Pergi ke kandungan

Menara (pokok)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Menara
Jamiluddin (Unding) bin Jami memanjat pokok pada Januari 2019 untuk mengesahkan ketinggian dan diameter. Pokok ini ialah pokok Shorea faguetiana di hutan hujan Sabah, Malaysia Timur.
Map
SpesiesShorea faguetiana
Ketinggian100.8 m (331 ka)
Diameter40 m (130 ka)

Koordinat: 4°57′28″N 117°51′59″E / 4.957885°N 117.866341°E / 4.957885; 117.866341

Menara ialah nama sebuah pokok damar hitam siput (Shorea faguetiana) di Lembah Danum, Sabah, Malaysia. Pokok ini diukur berketinggian 100.8 m (331 ka), sekaligus menjadi pokok tropika tertinggi dunia[1][2][3] serta pokok tertinggi diketahui di benua Asia.

Menara dijumpai pada Ogos 2018. Sebuah kumpulan penyelidik memeriksa pokok ini pada bulan itu dengan pengesan laser daratan dan dron untuk mereka sebuah model 3 dimensi.[4] Pada 6 Januari 2019, Unding Jami dan pasukannya membuat ukuran pokok itu dengan memanjatnya dan mengukur ketinggiannya dengan pita pengukur. Menara berkemungkinan merupakan tumbuhan berbunga tertinggi di dunia kerana ia lebih tinggi daripada pemegang rekod sebelumnya, pokok abu gunung (Eucalyptus regnans) di Tasmania yang mungkin setinggi 100.5 meter. Berat Menara hampir 81,500 kilogram, tidak termasuk akar. 95% daripada jisim ini terletak di batang, manakala 5% berasal dari silara selebar 40 meter. Batang pokok sangat lurus, dengan pusat jisimnya pada 28 m di atas tanah, iaitu hanya 0.6 m dari paksi menegak pusat. Ini menunjukkan bahawa pokok itu sangat simetri dan seimbang, sungguhpun di atas cerun.[1]

Pada tahun 2020, Pos Malaysia mengeluarkan set setem yang menampilkan Menara. Set ini juga termasuk lembaran mini sepanjang 18 sentimeter, menjadikannya setem terbesar yang pernah dikeluarkan oleh Pos Malaysia.[5]

  1. ^ a b Shenkin, Alexander; Chandler, Christopher; Boyd, Doreen; Jackson, Tobias; bin Jami, Jamiluddin; Disney, Mathias; Majalap, Noreen; Nilus, Reuben; Foody, Giles; Reynolds, Glen; Wilkes, Phil; Cutler, Mark; M. Van Der Heijden, Geertje; Burslem1, David; Coomes, David; Patrick Bentley, Lisa; Malhi, Yadvinder (2019). "The World's Tallest Tropical Tree in Three Dimensions". Frontiers in Forests and Global Change (dalam bahasa English). 2. doi:10.3389/ffgc.2019.00032. ISSN 2624-893X.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ nationalgeographic.com / The world's tallest known tropical tree has been found—and climbed, By Mary Gagen / PUBLISHED April 3, 2019
  3. ^ nst.com.my / UK scientists find world's first 100m tall tropical tree in Danum Valley, By Olivia Miwil - April 4, 2019
  4. ^ "LiDAR + UAV Model of Menara". 2019-09-30. Dicapai pada 2019-09-30.
  5. ^ "Towering wonder stamps its mark". 2021-01-05. Dicapai pada 2021-01-15.