Pergi ke kandungan

Menu Rahmah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aneka hidangan Menu Rahmah dijual di sebuah pasar raya besar Mydin.

Menu Rahmah ialah satu inisiatif yang ditubuhkan oleh kerajaan Anwar Ibrahim melalui Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup iaitu Datuk Seri Salahuddin Ayub pada awal tahun 2023 sebagai respon terhadap masalah kos hidangan makanan yang tinggi berikutan krisis ekonomi semasa. Hidangan ini, berupakan set hidangan seimbang, dilancarkan dan disediakan di restoran-restoran seluruh negara. Menu Rahmah secara amnya memperoleh reaksi memberangsangkan daripada golongan rakyat dengan peranannya untuk mengurangkan kos sara hidup.[1]

Kandungan

[sunting | sunting sumber]

Menu Rahmah ditetapkan terdiri daripada hidangan makan tengah hari atau makan malam yang seimbang nutrisinya, dengan harga RM5 atau kurang.[2] Hidangan yang disediakan bagi Menu Rahmah tidak terikat dengan ketetapan khusus, dengan hidangan lazim yang dijual termasuk nasi berlauk dan mi, dengan minuman ringkas seperti air kosong.

Sejarah pelaksanaan

[sunting | sunting sumber]

Menu Rahmah dilancarkan pada 31 Januari 2023 oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai satu cabang daripada dasar jangka pendek, Payung Rahmah, dalam menanangi kesulitan golongan kurang berkemampuan.[3][4] Walau bagaimanapun, tiada peraturan khas dalam menghalang sesiapa untuk memperoleh Menu Rahmah, dan secara amnya tersedia kepada setiap lapisan masyarakat.[5]

Inisiatif pada mulanya dilakukan di restoran bawah kelolaan persatuan-persatuan restoran kerjasama, di samping kedai serbaneka utama, Mydin. Seiring masa, Menu Rahmah dijadualkan untuk diperluaskan kepada golongan masyarakat lain, termasuk para mahasiswa dan orang bukan Islam;[6][7] secara am, sesiapa sahaja boleh menjual Menu Rahmah selagi menepati syarat harga dan keseimbangan nutrisi.[8]

Secara amnya, Menu Rahmah memperoleh reaksi yang memberangsangkan daripada rakyat dalam membantu mengurangkan kos sara hidup semasa.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Timely introduction of Menu Rahmah initiative". The Sun Daily (dalam bahasa Inggeris). 2 Februari 2023. Dicapai pada 16 Februari 2023.
  2. ^ Zolkiply, Zatul Iffah (13 Februari 2023). "Jangan salah guna nama Menu Rahmah". Berita Harian. Dicapai pada 16 Februari 2023.
  3. ^ Cheong, Pui Yin (7 Februari 2023). "Menu Rahmah: Everything You Need To Know". RinggitPlus (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Februari 2023.
  4. ^ Noh, Mohamed Farid (8 Januari 2023). "Payung Rahmah bantu B40 tangani isu kos sara hidup". Berita Harian. Dicapai pada 16 Februari 2023.
  5. ^ "No rule in place to limit sale of Menu Rahmah". The Star (dalam bahasa Inggeris). 15 Februari 2023. Dicapai pada 16 Februari 2023.
  6. ^ "Menu Rahmah to add non-halal eateries [NSTTV]". New Straits Times. 4 Februari 2023. Dicapai pada 16 Februari 2023.
  7. ^ Moh, Mohamed Farid (4 Februari 2023). "Menu Rahmah di cafe IPTA selepas Aidilfitri". Berita Harian. Dicapai pada 16 Februari 2023.
  8. ^ Noh, Mohamed Farid (4 Februari 2023). "Sesiapa saja boleh hidangkan Menu Rahmah". Berita Harian. Dicapai pada 16 Februari 2023.