Menara Condong Teluk Intan
Menara Condong Teluk Intan | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Menara condong, menara air, menara jam |
Gaya seni bina | Seni bina Cina |
Lokasi | Teluk Intan |
Negara | Malaysia |
Koordinat | 4°1′31″N 101°1′9″E |
Pembinaan bermula | 1885 |
Maklumat ketinggian | |
Tinggi | 25.5 m |
Butiran teknikal | |
Bilangan tingkat | 3 |
sunting · sunting di Wikidata |
Menara Condong Teluk Intan ialah sebuah menara tangki air yang kemudian dijadikan menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini ialah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.
Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini, menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini, bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.
Fungsi
[sunting | sunting sumber]Menurut satu kajian, tujuan pembinaan menara condong atau juga dikenali sebagai Jam Tinggi adalah seperti berikut:[1]
- untuk menyimpan air bagi penduduk tempatan pada musim kemarau
- dalam memastikan kemudahan Pengurusan Air British ditingkatkan
- untuk bekalan air sekiranya berlaku kebakaran
- sebagai penjaga masa
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Menara ini pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan.[perlu rujukan]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-09-28. Dicapai pada 2011-08-07.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Zabidin Haji Ismail (2013). Menara Condong Teluk Intan. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. ISBN 9789674300470. LCCN 2012332809. OCLC 832699056. OL 25446772M.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Menara Condong Teluk Intan di portal rasmi Majlis Perbandaran Teluk Intan