Pergi ke kandungan

Michael Crichton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Michael Crichton
Crichton di Universiti Harvard tahun 2002
Crichton di Universiti Harvard tahun 2002
LahirJohn Michael Crichton
(1942-10-23)23 Oktober 1942
Chicago, Illinois, Amerika Syarikat
Meninggal duniaNovember 4, 2008(2008-11-04) (umur 66)
Los Angeles, California, A.S.
Nama penaJohn Lange
Jeffery Hudson
Michael Douglas
PekerjaanPenulis novel
penulis lakon layar
pengarah filem
penerbit filem dan televisyen
Bahasabahasa Inggeris
WarganegaraAmerika Syarikat
PendidikanHarvard College (A.B.)
Harvard Medical School (M.D.)
Tempoh1966–2008
GenreCereka aksi, pengembaraan dan sains
AnugerahAnugerah Edgar 1969
PasanganJoan Radam (1965–1970)
Kathy St. Johns (1978–1980)
Suzanne Childs (1981–1983)
Anne-Marie Martin (1987–2003)
Sherri Alexander (2005–kematiannya tahun 2008)
Anak2
Tandatangan
"Michael Crichton"
Laman web
www.crichton-official.com

John Michael Crichton [ˈkraɪtən, jon mai.kĕl krai.tĕn] (23 Oktober 1942 – 4 November 2008) merupakan seorang penulis serta pengarah dan penerbit filem dari Amerika Syarikat. Beliau terkenal menulis mengenai tema yang mempersoalkan kesan pemergunaan teknologi, terutamanya yang berkaitan bidang bioteknologi, terhadap kehidupan manusia.

Awal hidup

[sunting | sunting sumber]

John Michael Crichton[1] lahir pada 23 Oktober 1942 di Chicago, Illinois.[2][3][4][5] Ayahnya John Henderson Crichton, seorang wartawan manakala Zula Miller Crichton seorang suri rumah. Beliau diibesarkan di bandar Roslyn di Long Island, New York.[1] Pengalamannya yang sering merantau sekitar bndar tersebut selama berbatu-batu tanpa rasa bahaya turut begitu membentuk peluang pendidikannya jika berbanding dengan keadaan hiruk-pikuk yang berlaku di kawasan kotaraya yang lebih pesat.[6]

Beliau mula menunjukkan minat tingginya terhadap penulisan: beliau ada pernah menulis pengalamannya melawat Sunset Crater di Arizona ketika dalam akhbar New York Times ketiks berusia 14 tahun.[7][8]

Dalam pengajian perubatan

[sunting | sunting sumber]

Crichton memulakan pengajian tingginya di Harvard College pada tahyn 1960.[7]

Semasa beliau menjalani latihan kerja perklinikan di Boston City Hospital, Crichton mula merasa jelek dengan persekitaran kerjanya yang begitu mengutamakan reputasi doktor yang bekerja di situ berbanding tugaas merawat pesakit.[9][halaman diperlukan] Beliau lulus dari Harvard dengan ijazah Sarjana tahun 1969,[10] serta mendapatkan kefeloan pascakedeoktoran di Salk Institute for Biological Studies, La Jolla, California dari tahun 1969 hingga 1970.[11] Beliua tidak mengambil lesen kedoktoran dan memilih menjadi seorang penulis sepenuh masa.[12]

Kerjaya penulisan

[sunting | sunting sumber]

Penceburan bidang lain

[sunting | sunting sumber]

Crichton turut mencipta serta menerbit secara eksekutif drama televisyen berlatarbelakangkan kerjaya para pakar bedah dan doktor berjudul ER. Steven Spielberg turut menjadi pembangun bersama sebagai penasihat kreatif dan penerbit eksekutif msuim pertama sebelum kerja tersebut diambil alih John Wells pada musim-musim berikutnya. Rancangan tersebut menjadi sangat digemari sehingga mendududi kedudukan teringgi carta rancangan televisyen di Amerika Syarikat pada tahun 1994.[13]

