Menteri Pertama Scotland
Menteri Pertama Scotland منتري ڤرتام سكوتلندFirst Minister of ScotlandPrìomh Mhinistear na h-AlbaHeid Meinister o Scotland | |
---|---|
First minister of Scotland | |
Gelaran | The Right Honourable ("Yang Amat Berhormat") |
Anggota bagi | Cabinet of Scotland (en) |
Bidang kuasa | Scotland |
Kediaman | Bute House, Edinburgh |
Penama | Parlimen Scotland |
Dilantik oleh | Raja Charles III |
Tempoh jawatan | Tiada had penggal. Menteri Pertama dicalonkan oleh Parlimen berikutan pilihan raya umum atau peletakan jawatan Menteri Pertama yang terdahulu. |
Penjawat sulung | Donald Dewar |
Dibentuk | 7 Mei 1999 |
Gaji | £151,271 setahun[1] |
Senarai | List of First Ministers of Scotland (en) |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Menteri Pertama Scotland (bahasa Inggeris: First Minister of Scotland , Bahasa Gaelik Scotland: Prìomh Mhinistear na h-Alba; Bahasa Scots: Heid Meinister o Scotland) ialah ketua dalam kerajaan Scotland. Tugas utama menteri ini adalah untuk mempengerusikan Kabinet Scotland dan bertanggungjawab dalam perumusan, pembangunan dan pembentangan dasar Kerajaan Scotland.[2] Fungsi-fungsi tambahan Menteri Pertama termasuklah mempromosikan dan mewakili Scotland, dalam kapasiti rasmi sama ada di dalam dan di luar negara, dan bertanggungjawab untuk ehwal perlembagaan, kerana ia berkaitan dengan penurunan dan kerajaan Scotland.[2]
Menteri Pertama merupakan ahli Parlimen Scotland (MSP) dan dicalonkan oleh Parlimen Scotland sebelum dilantik secara rasmi oleh Baginda Raja/Ratu Pemerintah. Ahli-ahli Kabinet dan menteri-menteri muda kerajaan Scotland dan juga para pegawai undang-undang Scotland dilantik oleh Menteri Pertama. Sebagai ketua kerajaan, Menteri Pertama secara langsung bertanggungjawab terhadap tindakan Parlimen Scotland dan tindakan kerajaan yang lebih luas.
John Swinney, ahli siasah daripada Parti Kebangsaan Scotland (SNP) merupakan Menteri Pertama Scotland yang terkini.[3]
Senarai Menteri Pertama
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "SALARIES FROM 1 APRIL 2017" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Parlimen Scotland. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 September 2017.
- ^ a b "Scottish Cabinet and Ministers" (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Scotland. 26 Jun 2014. Dicapai pada 19 Julai 2014}. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "Nicola Sturgeon becomes Scottish first minister". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2014. Dicapai pada 19 November 2014.