Michael Krohn-Dehli
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Tarikh lahir | 6 Jun 1983 | ||
Tempat lahir | Copenhagen, Denmark | ||
Ketinggian | 1.71 m (5 ka 7 5⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Sayap / Pemain tengah | ||
Kerjaya remaja | |||
Rosenhøj | |||
–2000 | Hvidovre IF | ||
2000–2002 | Brøndby IF | ||
2002–2004 | AFC Ajax | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2004–2006 | RKC Waalwijk | 48 | (2) |
2006–2008 | Ajax | 4 | (0) |
2006–2007 | → Sparta Rotterdam (pinjaman) | 12 | (1) |
2008–2012 | Brøndby IF | 122 | (26) |
2012–2015 | Celta | 101 | (3) |
2015–2018 | Sevilla | 42 | (2) |
2018–2019 | Deportivo La Coruña | 25 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2000–2001 | Denmark B19 | 5 | (0) |
2002–2004 | Denmark B20 | 10 | (4) |
2004–2006 | Denmark B21 | 8 | (2) |
2006–2018 | Denmark | 59 | (6) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17 Oktober 2018 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 1 Julai 2018 (UTC) |
Michael Krohn-Dehli (lahir 6 Jun 1983) merupakan pemain bola sepak Denmark yang kini bermain untuk pasukan kebangsaan Denmark. Beliau selalunya bermain di posisi sayap kiri dan pemain tengah.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan di Copenhagen, beliau mula bermain bola sepak di Rosenhøj BK di Denmark selepas beliau telah bermain untuk kelab Denmark iaitu Hvidovre IF dan Brøndby IF. Pemain ini mula membuat debut untuk Ajax Amsterdam pada 17 September 2006 pada perlawanan liga menentang Roda JC, Ajax menang 2-0. Sebelum ke Ajax, beliau telah banyak menyertai kelab bola sepak di Denmark. Walau bagaimanapun pada tahun 2004, beliau dibenarkan untuk meninggalkan Ajax oleh pengurus Ronald Koeman dan beliau menyertai RKC Waalwijk dengan percuma. Beliau membuat debut untuk kelab itu pada 15 Ogos 2004 dan menjaringkan gol pada perlawanan itu untuk terikat seri menentang FC Groningen. Dua hari kemudian, beliau sertai semula Ajax secara percuma sehingga 2009. Selepas musim sejuk dengan membuat tiga penampilan untuk Ajax, beliau dipinjam ke kelab Sparta Rotterdam pada 31 Januari 2007 sehingga penghujung musim. Lima hari kemudian, beliau membuat debut untuk Sparta menentang Roda JC. Selepas cuti musim panas, beliau kembali ke Ajax untuk musim 2007-08.
Ajax mengumumkan pada 29 Ogos 2008 bahawa Krohn-Dehli akan berpindah semula kelab Denmark, Brøndby IF. Pada 21 Ogos 2012, Krohn-Dehli diumumkan akan menyertai kelab Celta Vigo selepas melengkapkan ujian kesihatan. Beliau antara bintang Celta Vigo dan membuat aksi terbaik pada musim 2014 menyebabkan beliau ditarik minat dari kelab Newcastle United F.C..
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Krohn-Dehli membuat debut untuk pasukan kebangsaan Denmark pada kelayakan Euro 2008 menentang Liechtenstein pada 11 Oktober 2006. Krohn-Dehli menjaringkan gol tunggal perlawanan pada perlawanan pembukaan Euro 2012 menentang Belanda yang memberikan kemenangan pertama Denmark pada kejohanan itu. Selain itu, beliau menjaringkan gol sekali lagi buat Denmark pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Jerman, tewas 1-2.
Gol antarabangsa
[sunting | sunting sumber]# | Tarikh | Arena | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 29 Mac 2011 | Trnava, Slovakia | Slovakia | 2–1 | 2–1 | Persahabatan |
2. | 7 Oktober 2011 | Nicosia, Cyprus | Cyprus | 3–0 | 4–1 | Kelayakan Euro 2012 |
3. | 11 Oktober 2011 | Copenhagen, Denmark | Portugal | 1–0 | 2–1 | Kelayakan Euro 2012 |
4. | 11 November 2011 | Copenhagen, Denmark | Sweden | 2–0 | 2–0 | Persahabatan |
5. | 9 Jun 2012 | Kharkiv, Ukraine | Belanda | 1–0 | 1–0 | UEFA Euro 2012 |
6. | 17 Jun 2012 | Lviv, Ukraine | Jerman | 1–1 | 1–2 | UEFA Euro 2012 |