Beliau turut mencuba nasib membangunkan seberapa permainan video: permainan pertamanya ialah sebuah judul berformat pengembaraan iaitu Amazon (1984) dihasilkan John Wells dan diedarkan Trillium Corporationuntuk platform-platform Apple II, Atari 8-bit, Atari ST, Commodore 64 dan DOS. Amazon agak laris dengan sebanyak lebih 100,000 salinan dijual.[14] Pada tahun 1999 pula, Crichton mengasaskan syarikat Timeline Computer Entertainment dengan David A. Smith. Malangnya, satu-satunya permainan komputer dihasilkan mereka untuk edaran Eidos Interactive iaitu Timeline (10 November 2000) mendapat sambutan yang negatif.

Senja hidup

[sunting | sunting sumber]

Crichton didiagnos penyakit limfoma pada awal tahun 2008.[15] Beliau menjalani rawatan kemoterapi sejak itu dan keadaannya tampak meningkat sehingga ramai kenalannya menyangka beliau dijangka pulih sepenuhnya. Namun, Crichton akhirnya meninggal dunia pada 4 November 2008 ketika berusia 68 tahun.[16][17][18]

Senarai karya penulisan

[sunting | sunting sumber]
Di bawah nama pena "John Lange"
Di bawah nama pena lain
  • A Case of Need as Jeffery Hudson (1968, diterbit semula di bawah nama Crichton in 1993)[28]
  • Dealing (1970, di bawah nama Michael Douglas - bersama adiknya Douglas Crichton)[29]
Di bawah nama sendiri

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Filem cetera

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Catatan
1973 Extreme Close-Up (a.k.a. Sex Through A Window) Screenwriter
Westworld Sebagai pengarah
1978 Coma Sebagai pengarah
1979 The Great Train Robbery Sebagai penulis lakon layar dan pengarah
1981 Looker Sebagai pengarah
1984 Runaway Sebagai pengarah
1989 Physical Evidence Sebagai pengarah
1993 Jurassic Park Sebagai penulis lakon layar bersama
Rising Sun Sebagai penulis lakon layar bersama
1994 Disclosure Sebagai penerbit
1996 Twister Sebagai penulis bersama dan penerbit
1999 The 13th Warrior Sebagai penerbit dan pengarah sampingan

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Catatan
1972 Pursuit Telefilem, sebagai pengarah

