Mesilou - Kampung di Kundasang, Ranau
Penampilan
Mesilou atau Kampung Mesilou merupakan sebuah perkampungan yang terletak di Kundasang, Ranau. Kampung Mesilou terkenal kerana jaraknya yang dekat dengan Gunung Kinabalu serta bersebelahan dengan Ladang Tenusu terkenal di Malaysia iaitu Desa Dairy Farm.
Kampung Mesilou juga terkenal dengan cuacanya yang sangat sejuk sehingga boleh mencecah 7°C-16°C pada bulan November hingga Mac. Kampung Mesilou menyediakan banyak kemudahan penginapan seperti Homestay serta tapak Perkhemahan yang strategik. Mesilou mempunyai dua buah sungai yang menjadi sumber air Kampung Mesilou. Jarak antara Pekan Kundasang dan Kampung Mesilou ialah sebanyak 6.2km Sehala atau 12.4km (Ulang Alik).
Mesilou | |
---|---|
Kampung | |
![]() Kampung Mesilou | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Ranau |
Kawasan | Kundasang |
Aras | 2,000 m (7,000 ft) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |