dari kurang dari 50% beras tidak dapat diberi label sebagai bihun.[6]

Kandungan gizi

[sunting | sunting sumber]

Bihun juga memiliki kandungan gizi yang baik untuk kesehatan. Bihun mengandung kandungan tenaga sebanyak 360 kilo kalori, 4.7 gram protein, 82.1 gram karbohidrat, 0.1 gram lemak, kalsium 6 miligram, fosforus 35 miligram, dan zat besi 1 miligram. Hasil ini didapatkan berdasarkan penelitian terhadap 100 gram mi bihun, dengan jumlah yang dikonsumsi 100%.

Penghidangan mengikut negara

[sunting | sunting sumber]

Bihun adalah sebahagian dari beberapa masakan Asia, di mana mereka sering dimakan sebagai bagian dari sajian sup, tumis, atau salad. Salah satu varietas yang sangat terkenal dan sedikit lebih tebal, yang disebut Guilin mǐfěn (桂林 米粉), berasal dari Kota Guilin, Tiongkok Selatan, di mana tempat itu merupakan makanan pokok.

Bihun Guilin
  • Mi Kanton, sejumlah besar masakan Kanton menggunakan bahan ini (disebut 米粉 maifun atau bihun dalam bahasa Kanton). Biasanya mi direbus dalam kaldu dengan bahan lain seperti bola ikan, bola daging lembu, dan/atau irisan ikan.
  • Dalam masakan Fujian dan Teochew, bihun adalah mi yang umum digunakan dan disajikan dalam sup, digoreng dan dipakai dengan saus, atau bahkan 'kering' (tanpa sup) dengan bahan dan perisa tambahan.

Hong Kong

[sunting | sunting sumber]
Mi Singapura
  • Mi Singapura, adalah hidangan bihun goreng yang biasanya di restoran bergaya Kanton Hong Kong[7] terinspirasi oleh masakan pedas Asia Tenggara.[8] Hidangan ini terbuat dari bihun, char siu, telur, udang dan kari.
  • Sevai adalah hidangan India Selatan yang disiapkan di rumah selama acara meriah. Masakan ini datang dalam pelbagai rasa yang berbeda seperti lemon, asam dan santan.[9]
  • Sawaeyaa adalah sajian diperbuat daripada bihun semolina yang dimasak dalam gula susu dan kacang kering. Ini dimakan pada saat Diwali, Idul Fitri, dan acara perayaan lainnya di bagian utara India dan Pakistan.
  • Paayasam adalah hidangan manis India Selatan diperbuat daripada bihun, sagu, gula, rempah-rempah dan kacang-kacangan dan susu.
  • Santhakai adalah hidangan utama masakan India Selatan.

Indonesia

[sunting | sunting sumber]
  • Bihun goreng iaitu masakan Tionghoa-Indonesia berupa bihun goreng dengan kicap manis
  • Bihun rebus atau bihun kuah iaitu masakan Tionghoa-Indonesia berupa sup bihun
  • Lumpia dan risoles, beberapa jenis pastri gulung dengan isi bihun dan sayuran
  • Sop oyong, sup gambas dengan bihun
  • Soto, berbagai jenis soto (sup tradisional Indonesia) sering menambahkan bihun di dalamnya, seperti soto ayam
  • Tekwan, makanan khas Palembang diperbuat daripada campuran daging ikan dan ubi kayu, yang dibentuk berupa bulatan kecil-kecil, dan disajikan dalam kuah udang dengan rasa yang khas. Biasanya pelengkap tekwan adalah bihun, irisan bengkoang dan jamur, serta ditaburi irisan daun bawang, saderi dan bawang goreng.
  • Bihun Sup adalah hidangan ala Melayu, dicampur dengan sup lembu berempah atau ayam. Terkadang ia diberi dengan sambal kicap (cili atau cabai rawit yang digoreng dicampur dengan kicap hitam) sebagai perisa.
  • Bihun Kari dicampur dengan kari, ditambah dengan sambal kacang hijau, sambal goreng dan cabe merah
  • Bihun soto adalah hidangan kaldu ayam pedas kuning, disajikan dengan potongan daging ayam dan kentang
  • Mi Hokkien di seluruh Malaysia sangat beragam yang berbeza mengikut tempat.
  • Bihun Tom Yam dicampur dengan tom yam
  • Laksa Sarawak dicampur dengan bahan dasar sambal belacan, asam asam, bawang putih, lengkuas, serai dan santan, dilapisi dengan telur dadar, strip ayam, udang, ketumbar segar dan juga jeruk nipis pilihan. Bahan seperti taoge, (iris) tahu goreng atau makanan laut lainnya tidak tradisional tapi kadang ditambahkan.
  • Mi Siam, dengan cara digoreng

