Pergi ke kandungan

Mexico pra-Columbus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Sejarah Mexico Sejarah pra-Columbus wilayah yang di dalam negara Mexico dikenali melalui kerja ahli arkeologi dan ahli epigrafi, dan melalui keterangan konkuistador, paderi, dan periwayat asli pada tempoh masa pasca-penaklukan segera. Sementara sangat sedikit dokumen (atau codice) budaya Mixtec dan Aztek tempoh pasca-klasik selamat semasa penaklukan Sepanyol, lebih progres berlaku di kawasan arkeologi dan epigrafi Maya.[1]

Kehadiran manusia di kawasan Mexico pernah difikirkan bertarikh ke 40,000 tahun lalu berdasarkan yang dipercayai merupakan tapak kaki manusia yang ditemui di Lembah Mexico, tetapi selepas penyiasatan lanjut menggunakan penarikhan radioaktif, perkara ini sebenarnya tidak benar.[1] Masih tidak jelas sama ada tinggalan unggun api 21,000 tahun dijumpai di Lembah Mexico merupakan sisa manusia terawal di Mexico.[2] Orang asli mula membiakbakakan jagung secara terpilih pada sekitar 8000 SM. Bukti menunjukkan peningkatan dalam kerja pembuatan tembikar menjelang 2300 SM dan permulaan penanaman jagung secara intesif pada antara 1800 dengan 1500 SM.

Antara 1800 dengan 300 SM, budaya kompleks mula membentuk. Banyak yang berkembang dan membentuk tamadun Mesoamerika pra-Columbus maju seperti: Olmec, Izapa, Teotihuacan, Maya, Zapotec, Mixtec, Huastec, Purepecha, Totonac, Tarascan, "Toltec" dan Aztek, yang muncul selama hampir 4,000 tahun sebelum hubungan pertama dengan orang Eropah.

  1. ^ Paul R. Renne; dll. (2005). "Geochronology: Age of Mexican ash with alleged 'footprints'". Nature. 438 (7068): E7–E8. doi:10.1038/nature04425. PMID 16319838. Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)
  2. ^ ""Native Americans", Encarta". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-01. Dicapai pada 2013-05-04.