Siri televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Catatan
1994–2009 ER Pencipta, penulis dan penerbit eksekutif
  1. ^ a b "Q & A with Michael Crichton". Michael Crichton (the official site). Dicapai pada 2015-05-02.
  2. ^ "IHPA: Illinois Historic Preservation Agency" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 Jun 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Michael Crichton – Filmbug".
  4. ^ "Featured Filmmaker: Michael Crichton". IGN. 19 Mei 2003.
  5. ^ Michael Crichton di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  6. ^ Behrens, David (10 Oct 1995). "BIG MIKE MICHAEL CRICHTON WAS EASILY SPOTTED IN A ROSLYN HIGH CROWD". Newsday. m/s. 04. |section= ignored (bantuan)
  7. ^ a b "Michael Crichton: Novelist and screenwriter responsible for 'Jurassic Park', 'Westworld' and the TV series 'ER'". The Daily Telegraph. London. 10 November 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-14. Dicapai pada December 18, 2008.
  8. ^ Templat:Citge news
  9. ^ Crichton, Michael (1989). Travels. ISBN 978-0804171274.
  10. ^ "Michael Crichton, novelist and filmmaker, Harvard College (Anthropology, 1964) and Harvard Medical School (1969) graduate". Harvard University Department of Global Health & Social Medicine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-07. Dicapai pada 2019-09-01.
  11. ^ "Biography". michaelcrichton.com. 2018. Dicapai pada 25 January 2018.
  12. ^ "Medscape Log In". www.medscape.com.
  13. ^ "The end of ER: This time it's terminal". The Independent (dalam bahasa Inggeris). 21 Mei 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  14. ^ "Home of the Underdogs".
  15. ^ Li, David K. (6 November 2008). "Crichton's death ends thrilling ride". New York Post.
  16. ^ "Best-Selling Author Michael Crichton Dies". CBS News. November 5, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-08. Dicapai pada 2019-09-01.
  17. ^ "Sci-Fi Author Crichton Passes". The Harvard Crimson. 5 November 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-19. Dicapai pada 2019-09-01.
  18. ^ "'Jurassic Park' author, 'ER' creator Crichton dies". CNN. 5 November 2008. Dicapai pada 5 November 2008.
  19. ^ John Lange. Odds On.
  20. ^ John Lange. Scratch One.
  21. ^ John Lange. Easy Go.
  22. ^ John Lange. Zero Cool. ISBN 978-0-8439-5959-8.
  23. ^ Michael Crichton. The Andromeda Strain. ISBN 978-0-394-41525-3.
  24. ^ John Lange. The Venom Business.
  25. ^ John Lange. Drug of Choice. ISBN 978-0-451-04116-6.
  26. ^ John Lange. Grave Descend. ISBN 978-0-8439-5597-2.
  27. ^ Lange, John (1972). Binary. Knopf. ISBN 978-0-394-47987-3.
  28. ^ Jeffery Hudson (1993-08-01). A Case of Need. ISBN 978-0-525-93802-6.
  29. ^ Michael Douglas. Dealing. ISBN 978-0-394-42168-1.
  30. ^ Michael Crichton (1972). The Terminal Man. ISBN 978-0-394-44768-1.
  31. ^ Michael Crichton (1975-05-12). The Great Train Robbery. ISBN 978-0-394-49401-2.
  32. ^ Michael Crichton (1976). Eaters of the Dead. ISBN 978-0-394-49400-5.
  33. ^ Michael Crichton. Congo. ISBN 978-0-394-51392-8.
  34. ^ Michael Crichton. Sphere. ISBN 978-0-394-56110-3.
  35. ^ Michael Crichton (1990). Jurassic Park. ISBN 978-0-394-58816-2.
  36. ^ Michael Crichton (1993). Rising Sun. ISBN 978-0-345-38037-1.
  37. ^ Michael Crichton (1994). Disclosure. ISBN 978-0-679-41945-7.
  38. ^ Michael Crichton (1995). The Lost World. ISBN 978-0-679-41946-4.
  39. ^ Michael Crichton (1996). Airframe. ISBN 978-0-679-44648-4.
  40. ^ Michael Crichton (1999). Timeline. ISBN 978-0-679-44481-7.
  41. ^ Michael Crichton (1999). Prey. ISBN 978-0-679-44481-7.
  42. ^ Michael Crichton (2004-12-07). State of Fear. ISBN 978-0-06-621413-9.
  43. ^ Michael Crichton (2006-11-28). Next. ISBN 978-0-06-087298-4.
  44. ^ Michael Crichton (24 November 2009). Pirate Latitudes. ISBN 978-0-06-192937-3.
  45. ^ "New Crichton novel coming in the fall". USA Today. May 22, 2011.
  46. ^ "HarperCollins to Publish Found Novel by Late Michael Crichton". Publishers Weekly.
Bibliografi
  • Golla, Robert. Conversations with Michael Crichton, University Press of Mississippi, 2011, ISBN 1-61703-013-9
  • Hayhurst, Robert. Readings on Michael Crichton, Greenhaven Press, 2004, ISBN 0-7377-1662-2
  • Kashner, Sam (27 January 2017), "The Hitman", Vanity Fair, 679: 172–178 and 194–195
  • Trembley, Elizabeth A. Michael Crichton: A Critical Companion, Greenwood Press, 1996, ISBN 0-313-29414-3

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]