Singapura

[sunting | sunting sumber]
  • Kerabu bee hoon, hidangan bihun gaya Nyonya, dicampur dengan rempah ratus dan perisa lainnya.
  • Hokkien mee, terdiri dari bihun yang dicampur dengan mi kuning dan digoreng dengan udang, irisan sotong dan potongan daging babi. Hokkien mee di seluruh Malaysia sangat bervariasi karena perbedaan regional.
  • Satay bee hoon, bihun yang disajikan dengan sate kacang pedas
  • Seafood bee hoon, bihun yang dimasak dengan saus dan disajikan dalam kaldu makanan laut yang lazat dan hewan laut seperti udang galah, udang karang, kerang, kekapis dan udang. Salah satu merek dan kios yang akan datang ada di objek wisata Newton Food Market yang disebut 新式 lobster and seafood beehoon.
  • Mohinga, bihun yang disajikan dengan kuah kari dan ikan
  • Mont di, bihun yang disajikan dengan sup ikan bening atau sebagai salad dengan serpihan ikan
  • Bihon (alias bijon) adalah jenis yang biasanya dikaitkan dengan kata "Pancit", bihun yang sangat tipis.
  • Bihun goreng Taiwan yang dikeringkan, digoreng dengan cara lokal (terutama yang dikenal di wilayah Hsinchu). Bahan utamanya termasuk irisan daging babi, udang kering, dan wortel.
  • Keistimewaan dari Hsinchu adalah menyajikan bihun 'kering' 乾 (gan, tidak dalam sup) dengan jamur dan daging babi.

jmpl|ka|250px|Bún Thịt Nướng Chả Giò

  • Bánh hỏi
  • Bún riêu, bihun dalam sup dengan daging ketam
  • Bún bò Huế, bihun dalam sup dengan daging lembu dari Huế
  • Bún thịt nướng adalah hidangan Vietnam yang terdiri dari daging babi bakar (sering diparut) dan bihun diatas hamparan sayuran hijau (salad dan irisan mentimun), perisa dan taoge. Juga, seringkali berisi beberapa lumpia cincang, daun bawang dan udang. Hal ini biasanya disajikan dengan kacang panggang diatas sebuah mangkuk kecil nước chấm.
  • Gỏi cuốn, bihun dengan udang dan rempah-rempah dalam gulungan kertas nasi
  1. ^ "'bihun' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 17 Januari 2017.
  2. ^ a b "'mihun' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 17 Januari 2017.
  3. ^ a b "bihun - KBBI Daring". Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa. Dicapai pada 22 Januari 2020.
  4. ^ "Bihun" lebih kerap dijumpai secara keseluruhan dalam media Singapura berbanding "mihun" setakat 2020:
  5. ^ www.fda.gov.tw. "市售包裝米粉絲產品標示規定". Dicapai pada 22 July 2016.
  6. ^ www.fda.gov.tw. "食品標示法規手冊" (PDF). Dicapai pada 22 July 2016.
  7. ^ "Singaporean Fried Rice Noodles". tastehongkong.com. 21 April 2010. Dicapai pada 13 August 2012.
  8. ^ "How to make perfect Singapore noodles". theguardian.com. Guardian News and Media Limited. Dicapai pada 12 June 2014.
  9. ^ http://allrecipes.com.au/recipe/4793/indian-coconut-rice-noodles.aspx?rum=us

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]