Pergi ke kandungan

Metafisis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Struktur tulang panjang menunjukkan metafisis.

Metafisis ialah bahagian lebar bagi tulang panjang di antara epifisis dan diafisis sempit.[1] Ini dianggap sebagai bahagian plat pertumbuhan, bahagian tulang yang tumbuh semasa masa kanak-kanak dan sebaik bahagian ini tumbuh, tulang ini menulang dekat dengan diafisis dan epifisis-epifisis.

Dalam bidang anatomi, plat pertumbuhan boleh dibahagikan kepada tiga komponen berdasarkan kandungan tisu: kandungan berawan (plat epifisis), komponen bertulang (metafisis) dan komponen bergentian mengelilingi periferi plat. Plat pertumbuhan mensinkronisasi kondrogenesis dengan osteogenesis atau pertumbuhan rawan ruang-antara dengan pertumbuhan tulang aposisi sama dengan pertumbuhan lebar, menahan beban, dan bergerak balas terhadap daya dan faktor setempat dan sistemik.

Semasa masa kanak-kanak, plat pertumbuhan mengandungi rawan penghubung membolehkan tulang untuk tumbuh; pada peringkat kedewasaan (umur antara 18 hingga 25 tahun), komponen plat pertumbuhan berhenti tumbuh sama sekali dan sepenuhnya menulang menjadi tulang pejal.[2] In an adult, the metaphysis functions to transfer loads from weight-bearing joint surfaces to the diaphysis.[3]

Keketaraan klinkikal

[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab bekalan darah kayanya dan stasis pembuluh, metafisis tulang panjang terdedah terhadap rebakan hematogenus bagi radang tulang dan sumsum pada kanak-kanak.

Tumor atau lesi metafisis termasuk osteosarkoma, kondrosarkoma, fibrosarkoma, osteoblastoma, enkondroma, displasia berawan, sista tulang mudah, sista tulang aneurisme, fibroma tidak menulang, dan osteoma osteoid.[4]

Salah satu tanda klinikal bagi riket yang dicari-cari oleh doktor ialah pembekaman dan pengusutan pada metafisis apabila terlihat dalam sinar-X.

  1. ^ Dorland's Pocket Medical Dictionary, 27th edition
  2. ^ Visual dictionary of Merriam-Webster http://visual.merriam-webster.com/human-being/anatomy/skeleton/parts-long-bone.php
  3. ^ Encyclopedia Britanica, http://www.britannica.com/EBchecked/topic/377978/metaphysis
  4. ^ "New Jersey Medical School, Pathology Department Introductory Course on Bone Tumours". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-01. Dicapai pada 12 Mac 2009.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]