Memburu babi
Memburu babi ialah kegiatan penting bagi menjaga keharmonian hasil pertanian di kampung-kampung. Babi, gajah dan lain-lain akan merosakkan tanaman ubi kayu, padi sawah, padi huma dan lain-lain. Selain itu, memburu babi hutan juga kerap kali menjadi ujian keberanian.
Babi haram dimakan oleh orang Islam. Justeru itu biasanya odi Malaysia, aktiviti berburu babi dilakukan oleh orang Cina, kerana mereka memang menggemarinya. Di hilir Sungai Perak, berhampiran Teluk Intan, pemburu babi menggunakan bot dan mudik ke hulu untuk memburu babi hutan. Orang kampung turut membantu kerana mendapat upah yang tinggi. Pemburu menggunakan senapang dan anjing pemburu. Kawasan belukar tertentu akan dikepung, anjing akan menghalau babi ke arah pemburu. Babi yang menghampiri mereka akan ditembak.
Kaedah
[sunting | sunting sumber]Anjing pemburu
[sunting | sunting sumber]Anjing pemburu telah digunakan untuk memburu babi hutan sejak dahulu kala. Kini di sekitar Tasik Maninjau Sumatera Barat, Indonesia pula, penduduk beragama Islam turut memburu babi setiap hari Ahad. Mereka menggunakan anjing untuk mengepung kawanan babi di dalam belukar dan hutan. Mereka tidak menggunakan senapang.