Pergi ke kandungan

Mendedah dada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
seorang wanita yang mendedahkan dada

Mendedah dada adalah keadaan di mana lelaki yang tidak mengenakan baju. Istilah ini biasanya tidak digunakan untuk wanita, kerana lelaki lebih sering membuat aksi mendedah dada jika dibandingkan dengan perempuan. Ramai lelaki, seperti petani dan buruh kasar yang bekerja dengan berkeadaan dada terdedah atas faktor cuaca yang panas selain kulit lelaki yang lebih banyak mengeluarkan peluh dan sebum jika dibandingkan dengan wanita. Kini, perbuatan mendedah dada kini sudah menjadi suatu budaya dalam masyarakat dunia.

Ketika era Victoria, masyarakat yang sopan dalam kebudayaan Barat melarang untuk bertelajang dalam bentuk apapun, bahkan mendedahkan dada sekalipun, dan ramai orang pada ketika itu berusaha keras untuk menutupi dirinya. Dalam masyarakat begitu terpengaruh, sikap ini mulai pudar pada abad ke-20. Mendedah dada di depan umum kembali diterima. Pada awalnya, aturan bersantai dengan mendedah dada hanya untuk lelaki dibenarkan di sekitar pantai dan kolam renang di Bandaraya New York, namun perkara tersebut dilarang di taman kota. Pada akhir tahun 1960, sikap berlembut beransur-ansur berkembang dan melangkaui etika dan batasan jantina. Baru-baru ini, telah menjadi suatu yang sangat umum bagi perempuan di pantai di Eropah dan Caribbean untuk pergi mendedah dada, meskipun tidak bererti bebas dan universal. Hal ini masih tidak biasa dilakukan pada sebahagian besar pantai di Amerika Utara dan Australia.

Seorang lelaki yang mendedahkan dada dan susuk tubuhnya

Perbuatan dan tingkah laku mendedahkan dada merupakan suatu perkara yang kini tidak asing lagi dilakukan. Kini golongan wanita lebih suka cuba untuk mendedahkan dada mereka, namun ia tidaklah secara keseluruhan, mereka hanya mendedahkan di bahagian sisi atas payudara mereka sahaja bagi mendapatkan pemerhatian di kalangan lelaki serta bagi menonjolkan susuk tubuh cantik mereka.

Manakala pendedahan dada oleh lelaki pula pada kebiasaannya kini dianggap sebagai suatu perbuatan yang biasa. Tetapi jika seseorang lelaki itu mendedahkan dadanya tanpa sebab yang kukuh misalnya seorang lelaki yang bersiar-siar di pusat membeli-belah sambil memakai pakaian seperti baju yang mulut lehernya berbentuk tirus kebawah sehingga menampakkan susuk dada dan berfesyen sakan, maka orang sekeliling akan menganggap lelaki tersebut adalah seorang metroseksual ataupun lebih teruk lagi orang akan mengganggapnya sebagai homoseksual.

Lain pula apabila seorang lelaki itu yang suka membidang-bidangkan dadanya, lelaki begini seringkali dianggap oleh masyarakat sebagai ahli bina badan atau orang yang suka membanggakan kecantikan ketulan otot-otot yang tegap di tubuhnya.

Selanjutnya, perbuatan mendedahkan dada juga turut mempunyai penilaian dan penitia oleh sesetengah fahaman dan kepercayaan, sebagai contoh dalam Islam, perbuatan mendedahkan dada bagi wanita adalah sepenuhnya dilarang dan dianggap perbuatan haram, berdosa dan tidak bermoral, ini kerana dada wanita berada dalam batasan Aurat yang perlu dilindungi sepenuhnya oleh semua Muslimah. Namun bagi lelaki, mendedah dada bukanlah merupakan perkara yang begitu penting untuk diperkatakan, namun jika seseorang lelaki itu cuba mendedahkan dadanya dengan tujuan riak dan tanpa sebab-munasabab serta lebh teruk lagi sehingga mendedahkan dan melanggari batasan Aurat, sudah tentu perbuatan mendedahkan dada adalah salah dan berdosa.

Dalam Ihram, lelaki biasanya akan memakai pakaian yag menutup tubuh bahagian bawahnya (dari pusat hingga ke buku lali). Dan sehelai tuala menutup bahagian tubuhnya dibahagian atas, namun atas faktor cuaca panas dan kuarang keselesaan, seseorang lelaki yang berIhram itu adalah dibenarkan untuk mendedahkan dadanya selagi auratnya masih terjaga.

Dalam fahaman agama Hindu dan Buddha pula, sami-sami selalu juga turut mendedahkan dada sebagai suatu ritual berpakaian yang menyebabkan mereka menggambarkan kezuhudan mereka dalam beribadah kepada dewa-dewa mereka.